Monday, October 31, 2011

Aku Maafkan Kamu

[profound. aku faham cerita di sebalik lagu ini. kamu faham?]

Share/Save/Bookmark

Saturday, October 29, 2011

rusuk

perempuan
asal kejadian bengkok tak lurus
keras tak lentur
dengan demikian kerasnya dia
apa mungkin dapat di lurus dengan sekeras tenaga?

akan terpatah ia menyucuk hati menikam jantung
Share/Save/Bookmark

Friday, October 28, 2011

bubble bubble leave your troubles @ Chatime !

Blogging ni bukan sebab kita nak isi masa, jadikan ia hobi yang buta buta tak bagi faedah apa apa pun. Kita ada lebih dari dua juta blogger. Komuniti kita besar. Tapi.. kita ni kenal ke antara satu sama lain? Dan kalau pun kita kenal, pernah kita jumpa secara in person dengan rakan blogger kita? Hah ini lah salah satu faedah berblogging. We able to make new friends everyday !

Selain itu..

Untuk rakan rakan blogger, spesifiknya Nuffnangers, korang akan berpeluang untuk mendapat jemputan istimewa untuk makan makan dan santai santai bersama rakan blogger yang lain di Publika ! Eh ! bunyi pelik. Macam tak ada kesinambungan pulak dengan perenggan atas. Aaaa.. cut the crap ! Mari teruskan.


Kita ada special treats dari the bubble tea franchise, Chatime ! Ada macam macam fresh baverages yang di offer kat sini antaranya Caramel Milk Tea, Lychee Milk Tea, Jasmine Green Mil Tea, Japanese Sakura Sencha dan macam macam lagi !


Bukan itu sahaja ya.. Malah korang boleh memanjakan selera korang di BM Yang Rice yang menyediakan bermacam macam jenis juadah berasaskan mee yang tentunya mouth watering. But for muslims, you are recommended to taste the Lorong Seratus Tahun punya makanan. Ada Nasi Ayam, ada Char kuey Teow Penang Style dan macam macam lagi ! Pehhh.. ayat sepesen.. Perenggan atas pun ada macam macam lagi !


Event tersebut bila berlansungnya kan? Hah cekedaut !

Date: 5 November 2011
Time: 3.00pm – 5.00pm
Venue: Chatime @ Eat Food village, Publika, Solaris Dutamas

Istimewa untuk Nuffnangers, kita sebenarnya dapat hadiah tau dari Chatime. Cuba korang masuk ke homepage Nuffnang. Korang sign in. Kemudian klik dekat ikon yang ada gambar cawan coffee yang ada tulis 'Chatime Publika'.

Lepas tu nanti akan pop up satu gambar yang macam ini !

Istimewanya, korang boleh menikmati voucher ini setiap hari sekali untuk selama tiga bulan. So lepas ni hari hari korang boleh enjoy tiga cawan teh Chatime dengan harga dua teh sahaja. Hah best kan?

Tapi.. macam mana nak ke Publika ni?


Ini map dia. Klik untuk tumbesaran okey ! kalau korang tak faham apa aku cakap, korang boleh dapatkan informasi dengan debih detail lagi kat SINI.

Till then, wish you'll a blessed Friday ! Tata !
Share/Save/Bookmark

bimbang

Assalamualaikum wbt..

Happy tak? Hari ni dah Friday.  Yeay ! Hari minggu bermakna tiada lambakan kerja, duduk santai di rumah, masak dan makan, main main dengan Bella, jumpa yang tersayang, dan err.. well sebenarnya macam macam lagi. Yang dah berkeluarga pulak, masa masa macam ni lah nak spent time bersama, tengok dvd, makan angin kat luar ke, bawak anak anak ke zoo.. pendek kata, hujung minggu ni masa untuk kita beriadah, memanjakan diri sendiri, dan memanjakan yang tersayang dengan perhatian yang kita jarang dapat beri pada hari hari biasa.

Cakap pasal anak anak ni, sebenarnya berbeban kerisauan yang sengaja aku risau risaukan sejak akhir akhir ini. A few days ago, we were shocked by the news of rape and sodomy by primary school children.

Err.. pardon me. Ulang balik !

Budak sekolah rendah korang !

Kalau kita pakai logik akal, wajar kah kanak kanak berkelakuan sedemikian? Kalau zaman kita dulu, umur umur macam tu, duk tergedik gedik main lompat getah. Lepas tu main bola popia yang tibai belakang dengan budak laki laki, main lastik lastik getah, eh macam macam punya permainan, bergaul mesra, tapi tak ada pulak melibatkan perasaan yang menjurus ke arah benda yang bukan bukan macam ni.

Anak anak sekarang membesar dalam persekitaran yang dah tak berapa nak sihat. Mungkin sangat tak sihat. Err.. boleh jadi separuh sihat separuh tidak.  Aaaa.. gimme your rate !

Budak budak dah terlalu banyak terdedah dengan perkara yang tidak sepatutnya terajarkan. Drama melayu sekarang pun senang senang ada adegan peluk peluk, adegan mesra suami isteri. Cuma belum sampai ke adegan ranjang saja lagi. Kalau zaman dulu, paling paling teruk pun cuma perempuan berkemban tengah sidai kain saja.

Worst come to worst, bila budak budak dah pandai pakai gadjet. Budak budak zaman sekarang dah tak pakai lagi telefon nada dering polifonik. Berterabur budak budak pakai telefon bimbit yang boleh rakam dan menerima rakaman video. Setakat gambar bogel, video lucah, bila bila masa budak budak boleh akses. Dan lagi, penggunaan internet yang dah jadi satu gaya hidup sebenarnya tambah memburukkan lagi keadaan. Aci kerat kuku la, tak ada budak budak yang tak pandai internet sekarang. Kalau ada yang tak pandai pun mungkin anak anak keciciran yang tidak ada peluang untuk bersekolah.

Soalnya sekarang, macam mana kita nak kawal gejala sosial yang makin menjadi jadi, makin membarah macam ni?

Oh dan ada jugak budak budak sekolah yang pandai hantar MMS gambar bogel ke cikgu sendiri. Macam dah tak ada lansung rasa malu. Cikgu kau kot. yang kau pandang muka dia hari hari bila dia masuk mengajar.

Hari hari aku bincang benda ni tak kira lah dengan encik tunang, dengan kawan kawan, malah dengan ibu aku sendiri pun.

