Friday, September 30, 2011

update laju laju

Welcoming a new member in family, Bella.

Bella ni dari baka persian cat, kaler putih. Kecik anak lagi. Babah kucing, encik tunangan baru ambik dari sahabatnya tadi. Ah ! Semangat. Terus update dalam belog.

Nani ada la kawan baru nanti. Elok la. Nani jantan. Bella betina. Dua dua kecik anak lagi. Nani kucing kampung. Bella kucing parsi. Kalau kasi kawen, dapat anak mesti comel-comel kan. Tapi.. ingat senang nak pujuk babah kucing untuk dapatkan Bella? Kalau si Abang Oren yang babah kucing bela tu tak ngam dengan Bella, baru la ada harapan untuk mendapatkan Bella. Kalau tak, memang nipis harapan. Ah ! Berebut la dengan babah kucing.

Nani dah hantar ke Vet semalam. Doktor kabor, mungkin ada infection. Tak pun mungkin sebab kekutu halus yang membuat kerja di lapisan kulit. Tapi tak mungkin sebab nani punya syampu ada penghalau kekutu. Dan tak mungkin jugak sebab nani takde kena flu. bersin-bersin pun tak ada. Doktor juga telah memberi ubat untuk bunuh cecacing dalam perut boroi Nani. Since kitaorang nak ke KL weekend ni, maka kami boarding Nani terus ke Vet. Takpe la. Anything happen doktor ada. Lupa nak snap gambar Nani yang comot akibat luka yang keluar air bisa kat mulut dia. Kesian sangat dengan Nani.

Will see you soon, sekembalinya dari KL nanti. tata !
Share/Save/Bookmark

Wednesday, September 28, 2011

sedalam mana cintamu



Love is more than a noun -- it is a verb; it is more than a feeling -- it is caring, sharing, helping, sacrificing.
- William Arthur Ward

Berapa ramai dari kita yang berapi api bilang cinta, tapi bila tiba satu ketika, pada suatu keadaan, cinta yang dilaung laung itu seperti hilang arah. Sepertinya sudah tidak cukup perisa. Hari hari manis berganti hambar. Malah kasih sayang dan kemesraan yang dahulunya hangat, dengan tak semena mena bertukar menjadi dingin dan beku.

Situasinya mudah.

Kekasih engkau ditimpa petaka. Kekasih engkau dilanda malang bertimpa.
Kau jadi gusar.
Kau jadi tak senang.
Kau tidak lagi girang.

Bala sudah datang. Kau juga ditimpa tempiasnya. Yang belum pernah engkau buat, terpaksa engkau lakukan. Yang tak mahu kau tanggung terpaksa juga kau bawa. Yang memberat di kepala terpaksa juga kau hirau. Kau mula rasa kacau.

Sekejap.
Nanti dulu.

Dulu kau kata kau kasih. Tapi, kenapa bila tiba waktu kau diperlu kau seakan menyisih?
Mana dia lukisan wajah girang, redup pandangan, manis tingkah engkau yang dulu?

Tanya kembali sama hati kamu.
Apa kamu masih cinta? Apa sejak dulu kamu memang cinta? Atau ada sesuatu padanya yang membenihkan cinta? Maksud aku, mencintai dia kerana sesuatu. Mungkin rupanya. Mungkin kesenangan yang disogokan olehnya. Atau mungkin, hanya semata kerana ingin membalas semula perasaannya dan kamu juga tidak betah hidup sendiri sendiri, lalu berteman dengannya menjadi opsyen terbaik untuk kau mengisi kekosongan selama ini.

Kadang kadang kesusahan boleh menjadi titik relatif untuk menguji sejujur mana perasaan kita. Seikhlas mana kita menerima. Sebab pada hemat aku, kalau kita tidak sanggup berkorban, kalau kita tidak sanggup berkongsi segala susah payah sakit pening, kalau kita tak tahu erti menjaga dan peduli, maka cinta dan kasih sayang itu masih belum cukup mapan. Belum utuh. Atau mungkin sebenarnya kau tak ada lansung rasa cinta melainkan rasa yang terlalu perlu akan hadir dirinya untuk kamu. Untuk mengisi kekosongan kamu.

