Friday, July 29, 2011

tajuk pun pesen gedik. but who cares #1 -- dalam sibuk masih sempat menonton bola, melayan geram, dan.. eh.. merindu pun sempat.



nak tengok bola. memang dah plan nak tengok kat kedai mamak panel dengan Mimi. tapi malangnya malam ni aku terlibat dengan student punya event. nak buat macam mana. memang dah lama pun aku schedule dalam planner. nak ubah-ubah pun dah tak boleh lagi. nak tak nak, tanggungjawab mesti dipenuhi dulu. best la jugak event tadi. event fashion show untuk program Minggu Wanita. jadi juri, isi markah, tanya soalan. macam-macam pesen budak-budak ni. ada yang memang sungguh-sungguh lawa, berjalan pun macam ala-ala model. ada pulak yang baju memang grand, tapi berjalan macam anak dara terpisat-pisat masuk tidur. overall, semua siswi yang ambil bahagian tadi lawa-lawa belaka.

nasib baik event habis awal. lepas habiskan mee goreng basah yang kaya dengan udang segar segar, aku dengan Mimi bergegas ke tempat yang memang meriah untuk tengok bola. separuh masa kedua. minit ke tujuh puluh enam. alangkan tengok pada minit ke tujuh puluh enam pun aku dah emosi. sungguh sungguh punya emosi. ini kan pula kalau tengok dari awal permainan. memang ada harapan tv depan aku tu kena tendang. ye lah. konon-konon nak tolong tendangkan bola kan? haha.

arjuna hati pulak tak ada coverage agaknya. alangkan stadium yang tak sampai lima puluh ribu orang pun coverage boleh terganggu, inikan pula dengan crowd yang hampir seratus ribu. janjinya mahu update keputusan semasa. feeling-feeling live report la kan. tapi dia memang sudah bilang awal-awal, berkemungkinan besar akan ada gangguan rangkaian. jadi dia tak janji.

________ _ _ _ _ _ ________



kisah dulu-dulu, aku dah buang jauh-jauh. tak ada simpan apa-apa lagi. adil untuk aku. adil untuk arjuna hati tentunya. langkah aku ke gerbang hidup yang baru serasakan semakin hampir. dalam buih buih berbentuk hati itu cuma perlu ada aku dan dia sahaja. tak ada orang nombor tiga, empat mahupun lima.

tak ada apa lagi yang tinggal. biarpun cebis-cebis rasa. macam toilet bowl yang telah dicuci dengan clorox. kuman pun hilang !


p/s: persetankan dengan sensitiviti orang lain. sensitiviti sendiri dan sensitiviti mereka yang aku kasih aku letak di tangga pertama.
Share/Save/Bookmark

Thursday, July 28, 2011

berkeping-keping #2



dunia jangan dengki-dengki sangat

:)

ok babai.


p/s: semalam katak nyanyi hujan turun. katak tu bedebah. dia dengki dengan matahari.
Share/Save/Bookmark

berkeping-keping

mungkin adakala berlaku jujur hanya akan menikam-nikam hati sendiri. bukan hanya menikam hati orang lain, bahkan hati sendiri. mungkin benar kata orang. kadang-kadang ada perkara yang perlu kita sembunyikan. bukan tidak berlaku jujur. malah mungkin adalah lebih baik untuk semua pihak. mungkin..

tidak pernah sesuatu itu tuhan jadikan untuk mengkejami hambaNya. kan?
mungkin ini ujian.. ya mungkin..
bertabahlah..
berkali-kali di duga dulu, bahkan berkali-kali tertikam duri, namun masih gagah berdiri..

bertabahlah.. bertabahlah hati..
dunia memang terlalu dengki.
Share/Save/Bookmark

Wednesday, July 27, 2011

#7 Wordless Wednesday -- D . I . Y [misi 5 syawal]



Share/Save/Bookmark

Tuesday, July 26, 2011

cinta pura-pura


sehingga bila kita mampu berpura-pura?
pura-pura kita cinta sedang sebenarnya tidak.

bukan mahu jadi manusia yang tidak tahu bersyukur, berterima kasih di atas setiap rezeki yang dilimpahkan.
tapi.. entah.
memang sejak awal lagi tak ada cinta yang berjaya dibibitkan. sejak awal lamaran diterima, sejak dakwat yang melakar tandatangan di atas kertas akujanji itu basah, sehingga kering.. masih cinta itu tidak mampu berputik.
wujudnya aku di dalam bilik segi empat ini sekadar melengkapkan rutin hari-hari.

ini rezeki yang tuhan kirimkan untuk aku
aku terima, sebab aku tak pasti apakah ada rezeki lain yang lebih baik dari ini
terima tanpa rasa cinta
terima di atas dasar rezeki yang tentunya mampu buat dapur aku berasap hari-hari, perut terisi, berkereta, malah mampu menggunakan kuasa membeli berbekalkan nota-nota bernilai, hasil dari rutin hari-hari yang tidak pernah aku cinta.

sampai bila?
sampai nanti bercucu?
sampai nanti kepala beruban?
apa mampu berpura-pura selama itu?
sehingga ke hari lahir yang ke lima puluh lapan. mampu?
Share/Save/Bookmark

Saturday, July 23, 2011

guilty pleasure #3

parking depan rumah cina, tepi kedai mamak. haha!
sedikit hingar dengan sorakan peminat bola. pedulikan. aku terus dengan kerja aku.
aku buka laptop, hantar tugasan kepada bos terfaktab dan raup muka. lega.
buka facebook, buka e mail, buka twitter.
terasa keji.
jadi pencuri. tapi... tempat dah penuh. penuh dengan kaum adam pula. duduk dalam kereta lebih selesa rasanya.
Share/Save/Bookmark

lupa.celaka

autopublish: 
puisi pada petang khamis. petang yang jauh dari celaka.