Salah satu sebab mungkin masa ibu bapa bersama anak anak dah tak banyak macam dulu. Macam aku sendiri dulu pun, ibu surirumahtangga sepenuh masa. Maknanya dari celik mata sampai ke malam, perhatian tu memang sepenuhnya ke anak anak. Sambil masak pun boleh datang besit aku pakai rotan sebab baca jawi tergagap gagap. Tapi budak budak zaman sekarang, nak dapat jumpa mak bapak pun hari weekend je. Itu pun kadang kadang weekend sibuk masing masing nak keluar jumpa kawan kawan. Tu yang dah besar sikit. Kalau budak sekolah rendah pulak, melangut depan tv main PS dari pagi sampai ke petang. Mak bapak pulak sibuk bersosial dengan kawan kawan kat laman maya. Mana kualiti masa dengan anak anak? Hampir tak ada.

Aku nanti bakal ada anak dan aku sendiri tak tahu macam mana rentak dan corak didikan untuk ajar anak anak ni nanti. Harap harap nanti aku dan suami akan ada masa yang cukup untuk dihabiskan dengan anak anak. Dan aku juga berharap nanti aku akan boleh berhati kaudu bagi anak anak pakai telefon bimbit jenama Nokia 3310 saja.

Kita dah tak boleh nak kawal dunia, tapi kita mungkin kita boleh mula dengan langkah yang kecil kecil dulu. Yang ada anak remaja, periksa la telefon bimbit anak anak secara berkala. Yang ada anak anak sekolah rendah, tak payah la bagi pakai telefon.

Kan? Ke macam mana? Pendapat korang?
Share/Save/Bookmark

Wednesday, October 26, 2011

peduli

Kadang kadang tak faham juga dengan perangai manusia yang tak senang bila lihat kita senang. Kalau boleh mahu dipijak pijak kita ini dengan bahasa sarkastik yang terang terang terfahamkan. Kita sendiri fasih berbahasa sarkastik. Maka setiap aksara yang di susun susun, mudah sungguh di hadam oleh faham kita.

Terasa kah?

Bohong lah kalau aku bilang hati aku tak ada rasa apa apa pun. Terasa jugak tahu. Tapi, kita ini kalau mahu hidup senang-tenang, baiknya kita persetankan saja setiapnya yang boleh buat emosi kita kacau.

Untuk yang terlalu menghakimi pula, jangan ekstrem sangat menilai dan menjatuhkan hukum terhadap orang lain. Kau datang dekat dulu. Tengok jelas jelas. Jangan pakai jatuh hukum dari jauh.

Okey tata.
Share/Save/Bookmark

Tuesday, October 25, 2011

transition

hye peeps !

Hari ni rasa macam nak tulis sikit tentang diri sendiri. Well at least nanti, bila dah tua tua, ada la benda untuk dikenang.

I am preparing myself for a transition. A big one i guess selain dari majlis perkahwinan yang tak lama lagi ni. Buat  persediaan sikit sikit, dan nanti tak mahu patah balik lagi. Tak mahu yang macam chipsmore lagi. Tapi, tak mahu berjanji meletakkan suatu ketika dan masa transition tu berlaku. Cuma aku sedang berusaha ke arah itu. Biar sesuatu itu aku buat dengan betul betul, sungguh sungguh dan aku mahu rasa selesa melaksanakan misi besar itu nanti tanpa tekanan dari siapa siapa.

Aku harap nanti aku sempat. Aku harap masa masih mahu tunggu aku.

_ _ _ _ _ _ ___________ _ _ _ _ _ _ 

Sejak akhir akhir ini, hidup adalah sangat seronok. Moga moga nikmat yang sebesar ini akan terus berada dalam dakapan dan terpinjamkan untuk aku sampai umur aku di hujung hujung nanti.

Kerja pulak macam tu lah jugak. Dah jadi mangli dengan rutin harian, bangun pagi, masuk pejabat, kerja, tunggu habis waktu pejabat. Terus terang aku cakap, aku masih belum dapat capai tingkat suka dan cinta dengan kerja sendiri. Setiapnya di galas berdasarkan rasa tanggungjawab, bersandarkan amanah yang tertulis di dalam fail meja semata. Tak ada passion, dan sebenarnya aku masih mencari ruang untuk di selit kan sedikit rasa kasih dan cinta terhadap setiapnya yang aku buat hari hari.

Dalam diam diam aku masih memasang harapan, memanjatkan doa agar nanti aku dapat buat benda yang aku suka. Moga moga pintu peluang itu terbuka lebar untuk aku. Tapi, aku kena cepat cepat habiskan sekolah dulu. Yang ini pun lagi satu. Makin hari makin pudar semangat. Kadang kadang rasa jemu dah menghadap buku sekolah. Rasa penat dah attend kelas lepas waktu pejabat. Aku mintak sangat, moga moga aku mampu untuk tahan. Sikit je lagi. Ibarat sebuah pelayaran yang mana aku sekarang ni sudah ada di tengah tengah perjalanan. Dah nampak dah kelibat pulau yang aku nak tuju. Cuma masih samar samar di bayangi kabus.

Moga moga setiapnya terlaksana nanti. Ini baru sikit. Ada banyak lagi yang aku nak buat dalam hidup ni sebenarnya. Tapi sikit sikit lah. Jalan pelan pelan. Tak la lelah sangat kan.

Okey lah. Nanti tulis lagi. Till then, semoga kamu kamu semua pun bahagia. Tata.
Share/Save/Bookmark

Monday, October 24, 2011

cinta baru. selalu baru.

terpaut lagi
mudah betul terpaut
senang sungguh jatuh hati
bukan boleh kita minta minta rasa ini
bukan boleh kita rancang rancang

"oh esok hari aku mahu jatuh hati lagi sekali"

bukan..

tak akan pernah boleh di rancang rancang pun.

semalam
semalam lah hari itu
hari aku jatuh cinta lagi
hari aku terpaut hati lagi

hari ini dah jadi rindu


Share/Save/Bookmark

Friday, October 21, 2011

tumpul

dunia kadang kadang dengki

benci

masih berusaha untuk ukir
biar nampak tak cela
Share/Save/Bookmark

Wednesday, October 19, 2011

umpama pungguk...

sejak dahulu memang sudah terajar akan diri untuk sendiri sendiri.
maka kalau dunia tidak mengizinkan kita kita bertemu muka, aku turutkan sahaja.
turutkan kehendak dunia.
dunia berkehendakkan begitu. pilih dunia atau pilih aku.
maka aku relakan sahaja dijadikan dunia itu pilihan
kerana tanpa dunia yang kita kejarkan, bagaimana kita mampu hidup girang di dalam kebejatan kapitalis seperti ini.

cuma.. cuma aku tidak betah menjadi pungguk.

p/s: need my vitamin A and E
Share/Save/Bookmark

minta minta

Kadang kadang aku penat. Teramat amat letih bercakap bahasa serupa. Mengulang ulang dialog yang serupa. Aku penat. Tapi aku masih lagi dengan sikap yang 'tidak apa'. Mendurhakai titah, ibaratnya seperti meletak kepala sendiri di atas kayu pemenggal. Masalahnya aku tidak pernah rela kepala ini dipenggal penggal. Tapi itu pun masih tetap payah. Payah kerana hati merah ini pula bagai terbelah belah. Penat. Letih menimbang nimbang.