Jadi sedalam mana cinta dan kasih sayang kamu?
Share/Save/Bookmark

Monday, September 26, 2011

Manja


UYA Distro, September 2011


Manja
Petah bicara
Lembut madah
Lenggok pesona
Eh.. sumpah berdenyut cinta
Menendang sukma

Manja
Di balik senyum mesra
Lirik manja selalu menggoda
Tutur bicara nyaman menyapa
Eh.. rupanya manja bukan manja

Manja bukan manja
Tendangnya bukan mesra
Kepal genggamnya jauh dari menggoda
Tegas tuturnya bagai guruh membingit telinga

Eh.. manja bukan manja

Yang lembut mengurut denyut di kepala
Yang itu juga lah
Lembut daya menarik picu memacu peluru menembus kepala

Manja senyum
Manis senyumnya
Berdenyut menendang sukma

Eh.. manja bukan manja
Lari?
Ah ! dia bini !
Jadi?

Lari?
Ah dia biniiiiii

Bini??!!
ya bini !!

Biniku gangster !

Bini?!!
Eh.. Reanna ???!!

Kali ini betul-betul lari !
Bini-biniku gangster !

Share/Save/Bookmark

Wednesday, September 21, 2011

Slowpoke

Ruang pejabat empat segi tempat aku bertapa hari hari, sejuknya bukan main lagi hari ni. Dah pakai jaket pun, sejuk lagi. Biasa lah, pesen kulit tanned macam aku mana nak tahan sejuk sangat. Oleh sebab suhu yang melampau punya sejuk, aku keluar dari ruang pertapaan. Melilau la kat dalam opis, kemudian duduk di meja yang menempatkan perbagai dokumen dan sebuah mesin taip. Ada surat khabar terbentang di dada meja. Surat khabar Kosmo.

Oh.. paper hari ini.

Detik hati aku bila melihatkan hari yang terpampang di bahagian atas muka depan surat khabar berkenaan. Macam biasa, dengan machonya aku baca dari muka paling belakang. Mesti lah baca ruangan sukan dulu ye dok? Tak kacak la kalau baca dari muka depan.

Man United mempertaruhkan barisan kuda tua.
Macam itu lah kurang lebih tajuknya.

Sedang aku leka membaca laporan berita tentang pasukan kegemaran, seorang rakan sepejabat datang mendekati aku. Cepat saja jari telunjuk aku menunjukan artikel berkenaan kepada beliau.

"Match ni malam ni. Malam ni weh"

_ _ _ _ _ _ _______________ _ _ _ _ _ _

Malamnya, Di sebuah kedai makan ;

"Malam ni ada match la kan sayang. Man Utd lawan dengan ala.. team mana tu"

"Hah. Tu semalam la. Mati la tiap-tiap malam nak main"

"Ala.. ada la malam ni. Saya baca dalam paper"

"Malam tadi lawan dengan Leeds"

"Bukan.. malam ni. Ala yang start dengan huruf B tu"

"Benfica?"

"Haah la. Benfica"

"Tu minggu lepas la"

"Hah?! Maknanya saya baca paper minggu lepas ke?"
Share/Save/Bookmark

Tuesday, September 20, 2011

angry like an angry bird. bunuh babi.


Hambik kau. Lama sungguh tak hapdet belog. Kurang dua hari seminggu.

Sekolah dah mula. Jadi rutin ke kelas selepas waktu pejabat akan bermula. Bergelumang dengan esaimen dan presentation. Kurang lebih empat bulan lagi, bergelumang pula dengan kertas perperiksaan. Seronok?

Jauh dari seronok. 

Hari ni bermula dengan baik pada awalnya, tapi jadi tak berapa baik selepas itu. Ada la beberapa perkara kecil yang menimbulkan kemarahan yang betul-betul marah. Tapi takpe. Chill. Aku paling tak suka bila datang perasaan marah sebab aku penat nak kawal perasaan supaya tak channel-kan perasaan marah tu kat orang lain pulak. Sakit dada tahu? Bawa efek sampai ke perut sekali sampai jadi lapar.

Tu je la update hari ni. Cut the crap cepat-cepat. Tata.

Share/Save/Bookmark

Thursday, September 15, 2011

jodoh

berpintal temali
dibiar jangan bercerai

biar mereput
bercerai di takdirnya waktu
Share/Save/Bookmark

lagu yang dah post lebih dari dua tiga kali


Hari-hari di pejabat, UFM je la hiburan buat halwa telinga aku. Radio UiTM. Betapa sayangnya aku sampai radio lain pun aku tak nak dengar. Nak jugak dengar radio yang ini masa kerja. 

Satu yang aku perasan, hari-hari ada lagu Suatu Masa ni kat radio. Lagu pesen pesen buat aku senyum syok sendiri. Keh keh keh. Lagu yang boleh buat fikiran aku melayang kejap, teringat balik zaman-zaman dulu yang tak dulu sangat. Masa masa sedang dalam proses bangun dari ranap. 