kadang-kadang kita lupa
kita lupa dulu kita pernah rasa
kita lupa yang rasa itu buat kita nanar
kita lupa nanar kita buat hidup seperti celaka

kadang-kadang kita lupa
lupa dulu kita pernah lansung tidak ketawa
kita lupa yang ketawa itu sebenarnya penawar rasa yang kita rasa
kita lupa penawar itu mampu kembalikan hidup yang celaka

kadang-kadang kita lupa
kita lupa siapa kita berapa usia
kadang-kadang kita lupa

mungkin bukan kadang-kadang
mungkin selalu
kita selalu lupa, kalau ada umur
rupanya hidup kita masih terlalu jauh

celaka tak mungkin akan selamanya berdamping.
kan?
Share/Save/Bookmark

Thursday, July 21, 2011

nak kahwin, mesti nak lukis inai. kalau nak lukis inai, kena cari tukang lukis inai..



nak kahwin?
nak pakai inai?
nak lukis inai cantik-cantik?
tapi.. tak tahu nak cari tukang lukis kat mana. atau mungkin bimbang tukang lukis tu tak cukup profesional lalu membuatkan tangan dan jemari halus kamu jadi comot..

naahhh.. lungsuri Femina Bridal untuk deal terbaik !

Always loved how Henna decorates a lady's hand. Get urs drawn by #FeminaBridal #MilkADeal

sekian sahaja entry untuk hari ini. dua-dua entry iklan. maklum lah. mahu cari duit lebih buat beli cincin kahwin pengantin lelaki..
Share/Save/Bookmark

korang nak beli kereta. tapo konpius, tak tahu nak beli kereta apa? meh sini nak habaq..


well masa mula-mula aku dapat kerja tetap, perkara pertama yang terlintas dalam kepala aku adalah kereta. gaji pertama je, aku mahu berjinak-jinak buat hutang. gaji pertama je, aku mahu biasa-biasa kan diri dengan installment bulan-bulan yang dituntut pihak bank. kalau dah alang-alang nak berhutang kan, apa kata kita ambil kereta yang boleh kita pakai lama.

itu la yang aku fikir pada masa itu. kalau nak diikutkan hidup bujang aku yang ke pejabat sorang-sorang, ke shopping mall sorang-sorang, ke pejabat pos orang-sorang, ke pasar pun sorang-sorang, adalah lebih baik kalau aku ambil kereta kancil saja ye tidak?

tapi...
bila memikirkan adik-adik dengan saiz badan lebar-lebar, maka aku berkira-kira untuk beli kereta yang juga lebar-lebar. kalau pulang pada waktu hujung minggu, dah tentu mahu keluar berjimba dengan adik beradik kan? sekali sekala pulang nanti, bergaduh pula. berebut tempat duduk. space tak cukup besar untuk badan yang besarnya memang tak dapat nak dinafikan.

dan...
aku juga berkira-kira untuk pakai kereta dalam jangkamasa yang lama. maknanya aku dah malas mahu tukar-tukar kereta. macam yang orang selalu buat. kalau ada rezeki lebih, tukar. kalau boleh, aku mahu lanyak kereta aku sampai nanti dah berkahwin, beranak pinak. bila dan ada anak nanti, selesa sikit anak-anak nak bergusti di belakang ye tak? well, aku tak tahu bakal suami akan pakai kereta apa. sebab pada masa tu memang tak ada bakal suami pun. jadi, tanpa meletakkan apa-apa harapan yang tinggi terhadap bakal suami, maka aku mengambil keputusan dengan memilih proton persona.

setelah lebih dua tahun dengan persona, aku berani memberi jaminan bahawa proton persona adalah kereta yang menjimatkan petrol, disamping perjalanan yang selesa. aku berulang-alik dari Penang-Ipoh, kau orang tahu berapa ringgit petrol aku isi?

RM30 sahaja tahu. itu pun siap ada baki untuk aku jalan-jalan di bandar Ipoh.
jimat kan?

jadi apa tunggu lagi?

You deserve better! That's why #protonpersona is here to take you to the journey of success. Try driving one today! [ini ayat default dari churp churp]
Share/Save/Bookmark

Wednesday, July 20, 2011

guilty pleasure #3



Assalamualaikum wbt..

:)

cuaca di pulau mutiara terang dengan hawa sedikit panas menyengat.
kalau panas sekali pun, tidak lah apa-apa sangat. sekurang-kurangnya, kalau ada aktiviti luar, dapatlah dijalankan dengan sempurna.
tapi itu lah, kalau hujan turun lagi baik. dingin. kalau datang perangai nakal, boleh saja-saja jalan dalam hujan, main hujan.

heh!
dah cerah, nak hujan.
tapi nanti bila hujan, mahu cerah pula.

macam itu lah manusia.
kehendak dan mahu kita itu berbagai, hinggakan adakala kita lupa.
kita lupa untuk bersyukur.
yang kita tahu, merungut.
yang kita tahu, komplen.

___________ _ _ _ _ ___________

proposal untuk thesis dah siap.
lega.
tapi, bukan daku punya.
daku tukang teman merangkap tukang mengorder teh tarik saja.
maknanya nanti, tinggal makcik ini sorang saja lah yang masih lagi terkulat-kulat belajar.
tak apa.
walau apa pun, walau tahun bila pun, kalau sudah namanya kaki ponteng, tetap akan bijak cari jalan untuk ponteng.