Mungkin begini wajahnya. Mungkin seperti ini rupanya dugaan yang di hebah hebahkan dunia.

Betapa terkadang manusia ini menjadi terlalu asyik menurut bisik bisik Iblis yang sebenarnya dengki dengan acara suka ria manusia. Kalaupun tidak mampu menakluki dua manusia yang menjadi objek pesta ini, ditakluk pula manusia manusia yang lain. Biar berantakan.

Dasar Iblis.

Kalau lah serupa ini dugaan yang di hebah hebah kan manusia yang pernah merasa getir dan pedihnya, maka mungkin bahagian yang serupa ini jadi bahagian aku pula. Biar aku pula rasa. Dan selepas itu nanti aku akan menghebahkannya pula kepada yang lain.

Kadang kadang kepala jadi sumpek. Jadi sempit, hinggakan ada ketika aku menjadi manusia yang melanggar normaliti biasa.

"Kau macam dah lain"

Melanggar normaliti la maksudnya kan?
Maaf untuk itu kawan. Sebab kepala aku sudah terlalu sumpek sampai di langgar, di sondol sondol saja setiapnya seperti babi.

Kalau lah seperti ini.
Maka sungguh sungguh aku minta. Sungguh sungguh ni. Sungguh sungguh aku mahu minta sedikit sabar. Sungguh sungguh aku minta sedikit tenang. Sungguh sungguh aku minta sedikit kekuatan. Sungguh sungguh aku minta diberi kebijaksanaan.

Banyak mintanya aku bukan?
Tapi ini memang sungguh sungguh. Biar nampak terlalu sungguh lah aku ini manusia yang minta minta, pun tidak apa. Sebab aku memang perlu minta. Berilah walau pun sedikit.

Kerana untuk seumur hidup ini,
Aku mahu sentiasa jadi yang terbaik. Aku mahu sentiasa menjaga setiap keping keping hati.

Sebab aku ini berdiri, bukannya di tiup dari langit, terus turun ke bumi berdiri sendiri.


nota: moga moga aku ini tidak akan pernah merasa penat dan jemu menjadi manusia yang meminta minta pada setiap sujudku. moga moga..


p/s: untuk pengertian yang tidak pernah berbagi bagi, TERIMA KASIH.
terima kasih yang teramat amat kasih.


Share/Save/Bookmark

senyum bulan

bayu berbisik
lembut bisiknya
tak terdengarkan sesiapa

bulan menguntum senyum
bersinar wajahnya
kejora turut suka
tidak terdengar bisiknya bayu
namun sinar bulan
telah di tebak bahagianya

begitu lah
nuansa malam
indah nya tak terbilang
merdu bisik bayu tak terkhabarkan

mahu tahu apa bisiknya bayu?

katanya..

... kekasih utus salam rindu

Share/Save/Bookmark

Tuesday, October 18, 2011

love.. an everlasting love

Another 4 months 2 weeks and 1 day till the date of solemnization. So far rasanya preparation tak sampai pun dua puluh persen. Neither me nor him, dua dua busy. Arjuna hati dengan kerja yang semakin bertambah. Alhamdulillah. Rezeki. Since last week ada je job di luar kawasan. One week in a row, kena outstation. Weekend pulak attend pre wed course, lepas tu starting from yesterday kena outstation lagi. Me myself, been busy with work and my studies as well. Cuti pun dah tak berapa nak mandang. Hopefully ada ruang ruang masa yang boleh di curi curi sedikit.

Time fly by so fast. I can't even to tell you how fast it flown by for us. Allah had created such a very beautiful stories. We know each other for a long time and i don't even know his name, neither talked to him. Until one fine day, ada sesuatu yang buat dua manusia ni berjumpa, bercakap and pop ! Love just happen.

*senyum*

Tak macam dalam filem filem komedi romantik yang aku pernah tonton misalnya err, The Confession Of Shophaholic, 27 Dresses, Love Drugs, When In Rome.. jauh dari romantik, he propose me at mamak stall, i said "i do" and a few weeks later jumpa family masing masing, lepas tu after a couple of weeks tiba tiba je dah engage.

Love comes by chance.
Tak pernah plan pun, tak pernah duga instead of Allah yang plan semua untuk kami, malah untuk kita kita.
The thing is ourselves. Sama ada kita terima setiapnya yang Allah dah atur, atau berdolak dalih enggan terima setiapnya yang di atur, melainkan kehendak kita sendiri. Satu yang kita kena ingat. Tak semestinya yang kita terlalu suka itu baik untuk kita, sepertimana yang telah Dia bilang dalam warkahNya buat kita,


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."

Surah. Al Baqarah:216


During my grieving moment, masa masa sedang merawat ranap hati, banyak doa yang aku titip. Setiapnya yang berlaku selepas itu aku anggap ia sebagai takdir dan kurnia Tuhan di atas dugaan yang cukup merenyuk renyuk jiwa dan perasaan perempuan aku. Alhamdulillah. Keputusan yang aku ambil tanpa berfikir panjang melainkan titipan doa mengharapkan petunjukNya membuahkan bahagia yang teramat.

Pada setiap ketika, tidak kira lah masa masa kita senang, apatah lagi masa kita sedang dihimpit sukar, jangan pernah lupa akan Dia yang menciptakan kita. Aku bukan siapa siapa. Amal pun tak seberapa, ilmu apatah lagi, tidak lah setinggi mana. Tapi hanya ini yang mampu aku khabarkan. Dekatkan diri kepadaNya, mohon lah apa sahaja, sebab susah kita, senang kita, cuma Allah sahaja yang akan ada bersama.

Tak kira lah kau siapa.