*senyum*




p/s: terima kasih sayang, untuk kali ke lapan puluh ribu juta

Share/Save/Bookmark

Tuesday, September 13, 2011

MARCH-ing on #1 -- DIY



My very first DIY untuk.. yeah.. untuk.. untuk itu lah.. 

Hurm.. saja purposely nak share dengan you all especially yang sedang atau merancang-rancang hari bahagia.
Bukan apa tau, DIY ni ekceli bajet sikit dan you all pun boleh dapat hasil yang terbaik, yang buat you all puas hati berbanding dengan kita bayar mahal-mahal tapi hasilnya ala kadar saja. 
Nanti bila dah siap, aku share dengan korang apa bendanya ni, sekali dengan costing dia. Harap-harap boleh membantu.

So far, benda biru-pink ni masih dalam peringkat mock-up. Belum dapat hasil yang betul-betul lagi. Akan share lagi apa-apa yang boleh jugak you all praktikkan nanti orait. Till then, tata !

Share/Save/Bookmark

hye.. I am shearer. I am from UK.. aaa.. Ulu Kinta.

Assalamualaikum and hye peeps !

Haih lah ! Lately memang jarang jarang benor menghapdet. Kalau dulu tak menahan macam orang kena sawan belog.

Well, me update blog pun kat kedai mamak since kat rumah dah berbulan keputusan internet. Ye lah, mengharapkan wifi kemudahan kolej je la pun. Ait? Tak kan staff pun nak mengharapkan ehsan wifi kolej? Tak ada duit sendiri nak pasang internet? ekeke.. Habih tu, dah ada kemudahan, pakai aje lah ye dok? Tak payah nak membazir-bazir lagi. Tapi itu la, bila jadi cenggini, ke mana hala hendak ku tuju ye dok? Mengadu nasib ke anneyyyy la.


Ah ! orait. Cut the crap !
Tadi masa tengok news, yeah.. satu topik ni memang menarik narik perhatian aku.
Subjek Bahasa Inggeris akan dijadikan subjek wajib lulus dalam perperiksaan SPM.
Bagus !
Memang sangat sangat bagus.
Alangkan PPSMI yang ditolak, dibetah bantah golongan tertentu itu hari pun buat aku rasa kecewa. Pengunguman terbaru ini sepertinya mengubati kekecewaan tempohari.

Manakan tidak.
Pada hemat aku, usaha untuk memantapkan penggunaan Bahasa Inggeris seharusnya disokong. Sebab apa?Sebab kalau nak compare kemahiran berbahasa inggeris kita dengan bangsa bangsa lain di Malaysia ni, bangsa kita tertinggal jauh. Berapa kerat sangat lah yang pandai cakap Bahasa Inggeris? Berapa kerat sangatlah yang boleh sebut satu satu perkataan itu dengan betul? Orang kita ni, dah lah surat khabar kat rumah hari-hari pun surat khabar Metro dengan Utusan Malaysia, nak menerapkan penggunaan Bahasa Inggeris di sekolah pun ditolak mentah-mentah. Ate cemane? Sedangkan mereka yang lain ni cakap berhabuk, yang kita ni sepatah haram tak faham. Bila ditanya "How's your day today?" dijawabnya "Oh over there"

Ini bukan rekaan. Ini cerita benar.
Sedang aku sendiri pun kadang-kadang sebut tak betul.
Malu tahu? Malu !

Pemantapan penggunaan Bahasa Inggeris tak akan menguburkan Bahasa Malaysia yang wujud sejak zaman berzaman. Jangan paranoid sangat lah. Kalau pun nak sangat menyanjung puja bahasa ibunda kita, jangan pula sampai masa hadapan anak watan kita jadi galang gantinya.

Jangan disamakan kita dengan Jepun dan Jerman.
Mari sini aku mahu tanya.
Apa ada usaha untuk menterjemahkan bahan-bahan rujukan anak-anak kita di universiti sana ke bahasa ibunda kita?
Kalau berlambak bahan rujukan dan hasil kajuan dalam bahasa ibunda kita tu tak apa lah. Ini tidak. Anak anak kita ni struggle gila tahu? Dikepit-selak kamus oxford sambil membuat revisi.

Jangan disamakan kita dengan mereka.
Tak salah malah tak ada salahnya pun kalau apa yang kita buat ini membawa kebaikan kepada anak-anak kita. Tak salah.
Share/Save/Bookmark

Monday, September 12, 2011

perat


Buntu.

Kereta dah kena tarik lewat petang tadi.

