Wednesday, August 24, 2011

Happy Eid Mubarak

[ni nama dia apompom cekelat kukus. atau nama glamernya kek kukus cekelat. nak resepi? bak singgit !]

Kurang lebih seminggu lagi nak raya. Lagu raya pun dah mula merebakkan aura, rasa tak sabar nak pulang ke kampung halaman. Biasanya malam tujuh likur macam ni, kemeriahan raya tu dah terasa. Budak-budak pun makin eksaited main bunga api, main baling-baling mercun bawang, dan tak kurang juga bunyi meriam buluh berdentum-dentum dari atas bukit mahupun dari tepi bendang. Kalau balik kampung aku, port tetap penggila meriam buluh, atas bukit la. Kalau kat kampung ibu, port meriam buluh betul-betul kat tepi bendang belakang rumah tokwan.

Selalunya, hujung-hujung puasa macam ni, aku dah sibuk bersilat kat dapur, jadi chef pastry, buat kuih raya. Tekan samperit dahlia, terap biskut macam-macam rasa, pukul adunan kek cawan, kadang-kadang pulak kalau tak cukup barang, bergegas-gegas ke giant dengan rupa separuh siap. Tapi kali ni lain benar. Cuti pun dah tak tinggal banyak. Jadi tak boleh nak ambil cuti awal. Kat sini bukan tak boleh nak buat kuih sendiri. Tapi tak seronok. Tak de rasa excitement nak beraya tu sebab duduk sorang-sorang. Rasa kejung je tahu? So tahun ni pecah tradisi. Tak ada kek cawan. Tak ada samperit dahlia. Tak ada biskut kegemaran setiap satu ahli dalam rumah. Nanti ada masa aku bawak balik kuih tunjuk-tunjuk je.

Kurang lebih seminggu lagi nak raya. Preparation untuk lima syawal tak siap-siap lagi. Aku ni pesen tak ada semangat kalau buat kerja sorang-sorang ni. Semangat malas yang jadi berlebih-lebih. Lepas tu bila dah sampai last-last minit nanti, baru nak kelam kabut terkejar-kejar sana sini. Mula lah nak mintak ada empat tangan la, lapan tangan la, kononnya tak menang tangan nak buat semua. Walhal diri sendiri tu yang pemalas naudzubillah. Pesen-pesen suka bertangguh, suka buat benda last menet. Elok tunjal aje kepala ye dok?

Rasanya macam lepas ni tak sempat nak up apa-apa entry baru. Lepas raya la gamaknya. Jadi pada kesempatan ini, awal-awal lagi aku nak ucapkan Salam Lebaran untuk semua kawan-kawan blogger, kawan-kawan yang termenyinggah ke sini, dan mohon dimaafkan kalau kalau ada tulisan aku yang mengguris rasa sesiapa. Happy Eid Mubarak, have a blast one y'll !

Assalamualaikum.. tata !

p/s: bisnes pun nampak positif je perkembangannya. rezeki berdua. those yang mahu perfume berjenama, 100% authentic pada harga yang lebih best dari biasa, kontek aku ek.
Share/Save/Bookmark

Monday, August 22, 2011

#1 baju tempah tak best, #2 puding caramel sayang di sayang, #3 bila kita tahu macam mana rasanya sakit, kita tak akan buat orang lain rasa sakit yang kita rasa.


 [menatap blog bersawang. gambar sekadar hiasan]


Orait..
Dah lama tak update blog. Last sekali Khamis hari tu. Baru perasan, kat shout box ada ramai jugak kawan-kawan yang datang. Tapi maaf sangat sebab tak sempat nak buat kunjungan balas. Kalau ada kelapangan nanti, aku akan lawat semua. Semoga semua kawan-kawan blogger as well as readers, sihat-sihat belaka. Aaaa.. tak ada yang ponteng puasa kan? Kita dah hampir sampai ke penghujung Ramadhan pun. Korang dah beli baju raya ke belum? Kalau belum tu, cepat-cepat la beli. Nanti karang bila tunggu hujung-hujung puasa, pilihan pun tinggal tak banyak lagi.