:p



semester akan datang, aku berkira-kira mahu defer. tapi awal-awal lagi telah ditegah dan ditentang.
kalau sudah mendapat tentangan hebat itu, daku akur saja lah.
menurut perancangan, semester yang akan datang aku mahu ambil tiga subjek sahaja. macam yang sebelum-sebelum ini.
kalau teman-teman ambil lima pun, daku tak peduli. daku tetap ambil tiga.
ya daku malas.
daku mahu masa menonton wayang.
mahu masa untuk membeli belah.
mahu masa bersantai di rumah menonton dvd.
well, memang sepatutnya begitu bukan?
hidup pelu seimbang, baru lah daku rasa sihat dan normal.

okey itu alasan
sepatutnya sebagai seorang manusia yang betul-betul mahu jadi manusia
dia tidak akan beri alasan demikian
sepatutnya cari jalan untuk berusaha dengan lebih gigih
berusaha menamatkan pengajian yang tertanguh tu cepat-cepat
bak kata orang, berakit rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.



tahu sedar diri.
tapi sengaja tak mahu laksana.
simpan malas tu.
bela dan ternak kasi gemuk.

oh.
memandangkan bulan-bulan yang mendatang nanti, apatah lagi setelah semester bermula aku akan sibuk dengan.. aaa.. sibuk dengan..
sibuk dengan ehem.. ehem..

maka aku diberi kelonggaran untuk ambil dua subjek saja.
yeay ! gila kau tak happy !
[disclaimer: untuk pembaca di bawah umur, tolong jangan contohi sikap malas kakak ini. hodoh benar tahu? malah, tak nampak sofistikated lansung. sudah lah rupa pun tak cukup nak semenggah, malas pula.]

jadi.. memandangkan subjek yang daku ambil pun tak banyak, maka aku harap segalanya akan berjalan dengan baik, menurut perancangan yang telah dirangka.

___________ _ _ _ _ ___________

tak tahu lah kenapa.
hari ini banyak pula bebelnya.
tulisan yang bos terfaktab minta pun, tak siap-siap lagi.
sibuk.
sibuk dengan tugas hakiki.
sibuk dengan perkara-perkara sampingan.
dan kalau mahu list-kan alasan-alasan, makan berkajang.
yang sebenarnya, bertangguh yang lebih.
sikap tak baik lagi hodoh, yang paling menginzalkan.
ya. bertangguh.


p/s: merangka perlaksanaan misi besar. setiap kali mencatat, buat listing, setiap kali itu juga akan tertangkap senyum sendiri.
Share/Save/Bookmark

#6 Wordless Wednesday -- walk the talk la weh !


Share/Save/Bookmark

Tuesday, July 19, 2011

cinta sedingin bayu

datang dan pergi itu suatu hakikat yang setiapnya dari kita mesti terima dan hadapi kan? setiap yang datang pasti akan pergi. face it. emberace it. nikmati tiap-tiap bahagia yang dititip seperti kita menikmati nyamannya bayu yang mengelus wajah 

yang datang, akan pergi
yang hidup, pasti mati
yang tegak berdiri, akan roboh
yang ada, pasti habis

setiapnya tidak kekal di dalam pegangan kita. kehilangan itu sesuatu yang harus kita hadapi dengan hati berani. setiap yang dikurnia, kita terima dengan hati yang besar, penuh kobar bersambut senyum bahagia. kita merasa senang dengan setiap nikmat yang dititip. kanvas hidup tampak indah direnjis rona aneka nuansa. empunya kanvas sudah tentu merasa senang. senyumnya runcing seindah bulan sabit yang menerangi gelap pekat malam. pencinta lukisan juga menyungging senyum. tumpang bahagia bila mana jiwa mampu membaca nuansa bahagia yang terlakar di atasnya.

selama mana senyum itu indah melakar wajah, selama itu juga lah kita tenang memegang bahagia yang tuhan pinjamkan.

sedang purnama semakin mengecil, sedang laut tidak selalunya pasang.
seperti itu juga bahagia.

purnama yang mengecil, akan penuh kembali. seiring masa yang berputar juga detik yang berlari.
laut yang surut, akan pasang semula. membawa buih-buih ombak menghempas pantai yang ditinggalkan tadi.

yang datang pasti pergi.
namun yang hilang juga bakal berganti.

indah-berlikunya perjalanan hidup kita telah sedia termaktub di dalam kalam peganganNya. sepertimana nyamannya bahagia yang dia titip, semoga dia juga menitipkan hembusan kegagahan buat membelai hati merah kita yang halus mudah terbelah.

salam takzim, salam sayang
bai.


p/s: kuping yang masih bersisa di atas luka sudah dibuang.
Share/Save/Bookmark

Monday, July 18, 2011

penat #2

nanti bila selesai tanggungjawab kepada diri, keluarga dan negara,
tolong datang kidnap saya.

saya tak cukup kuat...

saya tak jemu doa pada Dia.
saya dah buat apa yang sepatutnya saya buat.
sampai saya rasa penat..
Share/Save/Bookmark

... bukan kerana nama

menulis kerana terlalu suka menulis. terlalu cinta. jadi, kalau bukan di dada laman ini sekali pun, kalau pun tidak punya kesempatan, kalau pun kepala terlalu sarat - berat, terbeban dengan pelbagai masalah yang perlu ditimbang - sukat, masih aku setia membenamkan bait-bait aksara, menulis sesuatu.. kalau pun bukan di dada laman ini, ada sahaja aku di laman-laman sosial yang lain. sebaris ayat sudah memadai untuk melepas rindu membenam aksara kekunci komputer. dan.. kalau pun bukan membenam aksara, mata pena dan lembaran kertas juga sudah memadai.