Tatkala langit kirmizi menghidangkan panorama menjentik nurani, ketika itu jugalah dia ditampar kasar, tersembam mencium tanah.

Gila !

Sekelip mata saja, pinjaman dunia yang pernah dibangga-bangga direntap dari posesinya. Segala persoalan yang macam-mana berlegar-legar menendang benak.

Macam mana aku mahu pergi kerja?
Macam mana aku mahu pulang ke kampung halaman, bertemu ayah bonda?
Macam mana aku mahu ke masjid, menunaikan solat jumaat?
Macam mana aku mahu ke kedai, membeli makanan?
Macam mana itu? macam mana ini?
Bermacam-macam macam mana dipersoalankan.

Persoalannya..
Dulu, dalam sebulan berapa kali berkunjung ke klinik demi semata membeli surat cuti sakit hanya kerana malas ke tempat kerja?

Dulu, dalam sebulan berapa kali diusung langkah kaki pulang ke kampong halaman bertemu ayah bonda buat mengubat kerinduan mereka?
Dulu, berapa kali jumaat sengaja di buat-buat sibuk akan diri itu semata kerana malas bersesak-sesak ke masjid?

Lantas..
Bagaimana persoalan-persoalan bagaimana itu bisa terpacul sedang berapa kali sangatlah bertemankan kereta itu ke tempat kerja. Berapa kali sangat lah bertemankan kereta itu pulang bertemu ayah bonda. berapa kali sangat lah bertemankan kereta itu ke masjid.

Ah !
Persetankan semuanya.
Mari sini tolong fikir. Macam mana mahu dapatkan semula kereta itu?

Pinjam dengan kawan? Tapi dengan siapa?
Dengan…
Dengan…
Ya.. dengan si Peah. Peah yang bermata juling itu. Peah yang selalu ditololkan, dibebankan serba macam tanggungjawab yang sepatutnya dilangsaikan oleh dia sendiri. Kenyit mata sahaja, dibilang saja Peah lawa hari itu, maka tak berapa lama selepas itu siap lah kerjanya. Siap setelah disiapkan oleh Peah.

Ya.. Peah yang itulah. Kawan pejabat selang sebuah meja di kiri tempat duduknya. Peah tu banyak duitnya.

Dia senyum menyenget.
Dia bangkit, mendekati meja si Peah bermata juling.
Peahhhh…

Share/Save/Bookmark

Kitab Terfaktab #1



Alhamdulillah..

Pagi-pagi lagi dapat berita gembira. Perasaan tu bercampur baur. InsyaAllah 1 Oktober ni aku akan berada di Uya Distro, Subang Jaya untuk pelancaran buku pertama skuad Terfaktab yang menampilkan tiga belas orang penulis. Pertengahan Oktober pula akan ada roadshow di Ipoh. Dah sah sah la aku kena pergi ye dok. Sirih pulang ke gagang. Kalau tak reti-reti jugak nak balik, memang nak kena ketuk kepala la.

Disamping itu, Kitab Terfaktab akan dijual di khalayak ramai pada 17 September ini di dua event berlainan iaitu di event anjuran Astro, Suara Kami yang bertempat di Stadium Merdeka dan Art For Grabs yang bertempat di Annexe Central Market. Orang ramai juga berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan beberapa orang penulis Terfaktab di booth kami di Stadium Merdeka. Tapi aku memang sah sah la tak de kan.

Buat para pencinta buku, juga buat para pencinta yang belum pernah jemu bercinta, dapatkan naskah Kitab Terfaktab #1. Ini dari kami untuk kalian !

xoxo


p/s: kumpul duit kawen

Share/Save/Bookmark

Saturday, September 10, 2011

cerita perempuan itu kepada aku


Semangat di riak wajah tatkala bercerita tentang angan-angannya, cita-citanya, juga perancangannya tentang apa jua pun, seringkali mengundang perasaan kagum. Ada pesona dan karisma dalam diri lelaki itu yang membuatkan hati perempuan itu terpaut.

Bicaranya banyak berkisar akan anak-anak yang dilatih olehnya. Anak-anak mentah bawah umur dua belas yang seronok membawa nama sekolah, bersebelas mengerjakan sebiji bola agar membolosi gawang lawan.

Musim perlawanan hampir bermula. Diceritakan akan keluh kesah perempuan itu kepada aku, betapa nanti lelaki itu sudah terhad masanya bersama dia. Betapa nanti keutamaan lelaki itu jadi berbagi. Banyak yang perlu dia utamakan. Betapa nanti perempuan itu akan rindu kepadanya.