Kalau baju ni, aku lebih prefer beli yang ready made daripada menempah. Salah satu sebabnya memang ada je saiz aku. Kalau bukan XS, mesti S. Antara dua saiz tu je, itu pun ikut potongan la kan. Baju ready made ni ekceli lebih murah kalau nak compare dengan baju yang kita tempah. Kos kain kurang-kurang pun dah RM40. Itu kurang-kurang. Yang mencecah ratusan ringgit pun ada. Upah menempah pulak, kalau setakat kurung biasa, kurang-kurang RM28. Kalau beli yang ready made, kurung biasa pun boleh dapat dengan harga RM59.90 sahaja. Hati pun puas. Kau fitting la berapa kali pun, ikut suka kau. Fitting la sampai kau puas hati. Kalau yang ditempah ni pulak, kita kena terima saja lah hasilnya macam mana pun. Kadang-kadang tak sedap pakai. Kadang-kadang tak menepati design yang kita nak. Macam-macam kerenah.

_ _ _ _ _ _ _ ________________ _ _ _ _ _ _ _ 

Last weekend jadual aku full jugak la. Sabtu berbuka di rumah bakal ibu mertua. Siang hari tu, mengemas rumah. Tengok DVD. Lepas tu siapkan sedikit juadah untuk bawa ke rumah FMIL. Ecewahh.. sembang macam masak banyak, padahal buat puding karamel je pun. Itu pun percubaan pertama. Nasib baik la menjadi. Dengan muka tak segan, aku kabo awal-awal ke FMIL yang aku sendiri pun tak tau rasa puding caramel aku tu sedap ke tidak sebab baru pertama kali buat. keh keh keh..

Lepas berbuka, lepak-lepak sekejap, kemudian heading ke Taiping, rumah sahabat baik arjuna hati. We spent a night there, kemudian Ahad tu berjalan sekitar Taiping. Dibawa ke kilang baju berjenama, sempat la rembat sehelai baju kurung. Cuba teka berapa RM?

keh keh keh.. Semua salah teka. RM40 sahaja. Arjuna hati pulak bawa pulang sepasang baju melayu, sepasang jubah hitam, sehelai jeans dan sehelai seluar pesen ape entah which cost him tak sampai pun RM300 untuk semua item yang aku kabo. Eh kejap, ekceli termasuk dengan baju kurung daku sekali. Thee hee (>_<)'

Selesai shopping, ke param dan kemudian pulang. Sampai je rumah, isteri sahabat pun dah siap masak. Makan-makan sampai nak pecah perut, lepak-lepak lagi, lepas tu sambung makan lagi. Bila rasa-rasa makanan dah turun sikit, kami pun beransur pulang, dan oh.. thanx guys for the great treat and hospitality dan dah tentu akan datang lagi nanti.

_ _ _ _ _ _ _ ________________ _ _ _ _ _ _ _ 

Pagi ni, masuk ofis lambat sikit. Overslept. Penat sangat agaknya.
Rutin biasa. Check e-mail jabatan, e-mail peribadi, akaun laman sosial.

*diam*

Maaf.
Memaafkan memang mudah, tapi tak mudah untuk lupa akan setiap satu kejadian yang memberi kesan kepada hidup kita. A couple of months ago aku memang dalam deep shit, separuh mati bertarung dengan perasaan yang kecundang dan cuma tuhan saja yang tahu macam mana sakitnya bila harapan tu berkecai. Berkeping-keping.

Tapi tuhan terus baik dengan aku walaupun aku bukan siapa-siapa, malah bukan manusia yang baik pun. Aku berdoa dan berdoa, kalau punya masa aku ke masjid. Sungguh-sungguh aku mahu keluar dari tahi yang memporak perandakan aku. Aku terus berjalan menurut takdir yang tuhan rencanakan dan di atas perancangan tuhan yang sungguh-sungguh cantik, aku berjaya keluar dari hidup yang serupa tahi. Sakit dan pedih yang aku rasa membuatkan aku menjadi seorang manusia yang lebih menghargai. Menghargai kasih sayang dan perhatian yang diberikan kepada aku. Aku percaya, menghargai perlu datang dahulu dan kasih sayang itu akan menyusul kemudian nanti.