*diam*

Aku manusia yang jauh dari sempurna, masih banyak yang cacat, tapi Allah tetap sayang. Allah tetap kurniakan cinta dan kasih sayang untuk memenuhi tuntutan fitrah perempuan aku sebagai tanda kasih sayang dan cintaNya kepada aku, malah kepada kita kita juga.

Syukur, walau untuk sekecil kurnia.


nota: kononnya nak imbas balik kisah kisah taman bunga, masa love buds hit the garden. mind this silly girl yang selalu kona kona, lepas tu ending jadi lain. ok tata.
Share/Save/Bookmark

Monday, October 17, 2011

kesialan

manusia

kadang kadang sengaja mencela diri sendiri dengan buruknya laku yang dia sendiri tahu dan jijik akan hodohnya
dia sendiri tak suka
dia sendiri merasa jelik
eh tapi.. dia sendiri mengepal kembali kejelikan yang dia muntah muntahkan

sial

lemah sungguh manusia yang bernama manusia ini
tapi selalunya memang begitu
yang terlalu lalu benci itu lah yang akan diuji
yang terlalu tak suka itu lah yang akan di sua sua

hati akal dan nafsu kemudiannya berbalah
siapa benar siapa salah
masing masing tak mahu beralah

akhirnya ..

iblis juga yang menang
bertepuk tangan
terlalu suka
teramat suka

sial

manusia
sengaja mencela diri

eh.. nanti..nanti..
atau mungkin tidak sengaja
terlekakan bisikan bisikan syurga dunia
lalu setiapnya yang terjadi itu tidak disengajakan

alpa
tidak sedar
leka
lalai

sedar sedar saja sudah terkepal kejelikan itu di tangan

sial
Share/Save/Bookmark

Thursday, October 13, 2011

Kitab Terfaktab #1 -- syukur !


Allamdulillah ..
Syukur !

Tahu ini gambar apa? Tahu tidak?

Kitab Terfaktab dah dapat kod ISBN dari perpustakaan negara. Maknanya Kitab Terfaktab dah boleh masuk bookstore ! woot woot ! Tahniah untuk rakan-rakan skuad yang di Kuala Lumpur sana. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada syarikat penerbitan Lejen Press, terima kasih juga kepada sahabat sahabat Terfaktab. Heart you all !

Heh ! Dah macam ucapan syok sendiri. Tapi can't help. Happy sangat.

Anyway, dalam masa sekarang ni, sedang merangka rangka projek baru di samping Kitab Terfaktab #2 yang akan diterbitkan insyaAllah err.. akan diberitahu kemudian nanti bila. Dua dua projek deadline dia pada bulan yang sama, tambah pulak dengan tarikh walimah yang dah hampir sangat pada masa tu. Moga moga aku mampu laksanakan semua. 

Well, awal tahun 2011 itu hari, aku rasa hidup ni macam celaka, bertimpa timpa musibah yang datang. Tapi masuk pertengahan tahun, Alhamdulillah hidup aku lebih better. Macam macam momen indah berlaku. Semoga rezeki aku dan bakal suami akan lebih murah di masa yang akan datang. Ameen Ya Rabb.. 

Eh.. for those yang belum dapatkan Kitab Terfaktab, kalian boleh beli menerusi online dan pengharan secara pos di SINI



Untuk kalian yang dah beli, jutaan terima kasih di atas sokongan kalian. xoxo




Share/Save/Bookmark

Wednesday, October 12, 2011

#6 Wordless Wednesday -- with you


Share/Save/Bookmark

Monday, October 10, 2011

water birth



Orang putih ni, dia punya momen nak bersalin memang loving. Kat Malaysia ni dah ada hasben yang sudi berendam bersama sama dengan isteri di dalam air untuk sama sama memberi semangat kepada isteri dalam proses melahirkan? Sanggup berenang di dalam air yang bercampur dengan darah isteri melahirkan zuriat kalian berdua ke dunia? 

Abaikan dulu perihal sanggupnya tidak suami.

Sejak beberapa hari ni, berminat pulak search tentang natural birth. Wah gatal ! Baru nak kahwin, dah sibuk sibuk berangan nak bersalin pulak kan. Ekeke..

Anyway, bukan lah macam tu. Orang bersalin ni pengalamannya macam macam. Ibu kata bersalin ni tak la sakit sangat. Contraction sikit, lepas tu tiba tiba rasa nak push, lepas tu keluar la kami. Adik yang ke empat pulak lagi lah senang prosesnya. Bersalin kat rumah je. Panggil midwife datang rumah. Masa tu air ketuban dah pecah, tak ada lansung rasa kontraksi, tapi bidan cakap bukaan dah lapan sentimeter. Dicubit cubit perut ibu, tetap tak ada rasa sakit. Akhirnya bidan suruh push je, lepas tu keluar lah adik aku yang nombor empat. Kuasa doa pun sama agaknya. Kata ibu, dalam sembilan bulan membawa kami, diulang ulang Yusuf, Luqman dan Maryam. Mohon doa moga moga tak ada rasa sakit sewaktu melahirkan. Mustajab agaknya doa ibu mengandung ni kan.

Berbalik kepada pencarian video natural birth ni. Ada banyak yang aku jumpa. Setakat ini, memang ngeri. Nampak macam seksa benar bersalin ni. Terfikir pulak nak buat C Section. Ya Rabbi.. Lagi lah ngeri. Lepas tu terjumpa video waterbirth yang mana sangat sangat nampak relax, dan loving pulak tu. Momen melahirkan nampak manis dan sangat loving. 

Kemudian google lagi. Teruskan dengan carian waterbirth di Malaysia.

Well, kat Malaysia ni yang menawarkan program water birth, cuma Pantai Hospital sahaja. Itu pun cuma di Pulau Pinang dan Bangsar. Kemudian ada pulak terjumpa pengalaman yang diceritakan oleh ibu ibu yang bersalin dengan kaedah water birth. Ada yang buat sendiri je kat rumah, tanpa doktor mahupun bidan. The next day tu baru ke hospital untuk baby and mother check up.

Water birth ni ekceli dah diterima dan dilaksanakan secara meluas di UK dan Kanada, malah menjadi pilihan utama ibu ibu yang melahirkan. Water birth ni dikatakan mampu menenangkan ibu, mengurangkan rasa nervous nak bersalin, malah memberi kelegaan kepada ibu yang sedang bertarung dengan kontraksi ketika saat saat melahirkan.

Nah satu lagi video. Loving kan? Semua orang participate. Suami, anak - anak. Sejuk hati nak melahirkan.