Aku khabarkan kepada perempuan itu..
Bukankah apa yang lelaki itu suka juga benar benar dan sungguh sungguh menjadi kesukaannya?
Sokong dia.
Gembira untuk setiap menang-kalahnya.
Sediakan telinga untuk setiap ceritanya.

Lelaki itu bukan pun ke mana-mana.
Sebaris nama kamu tertera kemas di atas sekeping hati miliknya bukan?

Perempuan itu angguk.
Aku senyum lega.



Share/Save/Bookmark

Friday, September 09, 2011

8 September 2011

[Nur Amanda Qysara]


Alhamdulillah..
Tahniah sahabat paling baik dalam dunia, Mommy Hanum
Share/Save/Bookmark

Thursday, September 08, 2011

patah balik ke cerita lima syawal

orait !

baru datang mood nak update cerita pasal hari manis tempohari. Tapi cerita sikit-sikit je la ek. At least ada secebis cerita untuk tatapan aku, dan anak-anak cucu kelak.

=)

Alhamdulillah everythings went well. The event, foods, people.. Pendek kata semua pun okey la. It's just me je yang tak ada selera nak makan secara tiba-tiba, apatah lagi mengenangkan bentuk tubuh yang dah temuk dobok. Okey tipu. Sebenarnya tak makan sebab nervous. Sembilan kereta rombongan pihak kekasih. Mau tak nervous? Okey ini gedik. Keh keh keh..

Masa mula-mula tu okey je. Sebab dilanda kesibukan sama kot. Bayang kan la, dah mekap-mekap pun aku duk keluar masuk lagi susun balang kuih kat tiap-tiap meja. Meringankan beban kakitangan yang lain la kenkononnya ye dok. Rajin tak aku? Keh keh keh (lagi)..

Sehinggalah sewaktu rombongan lelaki tiba, kekasih call. Hohoooemgee.. Terus rasa nervous, jantung degupdegup laju, lepas tu mula la menggelabah sampai anting-anting tersangkut kat layah, lepas tu tertonyoh pulak eye liner kat mata sampai comot sikit. Lepas tu aku dengar family rombongan kekasih masuk rumah. Aku pasang-pasang telinga jugak la nak dengar orang-orang tua berbincang kan. Tapi tak berapa nak dengar sangat. Cis !

Kemudian tiba lah masa untuk aku dipanggil turun ke hall untuk disarungkan cincin.

Lagi sekali... Nervous..

Bila nak fikir balik kan, ape jadahnya la aku nak rasa nervous bagai. Bertunang je pun. Bukan ada apa yang kita nak bimbang pun. Lagi pun, bukan nya kita bertunang dengan orang yang kita tak kenal ye dok? Somehow aku agak tak puas hati jugak la dengan diri sendiri sebab sibuk-sibuk menggedik nak nervous. Tapi masa menyarung cincin memang harus lah nervous. Ramai sanak saudara rombongan lelaki. Kebanyakan darinya aku tak kenal. Masa tu baru nak kenal-kenal kan.. Mau tak nervous..

Masa ni senyum aku pun aku dah tak tahu apa rupa. Dah tak reti dah nak buat senyum pesen pesen muka kiut. Senyum pun dah macam bunga plastik. Dipendekkan cerita, lepas rasmi aku menjadi tunangan orang, maka acara makan-makan pun bermula. Masa ni la aku boleh mengendap kekasih kan? Gedik !

Dah habis nervous tu ada la rasa nak makan. Tapi malewwww..
Sudahnya, tak keluar rumah lansung. Duduk je kat dalam, sambil tu intai intai kekasih ikut tingkap. Sampai la masa rombongan dah nak balik, baru la aku menjelmakan rupa parasku di hadapan muka pintu sebab nak salam-salam kan. Perasaan yang bermaharajalela pada ketika itu tahu perasaan apa? Malu.. thee hee.. Gedik-gedik gini pun, tak leh nak bendung rasa malu tu tahu?

__________ _ _ _ _ _ _ __________

gambar?

Aku tak berapa nak kisah sangat, Bertunang je pun kan. Tak payah jurugambar pun tak pe. Pakai je kamera kekasih tu, mintak tolong je siapa siapa capture kan. Setel.

Tapi..
Memandangkan kekasih ada sahabat baik fotografer, maka pada hari tersebut ada la official photographer nya. Gambar belum dapat lagi. Tapi ada la beberapa keping yang dah di muat naik ke laman facebook beliau, ZakryZakaria Photoscape.



