Wednesday, November 30, 2011

bai . duri

Satu persatu pesanan dan berita di mail elektronik jabatan di baca.
Dibuka akan suatu hebahan.
Diteliti setiap butir aksara di atasnya.

Sebuah keluhan berat di lepaskan.


jangan lah nanti di minta menemani
bimbang nanti ada



Share/Save/Bookmark

imprint

Kenangan. Kenangan yang manis manis terlalu baik untuk di sampahkan. Kalau tak di bakar, apa nanti kita ini di panggil pengkhianat? Petualang?

... dan kalau pun disimpan, apa nanti mampu dipegang akan janji untuk tidak berpaling mengenang semula setiapnya yang pernah menerbitkan lekuk senyum di wajah, apatah lagi di kala sunyi dan sendiri. Lalu di mana pula letaknya ukuran setia? Setia yang di laung laung, kononnya mahu di bawa sehingga habis usia.


A little reminiscence imprinted on it


Share/Save/Bookmark

Tuesday, November 29, 2011

A Chapter

Pasangan awak seperti sebuah buku yang awak mahu baca hari hari, yang awak tak mahu terlepas setiap bab di dalamnya. What makes you a great partner if you continue reading without knowing that you had missed a chapter of it?

note to self

Share/Save/Bookmark

setiap sesuatu itu dengan izin-Nya

aku cuma mahu minta:

[sumber]


jadi sabar




Share/Save/Bookmark

Monday, November 28, 2011

Tentang SK. Okey bukan ! Sebenarnya Tentang Dhia dan Tentang SK juga.

Assalamualaikum all !

Hari ni last cuti. Esok dah selasa. Phew ~
So cuti kome macam mana? Best ? Cuti SK biasa biasa je. Oh ye. Bermula tahun baru ni, SK nak tukar kata ganti nama. Selalunya SK pakai saya, aku, kadang kadang nak gangster sikit SK sebut gua. Tahun baru ni, kita lembut sikit. Ngam?

Tadi SK menonton episod sebelas drama Tentang Dhia di TV3. So far SK tak pernah miss lagi walau untuk satu episod pun. SK selalu catch up kat tonton [dot] com.


Tajuk pun Tentang Dhia, mesti la keseluruhan ceritanya pada asasnya berkisarkan tentang Dhia. Secara ringkasnya cinta Dhia dengan Azmi tak kesampaian dan pada waktu waktu merawat luka tu muncul pula Zikir.

Rata rata orang kata,
"Cepat betul Dhia suka kan Zikir, walhal baru je kecewa dengan Azmi"

Jodoh ini misteri.
Alangkan berkenalan bertahun tahun pun tidak kesampaian hajat untuk hidup bersama, jadi mengapa pula mahu di persoal akan perkenalan yang sekejap?

Hati kita ini di tempatkan di dalam jasad untuk kita. Khusus untuk kita. Namun sebenarnya hati yang khusus untuk kita itu terpegang oleh tuhan. Kalau dalam sekelip mata mahu di terbalikkan hati kita, maka terbalik lah ia. Kita tidak ada kuasa untuk berbuat apa melainkan berdoa moga moga hati kita ini di letakkan di tempat yang sewajarnya, pada manusia yang sepatutnya.

Jadi secepat mana pintu hati kita boleh terbuka untuk orang lain, tidak layak untuk kita persoalkan. Kalau tuhan berkehandakkan sesuatu itu terjadi ke atas kita, maka terjadilah ia.

Serupa juga dengan perjalanan hidup SK sampai ke hari ini.
Diuji.
Ranap seketika.
Dipertemukan.
Dibukakan hati.
Semuanya dalam tahin yang sama.

Dan sekarang SK sedang bertungkus lumus dengan manik manik kristal, dawai halus, lidi, ribbons, playar muncung tirus dan macam macam lagi.

Jadi kesimpulannya, tak ada apa yang boleh kita persoalkan kerana setiapnya yang terjadi, sudah direncanakan di atas sana. Sebagai manusia, kita berdoa lah sesungguhnya. Meminta seikhlasnya. Menerima dengan redha.