:')

Sekarang ini aku adalah seorang perempuan yang bahagia. Jadi apa alasan yang aku ada untuk tidak memaafkan? Apa pula alasan aku mencela khilaf orang lain sedangkan aku sendiri juga bukan manusia sempurna? Aku maafkan setiapnya yang terjadi dan aku percaya, aku sendiri tidak terlepas dari silap dan khilaf. Namun seperti yang aku bilang, kalau pun kita seikhlasnya memaafkan, tidak mungkin secepat itu kita dapat melupakan.

Masih ada cebis-cebis dendam yang belum terhakis?

[panggung dagu, berfikir sejenak]

Bukan.
Tak berdendam.

Setiap luka dan calar akan meninggalkan parut.
Cuma apa yang berlaku benar-benar mengajar aku untuk menghargai setiap manusia yang tuhan anugerahkan untuk aku. Bila kita tahu rasanya sakit, kita tak akan buat orang lain rasa sakit yang kita rasa ye dok?

_ _ _ _ _ _ _ ________________ _ _ _ _ _ _ _ 

Minggu ni merupakan minggu terakhir aku bekerja sebelum tibanya Syawal. Jumaat dah pulang ke kampung. Kot-kot la tak sempat nak wish raya nanti kan, aku buat satu auto publish post nanti. Ada baiknya aku berhenti dulu. Ada yang ingin aku selesaikan. Sebelum cuti, kije kena la siap ye dok.

Tata y'll !

p/s: terima kasih tuhan. terima kasih manusia-manusia lain. terima kasih sayang. terima kasih untuk menjadikan aku perempuan sebahagia ini.


Share/Save/Bookmark

Thursday, August 18, 2011

#3 Spontan Khamis -- mua

budak zaman sekarang dah semakin mengada-ngada
budak zaman sekarang dah semakin mua, tak reti lagi nak handle masalah-masalah yang aku kira kecil

salah ibu bapa yang terlalu memanjakan?
atau salah anak itu sendiri yang sengaja buat buat tak tahu nak handle
atau memang sebenarnya zaman yang berubah menjadikan anak-anak kita begitu?
ya.. zaman serba mudah. jadi anak-anak tak mahu lagi peluk peluh ketiak merasa susah.

*mengeluh*

aku nanti, berpotensi menjadikan anak-anak aku anak yang mengada-ngada
lembik
tak tahan cabaran
cepat panik
bla..bla..bla..

*panggung dagu*

bimbang.


Share/Save/Bookmark

Tuesday, August 16, 2011

actually, aku tak suka sangat hidup yang busy dan hectic..

cadangnya nak mengajak berbuka di tepian laut beralaskan tikar dengan juadah yang dibeli dari bazar. baru bercadang-cadang dalam hati dan tak khabarkan lagi kepada yang berkenaan.

lepas tu memandangkan esok cuti, plan nak duduk rumah buat cup cakes dan dalam kepala mahu buat cup cakes coklat, vanilla dan buah.

:'(

malangnya..

petang ni membawa ke malam ada event yang baru last minit dapat tahu.
esok juga ada event sampai jam empat petang.

yeah. kelam rasanya dunia pada hari ini dan esok.

:'(



Share/Save/Bookmark

perempuan, ancaman, jaga diri

-post pesen pesen membebel-

[tergamak ke nak bangun kalau dah tido pesen pesen peluk bantal busuk gini? gini lah semalam. gini lah !]

Semalam giliran aku duty. Maknanya dari hari sabtu itu hari, sampai la this coming Jumaat aku ken standby. Malam tadi masa tengah syok syok layan mimpi, telefon bimbit aku mula la memekak. Teman seperwardenan aku rupanya. Malas nak jawab. Aku silence-kan je. Kemudian masuk lagi call. Aku biar lagi. Sampai la deringan yang entah ke berapa kali, baru la kepala aku yang sengal-sengal ayam ni teringat yang minggu ni turn aku duty. Then aku jawab call. Ada student nak mintak bawak ke balai polis sebab nak buat police report. Aku pun bangun dengan terpisat-pisat, basahkan muka, sikat rambut, sembur parfum, capai kunci kereta dan zassss..