Dalam malu malu tu ada jugak la sekeping dua gambar dengan tunang. Sekadar untuk mengabadikan kenangan. Itu pun orang tua-tua bilang, jangan dekat-dekat, nanti potong tangan.. Keh keh keh..

Okey itu je ceritanya.. Nak tengok gambar, kena like page ZZP di facebook dulu okey.
Sini tak ada gambar.
Tata :)
Share/Save/Bookmark

mari membaca #2



Happy International Literacy Day !!!

Bersempena dengan hari ini, aku menyeru kalian untuk memberi membudayakan aktiviti membaca terutama lagi di kalangan kelompok kita, orang muda ni. Kalau tak ada idea nak lepak kat mana, nak hangout ke mana, aku cadangkan korang lepak di kedai buku macam Kinokuniya mahupun Borders. Oleh sebab aku tinggal di Penang, maka Borders memang jadi favorite spot aku lah kalau nak bersantai-santai bersama buku.

Kalau pun aku membeli-belah sorang-sorang, tempat yang wajib aku masuk adalah kedai buku. Alangkan kedai buku Popular dan MPH pun makan berjam masa aku kat sana, apa lagi Borders ye dok.

Tak rugi nak melabur barang dua tiga puluh ringgit sebulan untuk senaskah buku yang kita boleh simpan sampai mati dan boleh ulang baca seberapa banyak ratus kali yang kita nak. Jadi bersempena dengan hari ini, mari kita bawa ke hulu ke hilir sekurang-kurangnya senaskah buku. Sambil tunggu bas baca buku. Dalam train baca buku. Malah sambil tunggu gepren bersiap-siap nak keluar pun boleh baca buku, ye dok?
Share/Save/Bookmark

Wednesday, September 07, 2011

orang tua-tua kabo...

ah ~
Lambat pulak hari ni. Yang menyakitkan hati, seminit je pulak tu. Sabar je la.

Masuk opis dengan jiwa tenang dan semangat untuk buat keja elok-elok. Dua hari dah mabuk cuti raya lagi. Agak-agak la kan. Tak kan nak extend sampai Jumaat pulak ye dok?

Macam biasa pagi-pagi makcik cleaner akan datang bersihkan bilik. Menyapu serba sikit, lepas tu kosongkan dustbin. Makcik ni aku panggil Mak Long je. Selalu jugak la borak-borak dengan Mak Long ni. Melayan orang tua berborak ni kadang-kadang seronok juga ye dok? Tak ada ruginya pun.

Hari ni Mak Long ada share something yang aku rasa agak menarik jugak untuk aku share dengan korang.

Pertama:
Untuk wanita yang mempunyai buah dada yang besar, dan nak kecilkan saiz buah dada, ambil Daun Kacang Panjang, tumbuk lumat dan lumur. Nescaya buah dada anda nanti akan kesit sedikit.

Kedua:



Untuk mereka yang mengesan adanya sel kanser payudara pada peringkat awal, masih ada jalan alternatif untuk merawat penyakit ini. Ambil daun Pokok Letup, tumbuk lumat dan lumur.

Ketiga:



Untuk merawat penyakit darah tinggi dan kencing manis, boleh guna Akar Seruntun atau nama lain Pokok Patawali. Rebus akarnya. Ambil sekitar dua inci, kemudian air rebusan tersebut di minum suam bersama madu.

Sekadar petua yang dikongsi dan sila take note ek.. aku pun tak ada buat apa-apa research dari internet akan keberkesanan petua-petua ni. Cuma nak share je, mana la tau ada yang nak cuba ye dok. Lepas Mak Long keluar je, aku terus taip entry ni, dan google cari gambo..


Okey aku nak sambung kije, jumpa lagi nanti.
Assalamualaikum wbt.. Have a nice day peeps !
Share/Save/Bookmark

Tuesday, September 06, 2011

Kitab Terfaktab

teruja !
rasa macam nak lompat lompat sentuh awan.
nak sentuh langit tinggi sangat ye dok?
ekeke..

tadaaaa !