Till then, SK tulis lagi nanti. Tata !

SriKantan kabo:

nanti kalau dah setel semua SK upload gambar DIY. 
Mana lah tahu, kot kot ada yang berminat nak buat tempahan. 
Boleh lah SK terjun ke bidang lain pula. 
Best jugak jadi Wedding Planer ni kan. kikiki

Share/Save/Bookmark

Saturday, November 26, 2011

salam maal hijrah

Assalamualaikum

Selamat menyambut tahun baru.
Semoga dengan terbukanya buku yang baru, kita menjadi manusia yang lebih baik lagi dari tahun sebelumnya.

Jujurnya, terlalu banyak yang perlu di perbaiki, dan insyaAllah sedang menuju ke arah itu. Semoga lebih bahagia dan lebih tenang, itu harapan aku.

Semoga kalian juga sentiasa didakap kasih sayang dan rahmat Allah. Tinggal dulu. Tulis lagi nanti.

Salam maal hijrah.
Share/Save/Bookmark

Tuesday, November 22, 2011

prosadiri

Kala sunyi sendiri
Dipanjat doa pada Illahi
Kurniakan sekeping hati yang memberi
Hingga ke akhir hayat berjanji menemani

Tuhan mungkin mahu kita tunggu lagi
Kita tunggu sambil pujuk hati
Bersabar lah untuk sedikit masa lagi
Akan tiba juga yang kita nanti nanti

Tiba waktu segalanya tertepati
Hati tidak sunyi sendiri lagi
Berteman bahagia hari hari
Syukur atas kurnia yang tak terperi

Namun sekejap sahaja merasa serba mencukupi
Teruji dengan masa yang selalu dengki
Dulu dan kini sudah tidak serupa lagi
Kalau mengadu, apakah nanti di kata tidak mensyukuri?

Dipujuk pujuk hati untuk mengerti
Tercari cari penawar mengubat sunyi
Kita takut berteman sepi
Bantu kita temukan diri

shirakabor:

careless, and you'll be happy

Share/Save/Bookmark

perempuan.. dalam poket lelaki saja !

Di mulut

Perempuan: Takpe. Saya boleh buat sendiri je ni. Saya tak nak susahkan awak.
Lelaki: Tak susah pun.
Perempuan: Takpe la. Terima kasih je.
Lelaki: Haih ~ Okey la. Buat la sendiri

Di hati


Perempuan: Takpe. Saya boleh buat sendiri je ni. Saya tak nak susahkan awak.
[yeay ! sayang nak buatkan. Err.. tapi.. betul serius ke? Entah entah saja nak ambik hati kita je]
Lelaki: Tak susah pun.
Perempuan: Takpe la. Terima kasih je.
[pelawa la lagi.. pelawa la lagi... plisssss.. hurm, kalau dia ikhlas nak buatkan mesti dia insist, dia tunjuk kesungguhan dia]
Lelaki: Haih ~ Okey la. Buat la sendiri
[degil. kita nak tolong pun dia tak sudi]
Perempuan: *muka tak ada perasaan*
[olooooo.. macam tu je? bukan betul betul nak tolong letew. menci menci menci]


Perempuan tarik muka panjang panjang. Lelaki garu kepala tak tahu mana punca.

Konklusinya?

Naaahhhhh !

sumber: dari dalam hard disk.
tak ingat download dari mana

shirakabor: 
too carried away. sometimes it's good, but at most of the time it brings no good but harm.

Share/Save/Bookmark

krisis persona

Morning guys.

Aha.. apa mood korang pagi pagi ni? Happy? Harus lah happy ye dok. Malaysia menang menentang rival turun temurun.

Tinggalkan cerita bolo. Aku nak cerita pasal krisis dengan diri sendiri which I believe, ada di antara korang jugak yang mungkin ada masalah yang mirip mirip dengan masalah aku.