menulis.. kalau bukan digandingkan akal dengan hati, jadi tak lengkap. macam masakan tak bergaram. tak ada rasa. tak cukup umph ! tidak cukup mengghairahkan.

jadi, daripada menulis beratus patah perkataan, namun hasilnya ibarat dada laman tidak bercetak, lebih baik aku biarkan dada laman ini bisu tanpa bicara. jangan dipaksa-paksa diri menulis, kalau hati tidak ada. hodoh hasilnya nanti.

akhir sekali, salam Isnin.
itu sahaja.
bai.
Share/Save/Bookmark

Sunday, July 17, 2011

bukan macam main pondok-pondok, kahwin olok-olok



kalau kau tak ada tiga puluh ribu ringgit, itu paling kurang la kan, kau jangan mimpi nak duduk atas paterana indah bersama pasangan sehidup semati, direnjis-tepung tawar keluarga dan sanak saudara. banyak perkara yang kau mesti fikir. lain lah kalau ibu dan bapa berharta kaya raya, bila-bila masa boleh menaja.

  1. wang hantaran
  2. mas kahwin
  3. hantaran perkahwinan berdulang dulang
  4. cincin
  5. pelamin
  6. bunga telur
  7. persalinan pengantin
  8. kenduri kendara
  9. cenderahati tetamu
  10. fotografi


kalau lepas cabaran pertama, perlu bersiap sedia untuk cabaran kedua pula.
perkahwinan bukan sekadar rasa mahu berkahwin, tapi sekuat mana kita mampu dan mahu memikul tanggungjawab yang diamanahkan untuk kita suami isteri.

kata orang, perkahwinan itu rezeki. benda yang baik, sudah tentu tuhan lorongkan jalan bukan?
Share/Save/Bookmark

Friday, July 15, 2011

my father is a hero. he is not a robocop but he is a cop.

ini last. dah dekat seminggu pun peristiwa kuning-kuning ni berlaku. aku anak polis. ayah juga terlibat sama dalam operasi kuning-kuning tempohari. dah tentu hati aku tercalar juga bila obsesi kuning kuning tak habis habis melabelkan polis ni kejam sedang mereka ini lah yang berhujan berpanas mengawal keadaan di kuala lumpur sejak beberapa hari sebelum kejadian kuning kuning.

sekadar berkongsi. moga-moga tak serong lagi pandangan kalian terhadap polis. kalau dicaci maki, dah tentu darah naik ke muka bukan? jadi pada aku, insiden diterajang, mahupun diunjukan cota, bukan perkara yang luar biasa.

untuk paparan video, lungsuri TINGGALKAN SATU PELURU.

jaga mulut, jaga peribadi. babai.
Share/Save/Bookmark

saya tidak rasis. tapi ini realiti bukan?



Malaysia, atau pada lebih lima puluh tahun dahulu dikenali sebagai Tanah Melayu merupakan salah satu tanah di dalam lingkungan Malay Archipelago. didiami oleh bangsa Melayu dari berbilang keturunan antaranya Jawa, Bugis, Banjar, Minang dan lain-lain. kalau ditelusuri susur galur sejarah, ini bermakna Malaysia yang kita diami sekarang pada asalnya merupakan tanah yang satu-satunya dimiliki oleh kita, bangsa Melayu.

bumi Melayu ini kemudiannya dijajah kuasa asing, sehinggalah ia jatuh ke tangan kuasa terakhir yakni British yang kemudiannya membawa kepada kemasukan pendatang-pendatang asing terutamanya dari India dan China. berbekalkan semangat Melayu yang mahu menggenggam semula tanah yang kita punya, kemerdekaan dituntut, Malayan Union ditentang dan berikutan dari itu maka merdekalah Tanah Melayu. namun begitu merdeka kita merdeka bersyarat. merdeka Tanah Melayu mesti dituntut oleh semua, bukan satu-satunya bangsa Melayu, malah India dan Cina perlu turut serta dan demi semata kerana inginkan merdeka, syarat ini dipenuhi. ini lah titik mula kepada apa yang berlaku kepada kita sekarang. kita bagaikan bukan tuan asal yang memiliki tanah ini. sedih bukan?

tambah menyedihkan bila kita sesama Melayu berbecah belah hanya kerana perbezaan fahaman politik. sedang kita tahu bahawa kita akan jadi lebih kuat seandainya kita bersatu. persetankan dengan fahaman kita yang berbeza, apa salahnya kalau kita saling menjaga? ketidak sepakatan dan perbezaan fahaman kita hanya akan membuka ruang kepada bangsa lain untuk lebih giat menangguk di air yang keruh. apa kita mahu bangsa lain yang mendatangi bumi ini mengaut kekayaan sedang kita masih leka bertelagah, mempertahan fahaman dan sudah tentu mempertahankan juga ketua yang memimpin fahaman tersebut. apa kita mahu?

dulu, selepas tamat belajar, aku sibuk mencari ruang dan peluang pekerjaan di bandar kelahiran aku, Ipoh. tidak mudah, jauh dari senang. apatah lagi kebanyakan syarikat yang menawarkan gaji menyelerakan dimiliki oleh bangsa selain Melayu. tahu tidak? salah satu requirement untuk pemohon, "mesti fasih berbahasa inggeris dan keutamaan diberi kepada calon yang fasih berbahasa mandarin".