Dalam perjalanan aku tanye kan ke student, ape ke hey nye sampai nak buat report bagai. Katanya kena sexual harrasment dari panggilan telefon. Huh ! Orang zaman sekarang ni dah semakin ramai yang sakit jiwa. Kalau pesen pesen sakit jiwa tak kacau orang tu tak apa lah kan. Ni yang pesen pesen horny tak kira masa yang menyusahkan orang. Kot ye pun dah gatal sangat, pegi cc layan chat dengan awek awek laman sosial Tagged sudah. Yang duk kacau budak tengah sekolah tu buat pe. Ke budak aku tu pun layan Tagged tak?

Lupakan Tagged. Isunya sekarang ni, dunia ni dah tak berapa nak selamat lagi. kalau zaman dulu, anak dara pegi kedai sorang-sorang, lalu denai di kebun getah pun takde hal. Takde siapa pun nak peduli. Kalau berpapasan pun hai hai bye bye je. End.

Kalau zaman sekarang, tengok budak sekolah pakai pinafore nampak betis putih gebu pun dah naik berahi. Faktornya?

Boleh jadi terlalu banyak pendedahan terhadap bahan-bahan pornografi.
Atau mungkin orang zaman sekarang terlalu fragile, tak reti nak kawal mental dan emosi sendiri.
Atau boleh jadi juga zaman sekarang populasi syaitan semakin ramai.
Mungkin juga faktor kaum perempuan sendiri yang pesen suka pakai baju tapi macam bogel tak pakai apa-apa.

Korang tambah lah sendiri lain-lain faktor yang nampak logik.

Tuntasnya, sekarang ni bukan zaman boleh tunjuk terer jalan sorang-sorang. Adik-adik, kakak-kakak kat luar sana, kalau nak keluar tu elok lah berteman. Kalau pun dah takde teman sangat, elakkan berjalan di tempat yang sunyi. Jangan duduk sendiri-sendiri. Kalau nak lepak pun, lepak kat tempat yang ada ramai orang. Paling penting, mintak pada tuhan semoga selamat dan setiap pergerakan kita berada dalam perlindunganNya.


p/s: bonda bilang, selalu selalu lah baca bismillah lima


Share/Save/Bookmark

Monday, August 15, 2011

Tak sampai dua minggu, Aidilfitri dan Bonda



Dah masuk pertengahan Ramadhan. Bermakna kurang dua minggu sahaja lagi untuk kita menyempurnakan ibadah puasa sebelum menyambut tibanya Aidilfitri. Aidilfitri tahun ni biasa-biasa saja. Tak banyak beza. Cuma mungkin ada sedikit garapan manis yang menjadikan Aidilfitri tahun ini sebagai yang terakhir untuk aku raikan seringkas mungkin. Tahun depan persiapannya mungkin lebih sedikit. Perancangan beraya juga mungkin lebih sedikit. Malah destinasi beraya juga mungkin lebih sedikit.

Alhamdulillah, hidup adalah lebih bermakna dan insyaAllah akan bertambah bermakna. Lingkungan kasih sayang juga akan bertambah besar, malah aku mohon agar kebahagiaan ini kekal berpanjangan.

:)

Tahun ini keluarga memilih tema merah terang untuk busana Aidilfitri. Aku bilang, mahu pakai baju yang sedia ada saja. Tapi bonda kata, jangan. Nanti tak cukup senada dengan semua. Bonda bilang, mahu merakamkan kenangan sebab nanti, Aidilfitri yang akan datang tak akan sama lagi dengan tahun ini dan tahun sebelumnya..

Bonda.. bonda..

:)



Share/Save/Bookmark

gadis, siang, malam

bila siang
suria terang
bunga kembang
warna cemerlang
gadis senyum, tanda girang

bila siang
burung menyanyi
pepohon menari
dunia berseri
eh.. gadis senyum lagi

siang terang
kelak kelam, malam menjelang
warna bunga tak terang
tak bergema kicau burung nan girang
senyum, jangan biar hilang
Share/Save/Bookmark