Eh korang faham tak apa yang aku cerita ni? Dulu aku ada satu tanggapan yang tak berapa nak best tentang normal birth ni. But then, lepas berborak dengan ibu tentang pengalamannya melahirkan tujuh orang anak termasuklah si jelita yang sedang menaip ini.. ecececehhhh.. tanggapan aku terhadap normal birth ni dah jadi okay. Maybe the water birth would be more preferable kot untuk aku suatu masa nanti. Yeah, when the times come. 

Hurm, okey dah. Tu je yang aku nak share. Tata.
Share/Save/Bookmark

jauh

fakta:
isteri, tempatnya di sisi suami

teori 1:
lelaki, memang tidak boleh bila perempuan tidak ada di sisi.

teori 2:
memulakan hubungan jarak jauh adalah sukar malah mungkin hampir kepada mustahil, mengekalkan hubungan yang sedia ada dari jarak jauh adalah cabaran.

_ _ _ _ _ _ ___________ _ _ _ _ _ _ 

Fitrah lelaki dan perempuan, dijadikan untuk saling memerlukan, saling berkasih sayang dan saling melengkapi. Sunyi lah seorang lelaki tanpa perempuannya di sisi. Sendiri lah seorang perempuan tanpa lelaki di sisi.

Terus kepada teori. Err.. teori yang nombor dua. Dikembangkan dari teori nombor satu yang dihasilkan dari fakta di awalnya tadi. Eh faham tak ayat aku?

Aku pernah ada dalam kedua dua situasi, be it memulakan sebuah hubungan mahupun mengekalkan hubungan yang sudah sedia ada. Err.. dari jarak jauh. Kedua dua situasi ini adalah sangat tidak mudah, malah boleh membawa kepada kecelakaan hati dan jiwa. Untuk memulakan sesebuah hubungan, macam biasa lah. Kita baru belajar itu dan ini, adakala kita berjumpa melakukan aktiviti bersama, dan actually ini lah yang menimbulkan bibit kemesraan dan menguntumkan keserasian. Bila kita serasi, saling faham apa gemar-tidaknya, maka mudah untuk ke fasa yang lebih serius lagi. Itu kalau dekat lah. Boleh jumpa makan cendol sama-sama, bersembang macam macam perkara dari isu gerai tak ada tisu sampai lah ke masalah dunia. Pernilaian kita menjadi lebih mudah, apa yang kita mahu dan tidak jadi lebih jelas.

Err.. Isnin ni busy sikit. Kejap lagi sambung boleh? Aci kannnn?

_ _ _ _ _ _ ___________ _ _ _ _ _ _

Okey sambung.

Tapi kalau jauh ni, susah sikit. Terlalu jarang berjumpa, malah kalau berbual pun terhad kepada perbualan telefon, berbalas e mail atau instant messenger. Membaca tulisan tulisan tanpa kita tahu akan emosi yang sepatutnya kita boleh baca dari nada suara mahupun ekspresi wajah. Baca tulisan ni, kita boleh jadi salah interpretasi. Dah tu, memanjang nak salah faham. Hubungan yang baru nak bermula jadi tak harmoni. Nak memulakan sesebuah hubungan ni, kena ada base yang kuat. Kalau dah selalu berbalah, celah mana nak ada base yang kuat? 

Hubungan yang dah sedia terjalin pulak, tak mustahil untuk kita terus bertahan dengan syarat masing masing saling memahami dan kedua duanya kuat. Cabarannya besar. Be it hubungan percintaan mahupun hubungan suami isteri. Kita ni, bukan selalu hidup kita seronok. Ada masanya kita rasa down. Kita perlu teman berbual, untuk luahkan perasaan. Kita perlu orang untuk comfortkan kita. Tapi kalau orang yang kita sayang tak ada dengan kita? Well, kita mungkin boleh handle sendiri. Tapi bila ada orang lain yang datang, offer kita sedikit perhatian, lama lama tersentuh jugak hati kita. Nak nak pulak masa tu kita tengah ada konflik dengan pasangan kita. Ditambah pula dengan tuntutan kerja yang membataskan komunikasi kedua dua pihak. Tak mustahil untuk sesebuah hubungan jadi dingin dan hambar. 

Tapi..
Kita jangan lupa. Kita ini manusia biasa yang mengharapkan kekuatan dari tuhan. Tanya balik dengan diri kita. Untuk apa kita berpasangan? Semata mata untuk mengisi kekosongan? Semata mata untuk memenuhi fitrah yang memerlukan kasih sayang sesama manusia?

Setiap pertemuan di atur oleh tuhan. Kita berkasih sayang dan kemudian berkahwin, untuk mendapatkan keredhaan dariNya. Tanggungjawab kita adalah untuk mengekalkan keharmoniannya tidak kira lah kita hidup berdua atau terpisah jarak dek kerana tuntutan hidup. Dalam pada melaksanakan tanggungjawab itu, tadah tangan dan mohon doa semoga mata hati kita ini teguh tidak rapuh. 

Jodoh pertemuan, sudah sedia tertulis dalam kalam takdir kita. Kalau pun sedang dalam usaha memulakan sebuah hubungan jarak jauh, mohon pada tuhan untuk dikuatkan hati. Eh aku kata tadi hampir kepada mustahil, tapi kalau dah jodoh semuanya berkemungkinan kan? 

Hari ni kena pergi bank untuk urusan pejabat. Tata.


Share/Save/Bookmark

Sunday, October 09, 2011

till death do us part



Share/Save/Bookmark

Saturday, October 08, 2011

Tak apalah saintis barat, kami ada Rasulullah SAW.


Kebelakangan ni ahli fizik seluruh dunia sibuk mengkaji kemungkinan satu partikel yang lebih kecil dari atom yang digelar neutrino mampu bergerak lebih laju dari cahaya. Kumpulan pengkaji dari Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah, (CERN) Switzerland asalnya menjalankan kajian untuk menentukan kelajuan neutrino tapi hasil yang didapati, kelajuan partikel ini berkelajuan 6km/s lebih pantas dari kelajuan cahaya. Kira macam penemuan mengejutkan lah.

Kalau penemuan ni disahkan oleh para saintis seluruh dunia, teori modern physics mengenai relativity yang diperkenalkan Einstein akan tercabar. Berdasarkan teori, satu partikel yang mempunyai jisim tidak akan mampu bergerak selaju cahaya. Siapa yang tak pernah terjumpa dengan persamaan reltiviti khas tenaga yang terhasil dari gabungan jisim dan kelajuan cahaya, E=mc2 satu persamaan yang femes dan banyak digunapakai dalam fizik moden.