*senyum sinis*

tahu apa rasanya?
betapa kita ini terpinggir di negara sendiri.

aku tidak pernah setuju dengan gagasan satu Malaysia, tapi itu tidak bermakna aku tidak suka dengan pemerintahan sekarang. pemerintah kita cuma manusia biasa seperti kita yang jauh dari sempurna, malah banyak khilafnya.

*diam*

kalau kita masih gemar merusuh dan bermusuh begini, akhirnya suatu hari nanti, kita juga yang rugi. apa kita mahu Melayu hanya tinggal lusuh dalam lipatan sejarah?

sedang kita berseteru, cina dan india yang gila kuasa di atas sana, seronok bertepuk tangan. tahu?
Share/Save/Bookmark

Thursday, July 14, 2011

Melayu -- Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "

Share/Save/Bookmark

#2 Spontan Khamis -- sabar

sabar

sabar

sabar

sabar

sabar

sabar

sabar

sabar


p/s: saya rindu ibu saya T_T
Share/Save/Bookmark

Wednesday, July 13, 2011

kucing warna oren

dulu, aku selalu pelik bila kawan-kawan aku yang menangis teresak-esak sebab kucing dia mati, kucing dia kena  buang, atau apa saja yang melibatkan kehilangan dan kecederaan kucing. aku sungguh-sungguh gagal menyelami sedalam-dalamnya perasaan kasih sayang antara manusia dan kucing.

mungkin sebab memang dari kecil aku tidak gemar dengan kucing.
bukan tidak gemar.
sebenarnya aku takut. tambah-tambah pulak, masa zaman sekolah dulu, kawan aku selalu datang sekolah dengan lengan yang calar balar.
aku tanyakan kenapa.
katanya dicakar kucing peliharaannya.
yang peliknya, dia tetap kasih. tetap sayang.

kat sini, aku ada ibu angkat yang aku panggil mama.
ekceli mama kepada kawan baik aku di sini, mimi.
mama ada banyak kucing.
sepuluh ekor agaknya.
masa mula-mula dulu, takutnya jangan cerita.
terjerit-jerit macam perempuan gila.
lama-lama, aku jadi biasa. tapi, masih tak pernah berani pegang, apatah lagi mendakap dan mendukung.

bulan lepas, aku ke kodiang. ada operasi khidmad masyarakat.
ada seekor kucing warna oren. aku jumpa.
bila tengok kawan aku main-main dengan kucing warna oren tu, aku rasa teruja pula mahu cuba.
aku minta kawan aku letakkan kucing warna oren di atas riba aku.
aku sentuh. aku belai.

:)

kucing warna oren ni baik lah. kata aku.
kemudian aku minta kawan aku ajar aku macam mana mahu kendong kucing warna oren.
sejak itu, aku suka dengan kucing. bermula dari kucing warna oren di kampung itu.
aku dah mula jatuh sayang dengan kucing.
nak nak kucing warna oren.
Share/Save/Bookmark

#5 Wordless Wednesday -- sampai kita tua, sampai bila-bila


Share/Save/Bookmark

Tuesday, July 12, 2011

peduli #2

aku dah jadi seorang manusia yang semakin malas berfikir
semakin kurang bermenung dan merenung
malah mungkin semakin tidak ada lansung peruntukan masa untuk bermuhasabah

sungguh

aku sedar
aku semakin tidak peduli malah tidak ingin lansung peduli dengan apa yang berlaku di sekitar aku
maksud aku, bukan jadi manusia dari cerminan refleksi katak di bawah tempurung
bukan
aku masih ambil tahu akan isu semasa yang berlegar di sekitar
yang berdecip menjadi buah mulut masyarakat

cuma, aku semakin tidak mahu peduli lansung akan hal remeh
misalannya kakak rumah sebelah sudah bersalin
kawan sekolah sudah masuk anak ketiga
ya
aku semakin jadi seorang manusia yang penting diri
sedikit demi sedikit, secara tidak sedar, sifat manusiawi yang dulunya mesra memeluk diri sudah semakin lekang

*diam*
*renung dinding*

atau...
mungkin aku terlalu leka dengan kemanisan dunia yang sedang aku kemam-hisap manisnya
hinggakan aku sudah tidak peduli lagi akan apa-apa
mahupun siapa-siapa

atau...
sebenarnya dulu aku sudah terlalu peduli
dan sekarang aku sudah penat
aku mahu berehat

berehat dari ambil peduli
boleh ke?

nota: semalam, seronok dengar kawan-kawan arjuna hati bercerita tentang indahnya tanah haram. moga-moga murah rezeki untuk ke sana.
Share/Save/Bookmark

pada suatu hari yang indah


this is my morning antidote.

at the moment i saw he posted this song, i have this kind of instinc 
"aku rasa, lagu ni dekat dengan aku"

:)

pada suatu hari yang cerah
waktu itu, tengahari. sambil berjalan dari padang hijau menuju ke kerusi di bawah teduhan pohon rendang
ada sesuatu yang ingin diperkatakan
kemudian... pause.

waktu itu, ramai manusia di situ
aku duduk
dia duduk
mata aku tidak lepas memandang hamparan hijau yang terbentang di hadapan
anak-anak cina berkejaran
entah permainan apa yang dimainkan.

dalam pada sedang leka, nama aku diseru.
aku alihkan pandangan.
menyediakan deria untuk sesuatu yang tadinya dibiar pause

:)

malas nak cerita sampai habis.
dengar je lagu ni sampai hujung.
have a nice day :)
bai.