Friday, August 12, 2011

Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara, murtad, dan etika blogger

sejak kebelakangan ni kan, atmosfera blog bersepah sepah dengan post pembongkaran identiti Hajah Sitt Al Wuzara. for those yang belum kenal siapa hajah Sitt, meh sini nak habaq. Hajah Sitt ni seorang blogger yang kononnya dulu beragama Islam dan mendakwa bahawa dirinya telah keluar dari Islam. isi kandungan blognya pula penuh dengan cercaan dan hinaan terhadap agama Islam. korang tak kan sanggup nak baca blog dia ni sebab sangat-sangat keterlaluan.

berbalik kepada isu pendedahan identiti ni.. blogger-blogger lain yang menyebarkan berita ni agak-agak ada tak buat apa-apa research dulu? atau pakai buta-buta je repost balik post yang korang baca? benar Hajah Sitt ni sangat keterlaluan dalam tulisan dan tindakannya, malah pernah disekat oleh SKKM pun. tapi apa hak kita untuk menyebarkan berita yang kita sendiri tidak tahu akan sahih-palsunya ia.

kalau betul Hajah Sitt ni adalah Arlene Tan seperti mana yang digembar-gemburkan, tak apa lah. tapi kalau tak betul? bukan kah itu namanya fitnah? dah la depa ni murtad. penyebaran berita yang kita tak pasti akan sahihnya ia akan memberikan tanggapan yang lebih buruk lagi. makin seronok la nanti depa mencaci agama yang telah mereka tinggalkan.

kalau pun seronok sangat berblog, kejarkan trafik, jaga juga etika kita dalam menulis dan menyampaikan maklumat. jangan sampai nanti kita sendiri menyesal dengan cerita yang belum tentu betul.


Share/Save/Bookmark

nota #1

untuk bakal suami...

"No relationship is all sunshine...but two people can share one umbrella if they huddle real close"




Share/Save/Bookmark

Tuesday, August 09, 2011

bersyukur

kadang-kadang, dalam hidup ni kalau kita tak tahu erti bersyukur, kita akan sampai pada satu tahap yang mana kita sendiri tak tahu apa yang kita nak. tuhan kasi apa yang kita minta. mula-mula kita bersyukur. lama-lama kita jadi mua. jadi naik lemak. sedang kita tidak sedar bahawa hidup ini berevolusi. tak ada yang kekal di takuk lama. akan ada penambahbaikan. akan ada nilai tambah. tapi, bila dah ada penambah baikan, bila kita dah bergerak dari satu tahap ke tahap yang lain, tak kan kita masih nak jugak apa yang kita dapat masa mula-mula dulu?

come on ! fikir !

kadang-kadang kita jadi tamak. semua kita mahu. ibaratnya bila kita naik gaji, naik elaun. lepas tu dengan pokok  gaji yang dulu pun kita masih nak jugak. boleh macam tu?

hargai apa yang sedang kita miliki. bersyukur dengan apa yang ada, nanti tuhan akan kasi lebih lagi.


p/s: muhasabah diri
Share/Save/Bookmark

Monday, August 08, 2011

hidup yang namanya hidup

macam bau minyak wangi, lama-lama nanti tak ada bau lagi
yang tinggal bau hangit badan sendiri

macam makanan yang dimasak hari-hai
kalau biar nanti lama-lama basi, tak boleh jamah lagi

macam duit berkepuk-kepuk dalam peti
keluar duit baru, yang lama dah tak laku buat membeli

macam pakaian dalam almari
dibiar tak pakai, dimakan ulat berlubang sana sini


p/s: tentang kasih sayang. biar terus wangi, sedap hari-hari, sentiasa bernilai tinggi, lawa diperaga ke sana ke mari. boleh?
Share/Save/Bookmark

Saturday, August 06, 2011

lupa


....tentang manusia yang tak kenal akan belas kasih tuhan





bila kau tersungkur disodok petaka jahanam
kau bilang dunia ini bejat jahat
kau melaung bertanya mana adil dunia
kau caci takdir yang tertulis tak boleh padam
kau persoal mana kasih sayang yang tuhan janji untuk engkau
kau cerita kau punya derita
kau rasa macam mahu mati
kau hulur pisau pada sesiapa
kau minta ditikam saja engkau sampai mati

tak ada siapa berani

kemudian masa berlari
tik tok tik tok tik ketik ketik tok

eh
kau senyum
kau senyum?
eh kau senyum lah

macam mana kau kembalikan senyum?
dulu kau macam sampah, tersumpah

"sebab aku kuat. dunia masih jahat. tapi aku kuat"

