adakala kita teruji dengan pelbagai dugaan dan ujian apatah lagi di saat-saat kita mahu melakukan sesuatu yang baik. dugaan dan ujian yang datang sesungguhnya menguji sejauh mana sabarnya kita, menguji akan kuat-teguhnya iltizam kita untuk melaksanakan sesuatu yang terpuji dan baik di sisi tuhan.
... dan setiapnya yang baik dan terpuji itu sering saja didalangi bisikan-bisikan syaitan yang telah berjanji akan menyesatkan umat manusia sehingga ke hari kiamat, apatah lagi seandainya yang diusahakan itu adalah sebuah perkahwinan yang mana menyempurnakan separuh dari agama.
Perkahwinan ialah jalan keluar untuk menyelamatkan manusia dari godaan nafsu syaitan. Imam Al-Ghazali menyatakan tujuan perkahwianan ialah untuk memberitahu manusia akan nikmat di akhirat kerana “jimak”adalah nikmat Allah di syurga yang diberi rasa nikmat itu sedikit di dunia.
Apabila berkahwin anak Adam maka menangis dan menjeritlah syaitan. Hilanglah peluangnya untuk menyesatkan anak Adam melalui nafsu syahwat yang selama ini menjadi umpannya yang paling berkesan untuk menyesatkan dan menjerumuskan manusia ke lembah maksiat.
"Berkata (Iblis)Oleh sebab Engkau telah menghukum aku sesat,maka demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka dari jalan Mu yang lurus;kemudian aku datangi mereka dari hadapan serta dari belakang mereka dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka;dan engkau tidak akan dapati kebanyakkan mereka bersyukur."(Surah : Al-A'raf 16&17)"
syaitan merupakan golongan penghasut yang juga merupakan anak-pinak dan keturunan kepada iblis laknatullah.Namun begitu, Zaid bin Mujahid mengatakan iblis mempunyai 5 ekor anak (sebilangan mengatakan 7 ekor anak) dimana mereka ini mempunyai tugas jahat yang berbeza. Setiap dari mereka telah melahirkan keturunan yang lain hasil dari perbuatan zina antara mereka dan syaitan-syaitan betina yang lain. Anak-anaknya adalah:
1.Tsabr:
tugasnya adalah menggoda manusia berbuat maksiat ketika manusia sedang dalam kesusahan dan berada dalam kesedihan.Ketika manusia dalam kesusahan dan mendapat musibah, maka datanglah Tsabr dan kuncu-kuncunya membisik manusia agar melakukan segala kejahatan seperti berzina,bunuh diri,menghisap dadah,minum arak,berjudi supaya manusia itu terus leka dan jangan kembali kepada Allah.
2.A'war:
tugasnya adalah menghasut manusia supaya mendekati zina dan terus melakukannya dengan apa cara sekali pun.A'war dan pengikutnya akan menggambarkan keenakan dan keseronokan berzina dalam akal fikiran manusia dan mengobar-kobar kan nafsu.
3.Miswath:
tugasnya adalah menyampaikan berita dusta atau penipuan yang mampu menimbulkan kemarahan dan fitnah besar,agar manusia itu akan kucar-kacir,hilang pertimbangan dan saling tuduh menuduh sehinggakan menyebabkan pertempuran yang hebat dan dahsyat.
4.Dasim:
Tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan,mudah marah, dan permusuhan.selalunya dalam kes rumahtangga dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan.
5.Zaknabur:
Tugasnya adalah memastikan dunia ekonomi dan perniagaan akan tergugat.menghasut para pedagang agar sentiasa tamak dalam mengaut keuntungan,kecurangan dan penipuan dalam muamalah(perhubungan).Memastikan pengurangan dalam timbangan dan bekalan,kelumpuhan ekonomi melalui sistem inflasi.serta merupakan pengajak utama manusia dalam melakukan riba(bunga atau faedah dalam perniagaan).
6.Khanzab:
Menghalangi umat Islam dalam melakukan solat,menggangu umat Islam dalam melakukan solat(sembahyang).serta mencari jalan agar dapat menyebabkan manusia tidak akan dapat menyembah Allah dan mengelakkan agar sembahyang menjadi sempurna.
7.Walhan:
Menggangu umat Islam agar sentiasa was-was dalam berwudhuk(bersuci sebelum melakukan sembahyang).ini akan menyebabkan umat Islam tidak sah dalam solatnya.Wuduk merupakan kepentingan yang amat perlu dititik beratkan sewaktu beribadah kepada Allah.Walhan juga,menyebabkan manusia agar sentiasa membazir dalam menggunakan sesuatu perkara atau benda.
setiapnya yang tercatat merupakan informasi yang aku cari untuk renungan sendiri. moga-moga perkongsian ini berguna juga untuk kalian. semakin kita mahu jauh dari kejahatan, semakin kuat syaitan dan iblis berusaha untuk menyesatkan kita, melemahkan semangat kita dan membisikan hasutan-hasutan yang bisa menjahanamkan diri kita.
moga-moga kita menjadi manusia yang lebih kuat mendepani cubaan dan ujian.
p/s: memahami saya.. terima kasih :)
sumber:
afruz blog
puaad osman
wikipedia

... dan syaitan bersumpah