Kitab Terfaktab bakal dipasarkan kepada orang ramai pada 17 September ini di Dataran Merdeka.
dan.. pre order telah dibuka.
siapa yang berkenan untuk membeli, sediakan wang RM20 beserta dengan kos penghantaran RM6 untuk semenanjung malaysia dan RM9 untuk sabah sarawak, dan..

klik di SINI

pautan borang pesanan akan keluar. pling !

teruja sebab ini buku pertama yang diterbitkan dengan menyelitkan aku sebagai salah seorang penulis.
untuk membudayakan aktiviti membaca, apa kata kome beli buku ni.
tak rugi.
kalau bukan untuk diri sendiri, boleh juga dihadiahkan kepada kekasih mahupun sahabat handai.
jadi..
apa tunggu lagi..

mari klik SINI

oh ye.. setiap hasil tulisan adalah asli dan belum pernah diterbitkan di mana-mana penerbitan mahupun laman terfaktab sendiri.

cheers !
Share/Save/Bookmark

dongeng yang selalu kita dengar

Realiti yang mungkin berlaku bukan kepada hubungan kamu saja, malah kepada kebanyakan atau mungkin semua perhubungan..

perempuan: yu.... yu tengok la ni. tengok muka ai. nak naik jerawat..
lelaki: haih~ ai terima yu seadanya. apa nak kisah jerawat tu. karang-karang hilang lah tu sayang..

lelaki: ai tengok jerawat yu ni makin teruk la. nak cubit pipi pun rasa macam kertas pasir dah..
perempuan: yuuuuuu.. hari tu yu kata okey je..
lelaki: buat la something yang.. comel je awak dulu kan..

kesimpulannya?

sejauh mana kesanggupan menerima itu boleh pergi?


sinderelacakap: setiap pasang mata menginginkan yang cantik, hidung selera menghidu yang wangi, telinga selesa mendengar yang merdu.
Share/Save/Bookmark

Monday, September 05, 2011

the Petknode


PETALING JAYA: About 300 cats were rescued after they were allegedly starved in the locked “pet hotel” where they were being kept.
The police also found them confined in small cages and soaked in their own urine.
"Some were just skin and bones. When we gave them water, they drank as though they hadn't had water for days" 

Berita penuh di SINI

aku tak bela kucing
tak pernah bela kucing
malah dulu tak pernah jinak pun dengan kucing
err.. dalam erti kata lain.. aku takut kucing..

[budak budak yang kurus kering]

Tapi bila pakcik T kabo ke aku pasal kucing-kucing yang sengaja dibiar tanpa jagaan sempurna gini, aku rasa macam nak sekeh sekeh kepala owner Petknode ini. Aku ni dulu, walau takut macam nak gila dengan kucing, aku tak pernah letak kaki aku ke muka kucing. Aku tak pernah tergamak nak tendang depa. Aku rela buat gila duduk bersila atas kerusi kalau kat kedai makan tu ada kucing. Lepas tu paling-paling takut pun, aku akan halau kucing tu pergi main jejauh dalam nada suara pesen pesen gedik. Syuh Syuh ! Aku jatuh kasihan bila kucing datang meow meow kat aku, nak nak pulak kalau dia pandang mata aku. Dem ! Ayam yang aku makan pun aku kasi sikit kat dia. Tapi aku campak jauh-jauh la kan so dia tak kan datang dekat-dekat aku lagi. Takut kot. Aku bukan nak cite ke kome yang aku ni baik hati beno, sanggup berkorban demi seekor dua kucing. Apa yang aku nak highlight kat sini ialah, aku yang dulunya takut pesen tahap fobia meroyan dengan kucing pun, tak tergamak melayan kucing dengan sedemikian kejam, apetah lagi manusia yang kenkonon bukak homestay/ boarding untuk kekucing sekalian berteduh bila tuan mereka away untuk beberapa hari. Kome paham dok maksud aku?

tapi...
ye tapi...

banyak suara suara separa sumbang yang berbunyi begini;

dah kau tak mampu nak bela, selalu keluar sana sini, buat apa kau nak bela?

Walaupun aku tak berapa nak cintakan kucing, (err.. sebab aku lagi cinta encik T. hik hik..).. okey sambung.. walaupun aku tak berapa nak cintakan kucing, pada pandangan peribadi aku, kucing ni satu-satunya ciptaan tuhan yang paling comel kat muka bumi. Paling memahami, menenangkan, menghiburkan malah boleh menimbulkan kegeraman dan kemarahan di sudut hati manusia. Kucing ni playful tahu? Kucing ni manja.. nak nak time dia sendeng-sendeng sambil mengerang manja kat kau dengan bungi grrr..grrr.. suara dalam gitu. Kalau kau ada masalah, kau citer je dengan dia, kau sembang je dengan dia.. Nescaya dia akan tengok muka kau, pandang muka kau seolah-olah dia sedang menyelami perasaan kau. Adakala kenakalan kucing dan sifat tak paham bahasanya juga mampu menimbulkan kemarahan. Nak nak kalau main sepah-sepah, tak pun berak merata-rata seolah olah matanya buta tak dapat membezakan mana pasir berak, mana karpet beldu.