Share/Save/Bookmark

Friday, August 05, 2011

misi kecik untuk misi besar



dear stomach, i'm sorry for all the butterflies inside you.
ate nak buat cemane, dah dia nak datang ramai-ramai.
hiks~

esok ada misi lagi
semoga semuanya berjalan dengan lancar
moga-moga dipermudahkan segala

kadang-kadang masih rasa tak percaya
cantiknya jalan cerita yang tuhan sediakan untuk kita
despite of all the sedih sedih punya story
alhamdulillah tuhan masih bagi aku kekuatan untuk terus berjalan
kalau nak dibandingkan dengan dugaan yang orang lain tempuh
dugaan yang aku rasa ni, kiranya tak berapa nak berat pun

aku maafkan semua orang yang pernah buat aku menangis
hari tu rasa dendam jugak la. rebellious gila kan.
tapi sekarang tak lagi
sebab sekarang tuhan pinjamkan bahagia yang tak terperi

:)

oh ye..
esok, rama-rama jangan nakal macam hari tu ye
tak senang duduk tahu?
Share/Save/Bookmark

Thursday, August 04, 2011

resepi bukan senang: berkilo kilo sabar



Sesuatu nikmat tu, bukan senang kita nak grab. Bukan senang kita nak senang. Bukan senang kita nak bahagia. Bukan senang kita nak kaya. Bukan senang nak bina sebuah empayar niaga. Semuanya yang bernama nikmat itu, bukan senang kita nak peroleh. Bukan dalam sekelip mata je kita boleh dapat. Semuanya menuntut pengorbanan. Pengorbanan yang bukan sedikit, juga tidak kecil.

Kalau dah kerana masalah yang remeh remeh pun kita jadi mudah melatah, macam mana pula kita mahu berhadapan dengan cabaran yang lebih besar nanti? Kalau halangan yang kecil pun kita tak berani nak tempuh, macam mana kita nak peroleh segala yang kita impikan yang mana sudah tentu tentu cabaran yang perlu kita lalu adalah lebih besar lagi dari apa yang pernah kita hadapi.

Hidup bukan sekadar bermimpi mahukan itu dan ini, kemudian menanti sehingga impian itu menjadi nyata ibaran mengharapkan bulan jatuh ke riba. No such things ! Segalanya menuntut usaha. Semuanya menuntut pengorbanan. Oleh seba itu kita mesti belajar bersabar. Belajar untuk menerima setiapnya yang berlaku sebagai cabaran dan dugaan yang mana akan menjadikan kita manusia yang lebih kuat lagi. Hey, bila dah lepas setiap cabaran nanti, baru kita tahu betapa manisnya sebuah kejayaan, betapa berharganya sebuah kebahagiaan.

:)
Share/Save/Bookmark

jeruk

Aku mungkin anak yang degil. Degil di sini bukan bermaksud selalu melawan kata, atau tunjuk rebel atau apa-apa saja yang menunjukan perlakuan menentang. Degil aku degil yang kalau itu aku mahu, maka yang itu lah, bukan yang lain. Aku jarang berbantah. Kalau dibilang tidak boleh, maka aku akur. Bukan lah akur terus. Aku akan convince mereka sampai aku penat. Kalau tak berjaya jugak, nak buat macam mana kan. Dalam hati memang berontak. Bohong lah kalau buta buta boleh redha, pasrah dan bersikap tidak apa. Lazimnya kalau dilarang, aku akan meluru ke bilik, sembamkan muka atas bantal, menangis semahu-mahu sampai bengkak bengkak mata. Tapi itu dulu. Masa zaman-zaman aku makan-tidur. Seluar dalam pun masih dibeli ibu dan ayah.

Tapi sekarang aku dah dewasa. Masih macam dulu, aku jarang berbantah. Paling tidak pun, kalau apa yang aku buat tidak berapa kena di mata orang tua, aku akan sungguh sungguh buktikan bahawa apa yang aku buat itu betul.