Share/Save/Bookmark

Monday, July 11, 2011

respon kepada para obsesi BERSIH

tiba-tiba rasa macam nak come out dengan entry berbaur emosi. laman youtube dibanjiri dengan video-video sepanjang rally kuning-kuning tempohari. yang turun berhimpun, itu hak semua. well, kadang-kadang yang tak berapa nak betul, yang tidak kena di hati, mahu juga disuarakan. hak manusia. hakikat yang itu memang kita tak mampu nak persoalkan.

kau nak berhimpun sangat, then berhimpun la. tapi bila anggota keselamatan menjalankan tugas, bertindak mengikut arahan, jangan pula kau persoalkan. disembur air dan gas pemedih mata kau bilang anggota keselamatan ini tidak berakal. ditangkap, digari kau tuduh anggita keselamatan ini kejam.

bila sekatan polis di merata tempat, kau kata menyusahkan.

sini khabarkan pada aku. kalau sesuatu yang buruk terjadi, siapa pula yang kau akan persalahkan? dah tentu tentu kau akan bilang anggota keselamatan ini makan gaji buta. ya kan?!

bapa aku menyara makan dan minum aku, membesarkan aku sejak kecil dengan hasil kerja kerasnya sebagai anggota keselamatan. jadi ada akalnya kalau aku emosi bila anggota keselamatan dituduh bukan-bukan, dicerca dengan kata-kata yang tidak-tidak. budi bicara hanya akan memakan diri sendiri. mereka akan disabitkan salah tidak menurut arahan. natijahnya, bileh dikenakan tindakan tatatertib atau lebih teruk lagi akan dipecat. kau mahu sangat budi bicara? boleh ! tapi boleh kau beri wang setiap bulan buat meneruskan kelansungan hidup? setiap manusia di atas muka bumi ini punya perana dan tugas masing-masing. para obsesi kuning ini jangan terlalu pendek akal dalam mengeluarkan kata-kata.

mahu nista dan caci anggota keselamatan? terang-terangan menyuarakan rasa anti terhadap mereka?
kalau begitu, apa jua masalah selesaikan sendiri !
jumpa penjenayah, lawan sendiri. boleh?

ayah aku seorang polis. adik lelaki aku juga seorang polis. aku saksikan sendiri dengan mata kepala aku akan kerja keras mereka hari-hari. mahu ambil cuti pun sikit punya susah. apatah lagi bila keadaan seperti Bersih tempohari berlaku. lansung beku cuti semua anggota.

think before you speak. BERSIH sangat ke bila caci maki sana sini?
bai.

antara ulasan BERSIH yang patut dibaca:

Ridhuan Tee Abdullah
Papa Gomo
Jebat Must Die
Share/Save/Bookmark

arjuna ragaku


kadang-kadang, tak perlu ungkapkan kata-kata manis
:)


Share/Save/Bookmark

Friday, July 08, 2011

curhat #1

:)

lama tak menulis pasal diri sendiri. ada menulis, tapi terlalu sedikit. well, sebenarnya bagus begitu kan? hidup kita, tak kan pula nak dicanang semuanya. apa lagi yang boleh kita simpan untuk diri sendiri kalau kita mahu cerita segala dari A sampai Z. sudah jadi tidak eksklusif lagi kan.

hurm..

life treating me well. i have such a blissful life. dilimpahi kasih sayang keluarga yang tidak terbanding dengan apa juga kegembiraan di dunia, ditambah pula dengan kasih sayang seseorang yang sudi menjaga dan menerima aku apa adanya. i feel blessed. sungguh-sungguh bersyukur dengan semua yang telah dikurniakan.

namun aku sedar akan satu hakikat bahawa semua yang manis ini cuma pinjaman. dan..

... kalau boleh, aku mahu dakap bahagia ini sampai aku mati.
Share/Save/Bookmark

Wednesday, July 06, 2011

kalau sudi..

saya hilang kata-kata.
sebak.

kita sihat. kita bahagia. kalau ditimpa masalah pun, insyaAllah masih boleh kita tanggung.

*diam*

sebagai seorang manusia biasa, saya tak mampu nak tolong banyak-banyak. teman-teman yang prihatin di luar sana, kalau senang, kalau sudi, kalau mampu.. sudi-sudi lah kiranya melawat laman ini. tidak ada paksaan. semuanya di atas nama sudi. 

jasa baik kalian, hanya tuhan saja yang akan membalasnya. 

Share/Save/Bookmark

mawar

[gambar dari penulis.sahaja]
semalam.
kau kirim aku sekuntum bunga.
mekar kelopaknya. harum baunya.
aku tanya. ini bunga apa?
kau bilang, ini bunga mawar sayang.
aku senyum.
lebar senyum aku.
aku hidu dalam-dalam harum baunya.

aku tanya, kenapa beri aku mawar?
kau bilang aku indah seperti mawar.
kau bilang aku harum seperti mawar.

aku senyum meleret.

tapi sekejap saja senyum aku melengkung di muka.
celaka.
jari aku luka.
mawar merah yang aku pegang rupanya ada duri.

aku bilang kepada dia.
kenapa tidak beritahu aku mawar itu ada duri?

dia senyum.
menyenget senyumnya.
dia ketawa.

sakit?
demikian tanya dia kepada aku.

aku angguk.
aku hulur jemari aku yang luka.
dia senyum lagi.
menyenget senyumnya.
kemudian berlalu pergi.
bersama ketawa yang panjang

Share/Save/Bookmark

Tuesday, July 05, 2011

dulu, sungguh-sungguh takut. sekarang...