Sama ada neutrino lebih laju atau tak bukan persoalan kat sini. Yang terbaru makin banyak bukti dikemukakan untuk membantah kajian yang dilakukan kumpulan penyelidik OPERA ni. Boleh baca lebih lanjut http://www.forbes.com/sites/alexknapp/2011/10/04/more-evidence-against-faster-than-light-neutrinos. Bagus jugak ada perdebatan macam ni kan. Alah, asal kata Einstein si lagenda dan jugak genius fizik punya penemuan tak semestinya tak boleh dipertikaikan.

Bila keluar isu pasal benda alah ni aku terasa nak menulis. Apa pun aku lebih berminat nak bercerita mengenai relativity. Sebagaimana ahli biology barat mengagungkan Charles Darwin dengan teori evolusinya, ahli fizik pula Einstein. Sampai ada yang jadikan beliau idola. Bagi orang Islam, tak payah lah sampai macam tu. Kita sudah punya idola yang terbaik dalam kehidupan, baginda Rasulullah SAW. Jadi aku rasa cam nak pertikaikan orang-orang yang beriya-iya mengagungkan Einstein.

. Agak susah untuk faham kalau aku terangkan dari segi persamaan mahupun teori. Kata Einstein, melalui teori relativity manusia mampu pergi ke masa hadapan tetapi tak mampu berpatah balik ke masa lampau. Jika sebuah roket di angkasa lepas mampu bergerak pada kelajuan cahaya, kemungkinan tempoh masa yang dilalui roket tersebut berbanding tempoh masa yang dilalui orang dibumi adalah tak sama. Jadi bila roket tu balik ke bumi, dia akan berada di bumi yang sebenarnya beberapa tahun lebih advance berbanding perkiraan sebenar dia di angkasa lepas. Tak faham? Abaikan.

Dalam bahasa ringkas Einstein simpulkan, "apabila lelaki duduk bersama gadis cantik selama satu jam ia bagaikan satu minit. Tetapi apabila duduk di atas dapur panas selama seminit ia seperti satu jam. Itu relativiti,"

Sebagai seorang muslim yang hidup berlandaskan al-Quran dan Sunnah, kita ada sumber pengetahuan dan ilmu yang lebih besar darjatnya. Cuba fahamkan dan hayati firman Allah dalam Surah Al-Hadid ayat 47, "Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janjinya. Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun dari tahun-tahun yang kamu hitung.”

Berikutnya, "Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu saat yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu.” Surah As-Sajadah ayat 5.

Nabi Muhammad SAW  telah sampaikan kepada umat baginda firman Allah di atas. Teori Einstein mengenai relativity mungkin tergugat sebab kelajuan cahaya yang digunakan sebagai pemalar dalam persamaan relative khas dan bukan neutrino. Tetapi konsep mengenai relativity itu sendiri telah disampaikan kepada kita oleh Rasullulah dari 1400 tahun dahulu. Tak kisahlah pemalarnya kelajuan cahaya mahupun kelajuan neutrino.

Salah satu teori lain Einstein yang menarik ialah ‘wave-particle duality’. Zaman sekolah dulu kita belajar cahaya adalah gelombang. Dari segi takrifan fizik gelombang sama ada membujur atau melintang mempunyai zarah-zarah mediumnya bergetar pada arah yang berserenjang atau selari dengan arah perambatan gelombang. Jadi gelombang memerlukan medium untuk merambat. Di tahap pembelajaran yang lebih tinggi pula cahaya diperkenalkan sebagai gelombang dan juga partikel melalui teori wave particle duality dalam modern physics.

Pada awal 1909, Einstein menunjukkan bahawa Max Plack energy quanta sebagai point-like particles. Dia juga kemudian memperkenalkan photonconcept yang juga inspirasi kepada wave particle duality dalam quantum mechanics. Dalam bahasa mudah, wave particle duality ialah sifat cahaya yang boleh menyerupai gelombang dan juga partikel.

Memang agak kompleks untuk mengkaji dan menghuraikan mengenai cahaya. Kita sebagai muslim juga beriman dan percaya dengan yakin kepada malaikat yang dijadikan Allah dari cahaya sebagaimana sabda Rasulullah SAW,

”Malaikat itu dijadikan daripada cahaya, jin dijadikan daripada api yang tidak berasap & dijadikan nabi Allah Adam sebagaimana yang diterangkan iaitu daripada tanah” (Hadith riwayat Muslim)

Ada riwayat menceritakan semasa baginda Rasulullah SAW menerima wahyu yang pertama dari Jibril as yang diutuskan Allah, nabi dipeluk oleh Jibril as ketika mendapat perintah membaca. Nabi bingung seketika sebab baginda SAW tidak tahu membaca dan Jibril as pula tidak membawa apa-apa bahan yang boleh dibaca. Setelah itu baginda SAW dipeluk lagi oleh Jibril as Nabi menjawab dalam keadaan letih dan lemah, baginda tidak boleh membaca. Lalu dipeluk lagi oleh Jibril as, dijawab lagi oleh Nabi dan dipeluk lagi.

Ada riwayat pula menceritakakan malaikat Jibril a.s. mengubah bentuknya menjadi manusia yang sangat sempurna, ketika bertemu Maryam kerana Maryam tidak dapat melihat Jibril as dalam bentuk asalnya. Lalu Allah berfirman, "Dan ceritakanlah (kisah) Maryam di dalam Al-Qur'an, iaitu ketika ia menjauhkan diri dari keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur. Maka ia mengadakan tabir (yang melindunginya) dari mereka.Lalu Kami utus roh Kami kepadanya, maka ia menjelma di hadapannya (dalambentuk) manusia yang sempurna." Surah Maryam ayat 16-17.

Diriwayatkan juga pada saat dan detik kewafatan nabi hampir tiba, malaikat Izrail dan Jibril telah datang kepada nabi menyerupai orang arab badwi setelah Allah berfirman  "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku.”

Berbalik pada teori wave particle duality. Pada zaman Rasulullah SAW lagi para sahabat di beritahu oleh baginda SAW malaikat boleh menyerupai pelbagai rupa walaupun dijadikan dari cahaya. Kita umat akhir zaman ini juga diberitahu perkara yang sama oleh teori Einstein yang cahaya boleh menyerupai gelombang dan juga partikel. Jadi apa yang dibanggakan kita umat islam kepada Einstein?