Aku dah dewasa. Tapi keadaannya masih tidak jauh beza dengan yang dulu. Akan ada keputusan yang mesti aku ikut. Kalau berbantah nanti mendatangkan rajuk di hati beliau yang aku sanjung. Mana mungkin aku mampu buat sekeping hati itu rajuk. Tidak tenteram jiwa. Tapi, sebagai seorang perempuan yang sudah besar usia, aku punya jalan yang ingin aku tentukan sendiri, tanpa pengaruh sesiapa. Mungkin sebab dulu aku bukan selalu berbantah. Jadi sampai ke usia besar, aku diladeni seperti gadis sunti yang tidak boleh berbantah.

*mengeluh*

Kadang-kadang aku mahu jadi seperti bujang-bujang di bawah aku. Buat apa sahaja menurut kemahuan sendiri. Yang penting hati sendiri puas. Dahulukan kemahuan sendiri. Buat keputusan ikut kepala sendiri.

Tapi.. entah..

Emosi lain macam sikit pagi pagi ni.

*mengeluh*
Share/Save/Bookmark

Wednesday, August 03, 2011

hari tanpa nasi


dah dekat pukul lima
nak pergi bazar
pakcik ayang kita pulak bawak balik buah cempedak
nak pulang membeli juadah dan menggoreng cempedak
tatamuah !


Share/Save/Bookmark

bukan wordless wednesday

[gambar tak ada kena mengena dengan post.  rasa mengidam bila kena tag gambar ni kat fesbuk.  p/s: arjuna hati plisss take note.  nak kepsi plisssss]


Hari ni tak ada masa nak buat entry Wordless Wednesday. Tak ada gambar-gambar yang best. Rasa macam dah lama pulak tak ambik gambar. Kalau nak ajak tetuan punya kamera berfotoshot pun, bulan Ramadhan. haih ~ lagha semua tu.

Dah masuk hari ketiga berpuasa. Maknanya ada lagi 27 atau 26 hari lagi nak raya. Kurang sebulan. Maknanya dalam kurang lebih sebulan saja lagi till 'the day'. Berbaur-baur perasaan rasanya. Yang paling banyak sekali perasaan tak menyempat. Sempat ke nak buat itu, sempat ke nak buat ini. Barang-barang hijau epal kat rumah masih tersadai atas meja. Macam tu lah tuan tanah kedaung ni punya perangai. Suka sangat bertangguh-tangguh. Procrastinator terhebat lah kononnya. Bila dah nak dekat-dekat sampai tarikh kejadian nanti baru nak kelam kabut buat semua. Entah bila nak berubah agaknya. Disimpan peram perangai yang tak semenggah tak senonoh tu..

Berbuka dan sahur untuk dua hari berpuasa yang lepas, aku masak. Kalau dah namanya masak, haruslah menurut nafsu serakah yang melonjak-lonjak ye tak? Tambah pulak semalam tetuan arjuna mengajak diri ini menemankan beliau membeli-belah di bazar. Dah namanya temankan, apa boleh temankan saja-saja? Kita berjalan dengan mata terbuka, maka sudah tentu lah deria yang maha sensitif ini merasa tergoda dengan makanan-makanan yang terjual di bazar. Ditahan-tahan nafsu ni. Akhirnya penjelajahan di bazar berakhir dengan hasil belian yang tidak lah banyak. Pulang saja ke rumah, panaskan nasi, panaskan lauk, hidang hasil belian atas meja, dan tunggu waktu berbuka dengan penuh sabar. Oleh kerana membazir itu amalan syaitan yang memang patut patut pun kita elak, maka aku berusaha untuk menghabiskan sekurang-kurangnya nasi dengan lauk. Alhamdulillah. Selesai jua. Namun begitu aku merasa sangat derita kerana perut merasa sengkak. Penderitaan tersebut berpanjangan pula sehingga waktu terawih. Segala makanan terasa nak balik sampai ke esofagus. Gila tak gila punya pelahap. Jadi, demi untuk menamatkan penderitaan sengkak perut, aku tak nak masak hari ni. Kuali belangan haruslah digantung saja. Lagi pun, adik lelaki pun dah bising sebab aku punya pelahap memang pesen tak ingat nak jaga badan.