[muka jakun satu]

[muka jakun dua]

[budak oren yang berjaya menjinakkan saya]


Share/Save/Bookmark

bukan mandi sampai bersih. mandi la kau sampai kecut.



setakat mandi dua kali sehari, cukup lah. boleh tahan la bersih dia. pagi-pagi subuh, satu kali. paling-paling koman pun, sepuluh minit jugak lah. kemudian, sepulangnya dari kerja, lagi sekali. sama jugak lah durasinya. paling-paling koman pun, sepuluh minit.

ala bersih lah tu.

sabun pakai scrub yang ada bau strawberry, kendian pakai bedak lawa-lawa, pakai body splash Mustika Ratu yang kaler purple tu, kan ke wangi. bukan kata bersih, malah bebas dari bau hangit ketiak.

kalau ye pun nak bersih lagi, jangan la sampai buat perhimpunan mandi besar-besaran. hodoh benor rupanya haih. mandi diam-diam kat rumah, kan ke elok ye dok?

walau macam mana punya mandi pun, kita yang namanya rakyat marhaen ni, tetap akan jadi rakyat marhaen. gaji kita yang tak sampai pun tiga ribu ringgit sebulan ni, tetap jugak sama. apa kau ingat gaji kau yang tak sampai tiga ribu ringgit sebulan tu boleh naik jadi enam ribu ringgit sebulan?

*senyum menyenget*

err.. kau ingat, penganjur mandi secara berjemaah ni, nak ikut mandi sekali dengan engkau? kot ye pun nak rebel, jangan la sampai jadi bangang. ye dok?

p/s: ingat lagi akan penganjuran forum yang membolehkan umat Islam murtad? 



Share/Save/Bookmark

Monday, July 04, 2011

hati perempuan, kalau dah kuncup.. pam kan ia biar kembang semula..



perempuan dan rajuk.

selagi namanya perempuan, dalam sebulan mesti akan ada sesi merajuk dan pujuk.
kau pernah jumpa perempuan yang tak pernah merajuk dalam dunia ni?

*senyum menyenget*

sebab apa perempuan ni selalu benar merajuk?
mostly lelaki akan kata perempuan ni mengada-ngada. hati tisu. tak kental. sengaja mahu dipujuk dan dibelai selalu.

*senyum*

perempuan ni sifatnya halus.
setiap pelakuan dihadam ketika itu juga.
setiap butir bicara terus sampai ke hati.
bezanya, sama ada perempuan ambil peduli atau tidak saja.
bergantung kepada tahap sensitiviti seseorang perempuan itu juga.
lebih sensitif perempuan, lebih peduli lah dia akan setiap perlakuan dan bicara.

kalau ada yang tidak kena di hati, meragam lah dia.
kuncup, mengecil hati merah yang dia punya.

perempuan ni, merajuk dia pada yang sayang.
semakin erat pertalian seseorang itu dengannya, semakin tinggi level pedulinya.
dia mengandaikan orang yang dia kasih itu bijak menjaga hatinya.
peduli dengan setiap getar hatinya.
dan sebenarnya kalau benar isi hati perempuan itu sudah ditakluk, tidak sukar pun untuk memujuk hatinya agar kembali mekar.

perempuan pun, jangan lah selalu sangat nak merajuk.

*cari cermin*


Share/Save/Bookmark

farewell dinner - 1 Julai 2011 [gambar]


[petang sebelum kejadian. ramai-ramai iring ketua jabatan kesayangan ke kereta]

[malam kejadian. menyambut tetamu jemputan dan vip.
tentang baju yang sedondon jangan tanya. dah diberi kain, tempah je.
itu pun, empat hari sebelum hari kejadian. 
credit untuk teddy bear daku yang mengetuai misi mencari tailor.
gila kau, kurang lebih sebulan lagi nak raya, siapa mahu terima?]

[orait. kenyang. telefon melekap di telinga]

[baca sajak untuk ketua jabatan tersayang. tajuk dia Sampai Bertemu]

[berkenan ke anak orang. meragam sebab banyak tangan pegang]

[sebahagian besar keluarga Jabatan Kira Kira Duit bersama ketua jabatan tersayang]

sebahagian bait-bait Sampai bertemu:

nukilan sendiri, 30 Jun 2011 UiTM PP

kalau pun nanti bukan di sini
biar di bumi mana kita berdiri
kalau jodoh menyebelahi
kita pasti bertemu lagi



Share/Save/Bookmark

extrovert kepala hotak kau

personaliti manusia boleh dikategorikan kepada dua iaitu Extrovert dan Introvert. orait seperti biasa bahasa nak skema dan sembilan puluh peratus mengikut spesifikasi kamus dewan kan. (=_=')

well, kalau menurut pernilaian sendiri ke atas diri sendiri [err.. melampau. aci tak aci, kira aci jugak], aku ni kira dalam kategori Extrovert. suka bercakap depan audien (read: mencapab), lantang menyuarakan pendapat, itu pun mengikut kesesuaian situasi dan keadaan. tak kan pulak dengan orang tua-tua pun kita tak nak kalah kan? kasi chance sikit kat orang tua. kita yang muda-muda ni eloknya mengalah saja.

orang yang Introvert ni ada sedikit sifat pemalu dan seboleh-bolehnya mengelak dari keadaan di mana mereka perlu bercakap di hadapan orang ramai. aku pun kadang-kadang pemalu juga. tapi bila bab bercakap dan mengekspresikan diri di hadapan audien ni, aku muka tembok sikit.


hodoh sungguh rupa orang extrovert tak kena gaya kan?
[gambar: ihsan google]