Tak salah belajar ilmu beliau. Aku sendiri lepasan degree jurusan sains fizik. Jadi aku tahu sumbangan beliau dalam bidang fizik cukup besar dan layak digelar genius juga bapa fizik moden. Tapi jangan sampai kita mengagungkan sesama manusia. Aku tak nampak kenapa kita kena lebihkan beliau dari Rasulullah yang mengajar kita serba serbi tentang kehidupan dari segi fizikal dan kerohanian. Cukuplah idola kita manusia teragung di muka bumi, Muhammad SAW. Bisikkan saja dalam hati, ‘tak apalah saintis barat sekalian, idola kami lebih hebat.’




notakaki: minta di siarkan di laman ini lewat perbualan di Skype. Tulisan kita ni, rugi kalau tak kongsi dengan orang ye dok

Share/Save/Bookmark

Friday, October 07, 2011

Nani Musyi Musyi


Nani Musyi Musyi
7 Oktober 2011
RIP sayang..

Share/Save/Bookmark

dulu lain, sekarang lain. dahulu bujang sekarang dah kahwin.

Lama jugak tak menulis. Kalau nak ikutkan pun the previous post dated dua hari lepas tu sebenarnya entry lama. Tapi di post semula, di edit sikit. Mengelat kan. Nak kena babab shira ni. Thee hee..

Soalnya, kenapa dulu mampu menulis hampir setiap hari, malah adakala untuk satu hari itu sehingga lebih dari tiga tulisan mampu dihasilkan. Tapi kenapa sekarang ini menulis berselang hari? Nah ! Untuk perkara sekecil ini pun tercungkil juga beza antara dulu dan masa yang sekarang ini. Abaikan tentang blog. Nanti cerita panjang lebar, jadi self obsessed pulak. Dah nanti siapa pun tak hadap nak baca. Lepas tu nak kecik hati tak ada orang baca walhal kau sendiri yang tulis benda entah hapa hapa kan?

Yang aku nak timbul-terangkan kat sini soal 'dulu dan sekarang' yang sering dipersoalkan sesama manusia, sesama kita kita hinggakan membawa kepada pertikaman lidah, bertegang urat dan lebih malang lagi membawa kepada terputusnya sebuah ikatan tidak kira lah ikatan suami isteri, kekasih malah persahabatan sekali pun.

Kalau yang sekarang ini lebih baik dari yang dulu dulu, tak adalah nak dipersoalkan pun. Terima sahaja dengan hati terbuka beriring senyum lebar sampai ke telinga. Siapa yang tak suka kan? Tapi, bila mana yang sekarang ini jelas jelas lebih teruk, lebih buruk dari apa yang kita ada dan terima sebelumnya, itu lah yang menimbulkan persoalan di dalam benak kita.

"Eh.. dulu tak macam ni pun. Kenapa semuanya dah tak macam dulu lagi"

Kita mengeluh. Dalam keluh kesah kita hari-hari, kita nilai satu persatu, kita jejak semula punca dan akibat yang membawa kepada perubahan tadi. Berubah ni ada banyak bentuknya. Boleh jadi berubah dari aspek layanan. Boleh jadi juga kelaku dia sendiri yang semakin hari semakin menyakitkan mata, tidak menyenangkan hati.

Kadang kadang, bila dipersoalkan akan beza dulu dan sekarang, kita akan di bidas dengan jawapan yang seperti ini

"Manusia kan berubah"

Benar. Manusia berubah. Tapi alangkah molek kalau berubah itu impaknya baik kepada semua?

Kita tinggalkan dulu beza kelaku manusia. Sebab kelaku manusia ini banyak. Sukar untuk ditumpukan kepada kacau bilau emosi. Selalunnya yang buat emosi kita tidak tenteram ini adalah beza layanan manusia yang lain kepada kita.

Kita ambil contoh hubungan lelaki - perempuan. Lebih general. Lebih mudah untuk kita faham bukan? Darn ! Okey sebenarnya memang aku purposely nak highlight kan isu ini pun. Dulu dan Sekarang dalam hubungan lelaki - perempuan. Aku kan jiwang. Okey kembali kepada persoalan yang selalu timbul.

"Kenapa dulu selalu call, tapi sekarang sudah jarang jarang?"

"Kenapa dulu selalu cakap I Love You, boleh kata hari hari tapi sekarang nak dengar seminggu sekali pun susah"

"Kenapa dulu nak dating selalu tapi sekarang seringnya sibuk"

Kalau nak diikutkan, banyak. Aku ambil persoalan yang selalu kita dengar. Selalu orang runsingkan. Cliche. Tapi yang cliche ini lah yang menyerabutkan.

Kesimpulan awal yang kita ambil, mungkin sebab dah JEMU.

Mungkin boleh jadi salah satu sebab. kalau dah jemu tinggalkan aja. Realitinya, dahulu yang menjadi benchmark untuk sekarang, normalnya dipengaruhi oleh rasa SELESA. Kita tahu kita sekarang ini berada di dalam zon selesa, jadi kita merasakan bahawa kita tak perlu lagi nak berpeluh ketiak meletakkan effort untuk menjayakan sesebuah hubungan itu sebab kita sendiri dah rasa hubungan itu berjaya. Asal dia tahu di mana tempat dia dalam hati aku ni, itu sudah cukup memadai rasanya. Itu kita punya rasa. Tapi bagi pihak yang lagi satu?

Hubungan sesama manusia ni, persis pokok bunga. Perlu kepada penjagaan berpanjangan. Kita nak tengok dia berbunga selalu, tapi kita tak siram. Kita tak baja. lama lama nanti mati la. Larat ke nak berbunga sentiasa, tapi tak dibaja?

Kadang kadang bila dipersoalkan beza dulu dan sekarang, jawapan yang seperti ini pula yang kita terima.

"Dulu kau kekasih. Sekarang kau isteri. Memang dah terbukti kau yang aku pilih, cuma kau yang aku kasih. Belum cukup bukti?"

Hesh.. dah nampak macam nak kondem lelaki, kononnya lelaki lah punca perdebatan dulu dan kini. Okey tak nak bias. Ni contoh je. Perempuan pun kadang kadang begitu jugak kelakunya. Bila dah ada anak, suami jadi hilang prioriti.

Kita mengambil sikap tidak apa.
Kita fikir, dia mesti mengerti. Kan dia suami.