Oh ye, tangan kiri yang semalam sakit bukan kepalang sampai nak bawak kereta pun tak boleh, macam dah baik hari ni. Tapi, tak boleh ganas-ganas lagi. Terganas sikit je, sakit la rasa dia. Sempat pulak kena perli semalam masa aku merungut kaki lenguh-lenguh.

"nak pergi hospital lagi?"

haha.
Entah kenapa lah, suka sangat aku dengan hospital. Sakit sikit, nak hospital. Demam pulak, masa kat rumah kau layur lah aku makanan pesen apa pun, tetap aku tak lalu. Tak selera anak tekak. Tapi bila kat hospital, roti kering dengan air milo pun aku belasah sampai licin. Nasi dengan ikan masak asam pun, aku sesah sampai tak tinggal sisa. Bukan main heaven sekali perasaannya.

Rasa macam banyak pulak membebel hari ni. Dah lama tak membebel panjang-panjang dalam blog ni. Selalunya kalau update post baru pun, bahasa nak berbunga-bunga, pesen-pesen penulis tersohor lah kononnya. Puii !

Oh ye, artikel untuk Kitab Terfaktab dah siap dan selamat dihantar kepada encik-encik editor. Kalau tak silap, menurut perancangan, ia bakal terbit sekitar selepas raya. Boleh jadi pada September, boleh jadi juga pada Oktober. Teringin sebenarnya mahu terbitkan buku sendiri. Memang selalu pun berangan, berimpian sedemikian. Namun entah bila lah akan terlaksana. Kalau nak diikutkan, aku belum sungguh-sungguh bersedia lagi untuk memberi sepenuh komitmen terhadap bidang penulisan. Sekadar mengisi masa tu, boleh lah. Tapi aku tak nafikan, penulisan merupakan kecintaan aku, malah ia telah dipupuk sejak zaman kanak-kanak lagi. Buat masa ni, aku perlu selesaikan mana yang penting dulu. Mana dengan tugas hakiki, komitmen terhadap anak-anak jagaan di kolej, pengajian yang belum tamat, urusan tarikh keramat.. fuh ~ Pendek kata, masih belum cukup udara untuk bernafas. Moga-moga impian yang satu itu nanti terlaksana jua.

:)

Aku rasa, memang adalah molek kalau aku berhenti setakat ini. Panjang-panjang sangat, siapa lah peduli nak baca. Berjela.

Untuk kalian yang sudi menjengah, aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa, jangan ponteng-ponteng dan semoga ceria selalu !

tata muah !
Share/Save/Bookmark

Monday, August 01, 2011

sayang selasih

kadang kadang apa yang dia buat kita tak suka. kadang kadang apa yang dia bilang tak kena di hati kita. kadang kadang apa yang dia suka kita tidak suka. kadang kadang apa yang kita suka dibangkang, tak mahu. di usaha melobi lobi agar kita suka apa yang dia suka. kadang kadang kita boleh jadi fed up.

tapi..

kita sedar tak? setiap apa yang dia buat untuk kita.
kalau pun membelakangkang suka kita. kalau pun adakala buat kita rasa serba tidak kena. 
sebenarnya itu adalah lambang kasih sayang dia yang terpaling paling besar.
dia tidak pernah mahu lihat kita berteman air mata.
dia tidak pernah mahu lihat kita berkawan dengan walang dan derita.
hakikatnya dia senang lihat kita ketawa bahagia, walau pun adakala kita seolah lupa berkongsi ketawa yang sama dengan dia. 

memberi tanpa pernah berkira.
ya.. dia lah ibu..
setiapnya yang dia bilang, setiapnya yang dia lakukan
hanya satu sahaja sebab yang mendukung setiapnya

sayang ibu kepada kita.
yang tidak pernah hapus sampai bila-bila.


p/s: anak degil ibu yang tak tahu sampai bila. wut goes around comes around kata arjuna hati. haih la.

Share/Save/Bookmark

TER...

hari ni hari fes puasa
air mineral yang bersusun kat atas meja tu, letak tepi
itu benda pertama yang wajib semua orang buat
karang surut pulak sampai setengah botol
TERminum..
Share/Save/Bookmark