Okey aku dah meraban. Kembali kepada persoalan tadi. Kalau kau dah tak mampu nak commit, kenapa kau bela?

Jawapannya kerana sifat kasih dan sayang yang mendiami hati manusia. Dan juga kerana sifat semulajadi kucing itu sendiri yang menerbitkan kasih sayang kita terhadapnya. Macam aku cakap tadi la, aku tak pernah nak sampai hati tendang kucing even aku takut gile dengan mereka ni dulu. Soalnya sebab apa tak tergamak nak tendang? Sebab sekelumit rasa kasih la ye dok?

Zaman moden gini, kucing pun dah ada hotel. Kalau tetuan budak kucing ni away, mana lagi nak tinggalkan bebudak kucing ni kalau bukan kat hotel depa ni. Dilaburkan sejumlah wang agar sepeninggalan mereka, bebudak kucing kesayangan ini terbela dan terjaga kebajikan serta makan minum. Masalahnya bukan tetuan kucing ni tak boleh nak commit. Depa boleh jaga, cuma kita manusia, ada sahaja acara dan halnya yang mana membataskan masa kita untuk bersama bebudak kucing ni sepanjang masa. Nak nak pulak tempat yang kita pergi tu, kita tak boleh nak bawak bebudak kucing. Ate cemane nak bawak ye dak? Masalahnya, bila wujud manusia yang hidup bertuankan nafsu, duit dia kaut, tanggungjawab dan amanah yang sepatutnya dia galas, dia biar gitu je.

Bebudak kucing yang dihantar boarding ni, sama la dengan konsep hantar anak pergi taska, atau hantar anak pada pengasuh while parent ni kuar melaksanakan kije mereka. Apa kalau parent hantar anak ke taska, maka kome nak kata, kalau tak boleh nak jaga anak jangan beranak. Gitu?

Akhir kata, kepada tuan punya hotel kucing.. Akai Ada?


yang benar, 
si pentakut kucing yang baru berjaya dijinakkan oleh budak kucing berwarna oren


p/s: moh like page INI


Share/Save/Bookmark

Manis Lebaran #2

Alhamdulillah..

semua berjalan dengan lancar.
kurang enam bulan lagi.. InsyaAllah..
Share/Save/Bookmark

Saturday, September 03, 2011

Manis Lebaran #1 -- versi Sinderela

[coklatvanilla]


3 September 2011, 5 Syawal 1432H

Hari ini merupakan hari yang manis untuk aku.

Rasa yang tuhan beri pada Arjuna (mungkin sejak hujung 2009 atau awal 2010) menjadi pemula kisah Arjuna-Sinderela. eceh !

:)

Ceritanya begini...

Disember 2009

Menyambung kembali pengajian yang dibiar bengkalai. Selalunya aku sendiri sendiri je, dan kalau dalam kelas pun lazimnya aku diam sahaja. Berbicara bila perlu... dan... terus terang cakap, aku memang tak pedulikan orang, malah rakan sekelas yang aku kenal pun, cuma rakan yang sama batch dengan aku je. Sorang senior pun aku tak kenal, walhal sekelas je pun.

Yang terpaling paling gemar, sesi pembentangan tugasan tidak kiralah secara individu mahupun berkumpulan. Masa masa seperti itu, memang aku akan ada dalam kelas, tapi kalau untuk sesi lecture, memang susah nak nampak kelibat aku. Kalau ada pun, separuh masa pertama saja. Sesi yang bersambung selepas maghrib, orang tak akan nampak lagi aku. Ghaib. Macam tu lah lazimnya. Dalam satu semester, attendance aku memang tak lebih dari enam puluh persen pun. Kalau cecah lapan puluh persen tu memang ajaib la.

Kalau nak diikutkan, sepatutnya hujung 2009 aku dah tamatkan pengajian dalam bidang Perakaunan. Tapi itu sepatutnya lah. Dah aku pilih untuk berhenti, maka di Pulau Pinang ini lah takdir aku, mengaut rezeki menimba pengalaman di daerah orang. Dapat seru untuk sambung belajar semula, maka aku sambung je lah. Tambah-tambah pulak dah janji dengan ibu. So, seru tu datang sekali dengan kesedaran nak melunaskan janji la.

Dalam pada tak kenal orang tu, rupanya orang kenal aku. Aku je yang sengal tak kenal orang, bukan kata tak tahu nama, malah muka pun tak cam.



... bersambung

Manis Lebaran #2 -- versi Arjuna

Share/Save/Bookmark