Kita sama sama perlu perhatian dan kasih sayang. Perbezaan status tidak seharusnya jadi pengukur keprihatinan kita kepada pasangan. Tak ada bezanya isteri mahupun kekasih. Mereka adalah perempuan yang sama, masih perempuan yang sama, perlu kepada keprihatinan dan kasih sayang seorang lelaki. Kalau masa mengorat dulu berpeluh ketiak meletak usaha, merecik air liur bilang aku cinta padamu, kenapa sekarang tidak lagi? Bila dah ada anak, si kecil itu jadi utama. Kenapa tidak di ajak suami sama sama berpeluh ketiak menguruskan anak. Ada lah nanti masa senggang untuk bermesra berdua pula.

Cakap senang lah kan. Kau tu belum kahwin lagi shiraaaa..

Tapi, semua yang aku tulis diambil dari hasil pemerhatian kepada perilaku ibu dan ayah sendiri. Ibu dan ayah yang bahagia sampai sekarang ini. Semoga bahagia sampai tutup mata nanti.

Jangan merasa terlalu selesa. Biar kasih sayang yang kita semai itu tumbuh subur. Baru berbaloi penat lelah kita mencangkul  dan menanam. Kan?
Share/Save/Bookmark

Wednesday, October 05, 2011

meja tulis, slide presentation, kasut tumit tinggi, perempuan sombong, kedai mamak.

menyorot kembali detik-detik yang membawa kepada pertemuan yang aku kira manis.
alih-alih jadi senyum sendiri.
yang tidak pernah terduga itu lah yang berlaku.
satu masa dulu aku pernah mintak tuhan hadirkan magik. miracle. 
sungguh sungguh ia berlaku.
kan aku bilang, aku tak pernah duga.
aku pernah nanar. dunia berputar, tetapi aku tetap pegun.
aku pernah menjadi manusia terasing. sengaja mengasingkan diri sedang mereka sungguh sungguh peduli.
aku pernah hilang. mencari diri di dalam keterwujudan yang tidak aku sedarkan.
dan.. seperti yang aku bilang.
miracle happens.
demikianlah matahari dan bulan saling bergantian turun naiknya, cerah-gelap langit menjadi butir kiraan setiap hari, sehingga tibanya detik menyulam dua legasi menyambung keturunan.


p/s: eh.. kelmarin memang tinggal lagi lima bulan genap


Share/Save/Bookmark

Tuesday, October 04, 2011

Makhluk yang ada seketul isi lembik lembik di atas kepala, di dalam tempurung kepala. Isi lembik lembik itu pula, ada perisian istimewa. Namanya akal. Tapi bukan dari jenis Pentium.

Manusia

Kadang kadang jelak
Jelak sebab terlalu bejat

Bila kita jumpa dengan manusia yang hidupnya tak tenteram, hatinya tak tenang, elok lah kita bawa diri jauh jauh. Bimbang nanti terjangkit sama. Manusia ni, kalau semuanya dia tak puas hati, kalau semua dia rasa tidak adil, selalu persoal mengapa sipolan bolehnya begitu kenapa tiba masa aku jadi tak boleh, eh kalau setiapnya sehingga kepada perkara yang paling remeh menjadi soal, baik engkau duduk jauh jauh. Jangan dekat. Jangan dekat dengan orang yang begitu. Percaya lah cakap aku.

Ada pula manusia yang tuturnya lembut. Senyumnya meleret. Ramahnya bukan main.
Manusia yang seperti ini pun, jangan terus terus letak percaya akan suci perilakunya.
Takut takut nanti dia ini manusia bertopengkan kulit babi.  Di depan kita dia seperti pari pari. Tapi di belakang kita dia lah iblis menjaja setiap inci cerita kita.

Ada pula manusia yang pedulinya melebih lebih.
Siapa kita untuk persoal akan ikhlas atau tidak peduli orang pada kita. Namun realitinya peduli manusia ini pelbagai.
Ada yang peduli sebab sungguh sungguh ikhlas mahu peduli
Ada yang peduli sebab seronok menyelam pekung kita hari hari
Ada yang peduli sebab senang nak tepuk tangan bila kita jatuh nanti

Manusia ni, kita pandang bukan dengan pandangan buta buta. Bukan boleh diterima bulat bulat akan setiapnya yang dikunyah-carik gigi. Letak sikit hati hati kita. Bukan untuk siapa siapa pun. Untuk kita sendiri bukan? Ya benar.. tak elok syakwasangka. Tak baik. Tapi tak ada pula salahnya kalau kita ini lebih berhati hati. Kan?
Share/Save/Bookmark

Monday, October 03, 2011

Kitab Terfaktab -- terima kasih sayang

Alhamdulillah lega. Sabtu itu hari selesai sudah pelancaran buku dengan sahabat sahabat penulis yang lain. Bertolak dari Penang hari Jumaat. Cadangnya Sabtu tu terus mahu pulang, tapi bila dah lepak makan-makan dengan sahabat handai encik tunang, maka drag ke hari ahad. Entah jam berapa pagi baru bertolak. Ahad tu pulak, teringin nak masuk ke pekan yang jarang aku jejak, maka secara tiba-tiba rasa macam nak breakfast kat pekan Kuala Kangsar. Lupa pulak nama warung yang kita orang singgah. Kat kawasan kampung. Best la jugak.

Kembali kepada event pelancaran Kitab Terfaktab tempohari. Ramai jugak yang hadir. Terima kasih atas sokongan semua. Gambar pulak masih belum upload. Nanti-nanti lah. Nak share sekeping yang aku curi dari facebook rakan penulis, Elena Reeney.


Siap buat default picture kat facebook. Ni team penulis penulis perempuan. Oleh sebab nak balik jejauh, kendian nak jumpa kawan encik tunang pulak, maka tak boleh la nak lepak lama-lama.

Gambar bertunang itu hari dah dapat. Tapi malas nak upload. Aci kan? Sebab aku tak suka betul dengan muka aku bila mekap mekap berinci inci. Simpan je untuk tatapan sendiri. Itu pun tak boleh nak tatap selalu. Rasa macam bukan diri sendiri.

Itu hari lepas balik, tiba-tiba rasa macam sebak. Kalau dulu, ke mana mana pun memang sorang sorang je. Tak pernah harap pun nak berteman kan sesiapa. Jumpa jalan ke, tak jumpa jalan ke, sampai ke destinasi ke, sesat barat ke, semua nya kalau boleh nak handle sendiri. Lone ranger bak kata orang. Tapi bila ada orang yang sudi memberi sokongan, datang all the way dari Penang nak kasi support, sabar duduk sorang-sorang bila aku sedang beramah mesra dengan orang, sama-sama bersusah-susah cari tempat tu sampai jumpa, gila kalau kau tak rasa touching.

Jadi, terima kasih sayang.



Share/Save/Bookmark