Extrovert ni sebenarnya bagus. tapi yang tak bagusnya bila setiapnya yang terlintas dalam kepala kau, kau nak cakap, apatah lagi perkara-perkara yang tak baik (read: mengata) atau menyentuh sensitiviti individu tertentu.

misalnya, malam tadi. masa jalan-jalan cari makan dari satu restoren nasi kandar ke satu restoren nasi kandar yang lain, aku nampak la seorang pondan ni berjalan lenggang lenggok dengan bunyi bergemerincing nyaring  terbit dari rantai kaki yang dipakainya. melihatkan panorama tersebut, maka tersembur la dari mulut aku dialog ini

"nak cari pelanggan letew"

bopreng yang berdiri di sebelah apa lagi. mencerlung tajam matanya memandang wajah aku. gila cuak.

opppsieee..

berubah sekejap air muka aku. dah buat salah, sah sah la air muka tu jadi air muka bersalah. kelip-pop -kelip-pop, terkebil-kebil biji mata aku. sambil tu gigit bibir bawah. takut kena marah. tapi tak kena marah pun. kena ceramah sikit saja. dan akibat dari itu, makan pun diam je. masa kat dalam tempat makan yang berhawa dingin tu, bau hangit ketiak yang aku saspek datang dari kap lam ya nga meja sebelah pun aku diamkan saja.

dan

... ya. Extrovert tak bertempat hanya akan mendatangkan dosa saja. walau pun apa yang kita cakap tu tak bermaksud menghina, walaupun kita cuma mengekspresikan apa yang terlintas di kepala, tapi kan.. yang namanya mengata tu tetap berdosa.

what goes around comes around.

bila orang mengata engkau, engkau pun marah kan?
peringatan untuk diri sendiri, muhasabah diri, bersihkan hati.



Share/Save/Bookmark

it's a so-so monday


Assalamualaikum wbt..

happy monday all !

ok sebenarnya hari ni macam malas sikit. masa browse on the internet ni, daku jumpa satu kuiz. nah ! ini result nya.


[sape nak main kuiz ni, klik SINI]

oktatababai. 

p/s: teddy bear saya not in a pink of health. get well soon sweetheart. 


Share/Save/Bookmark

Saturday, July 02, 2011

money matters

susah sangat ke nak terima hakikat bahawa di zaman serba mencabar ni, perkara yang terpaling-paling penting adalah duit?

well, nak kata perempuan ni nafsu besar tempayan ke, nak kata perempuan ni bebal ke, sila kan.. tak akan rasa sakit bontot walau sedikit pun. cinta semata tak akan cukup untuk bahagiakan hidup kau. infact dalam agama kita sendiri pun kita digalakkan untuk berkerja dengan tekun dan kumpul kekayaan kan? betulkan aku kalau aku salah.

:)

kalau kau tak ada duit, mampu kau nak hantar anak kau ke klinik? beri rawatan yang terbaik kepada dia?
kalau kau tak ada duit, mampu kau nak sekolahkan dia? berikan pendidikan yang sempurna dan sediakan segala kemudahan agar dia selesa dan dapat belajar dengan baik.
kalau kau tak ada duit, mampu kau nak cukup kan makan pakai anak-anak engkau?

hidup ni biar lah realistik sikit.

kalau tak cukup kaya, kita usaha sama-sama. cuma jangan tuduh perempuan yang macam-macam. cinta perempuan ni, tulus dia cuma suami saja yang tahu. orang yang tak tahu apa-apa, pandang saja dan tutup mulut.
Share/Save/Bookmark

Friday, July 01, 2011

ART #1: perempuan jalang

perempuan itu senyum. menyenget senyumnya. senyum sinis. senyum mengejek. betapa dunia terlalu banyak mengajar dia menjadi jalang. bukan menjadi jalang kepada lelaki-lelaki bernafsu sebuas kuda. malah perempuan itu menjalangi jiwa dan hati-hati lelaki. jujur-tulus mereka dia tidak peduli. dia puas. gembira. malah seronok menjalangi perasaan-perasaan mereka. biar disebar virus-virus yang membawa mati. biar terbunuh jiwa-jiwa mereka. biar mati.

keperawanannya telah dirobek kejam.

hati dan jiwanya sudah tidak perawan lagi. betapa dia sudah sering ternoda, lalu menangis... kecewa. hatinya sudah terlalu tenat, bahkan hampir kepada mati. tapi.. tapi dia tidak mahu mati. dia benar-benar tidak mahu. dia bingkas bangun, berdiri, menjadi perempuan yang baru.

perempuan jalang, menjalangi setiap jiwa yang mampir.

sekali lagi.. dia menyungging senyum puas.


notajarilentik: garapan hasil seni kreatif yang tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. terlahir dari imaginasi penulis semata.
Share/Save/Bookmark

#edisi supper: [untittled]

tiga puluh empat minit melepasi jam dua belas tengah malam. baru pulang dari kolej anak-anak lelaki, dan dapat lah sedikit 'hasil tuaian' yang tidak seberapa. itu pun dengan bantuan anak-anak Jawatankuasa Kolej.

muka lurus, mulut diam
diam sebab mulut saya dah hilang
[gambar: ihsan goggle]

curi sikit dua tiga minit masa sebab mengantuk ya amat. nak tidur pun tak boleh lagi sebab mahu selesaikan dua tiga perkara dulu. lalu, cari ubat tidur di sini..


notajarilentik: langit malam ini tak berapa nak cerah. tak ada bintang-bintang.
Share/Save/Bookmark