Aku ni antara makhluk di atas muka bumi ni yang bangun bangun tido je boleh berdiri dan sengih sampai nampak gusi depan cermin. It's like, seriously. Almost everyday aku akan begitu. Kalau bukan depan cermin kat bilik tidur, kadang kadang aku bawa tabiat tu ke cermin dalam bilik air. Usai gosok gigi aku mesti akan buat perangai macam tu and I strongly believe that this kind of apa orang kata tu.. tabiat kan.. boleh boost kita punya good mood.

Pagi pagi lagi aku boleh kasi pecah rumah dengan suara menyanyi, atau paling kurang pun membebel on something.

Yang jadi masalah pada aku, bila orang lain tak boleh nak in dengan aku punya tabiat, tak boleh nak respon dengan apa yang aku cakap. Aku bagi contoh situasi:

Dalam kereta, dalam perjalanan ke kelas yang bermula seawal jam 8.30 pagi.
*Diam*
*Lagu di radio berkumandang*
(Selepas lima minit)
Aku: Jalan pagi ni tak la sesak sangat kan?
Kawan: Ha'ah.
Aku: Traffic light ni lama pulak.
Kawan: Itu la.
*Dah mula rasa restless dengan jawapan sepatah sepatah*
*Menyanyi nyanyi ikut lagu di radio*
Aku: Eh perasan tak kita pagi ni diam je. Macam tak ada benda sangat nak borak.
Kawan: Shira. Pagi lagi ni kot kan. Nak cas bateri dulu. Tengahari sikit la. Diam sekejap jeeee..

See.. Nampak tak konflik yang aku alami?

Aku kasi situasi yang lain.

Aku: Apesal la kereta kat depan ni bawak macam kambing sangat? Bla..bla..bla..bla..bla..
Kawan: *diam*
Aku: Banyak jugak kereta pagi pagi ni. Kalau keluar lambat memang sah lah merah ni. Eh kat mana yang hang habaq kata ada speed trap tu? Kalau keluar lambat harus lebih dari 120 ni.
Kawan: Depan sikit. Dekat dengan flyover.
Aku: Ish kereta depan ni lah.. Ke tepi ! Ke tepi ! *sambil buat gaya tangan macam dalam pilem hantu kak limah*
Kawan: Shira. Hang perangai elok la sikit pagi pagi ni. Heran aku. Pagi pagi lagi dah hyper.

Dengan kawan kawan baik. Eventho aku punya perangai ni kinda annoying, tapi tak ke mana pun perasaan tu. Cuma berlaku konflik sementara di mana aku akan sentap sikit bila orang macam tak berapa nak layan aku, suruh aku senyap dan tunjuk ekspresi yang 'hello.. you annoys me'

Tu dia la konfliknya.
Orang di sekitar aku cuba untuk fit in dengan perangai aku yang pagi pagi lagi dah nak mengganggu ketenteraman fikiran orang, dan aku pulak perlu terima hakikat dan ubat perasaan sendiri bila response yang aku terima tak seperti apa yang aku expect.

Jadi..
Apa yang kita kena buat?
As for me, sentap tu sentap juga. But at that particular moment tu, sambil sentap tu kita fikir sama yang sebenarnya orang lain dengan kita tak akan pernah serupa. Accept the differences la !

Cheers !

Have a great day ahead ya'll !
Share/Save/Bookmark

Skuad Bola Sepak Malaysia - Emas di Gelora Bung Karno

Menang gold medal dalam acara bola sepak di temasya sukan SEA merupakan antara momen terindah dalam hidup aku sejak aku berjinak jinak dengan sukan bola sepak. Maksud aku sejak aku meminati acara bola sepak. Lama dah oi ! Sejak zaman sekolah lagi. Tapi masa zaman sekolah dulu tak into sangat. Minat bodo bodo je. Takat takat minat Azrul Amri Burhan, Khalid Jamlus, Indra Putra Mahyudin. Lepas tu kalau international pulak, aku minat Alan Shearer, Ryan Giggs dan of course la Beckham masa zaman zaman kehenseman beliau. Giggs tu aku memang purely minat sebab dia punya skill dalam permainan. Pehhhhh ! Sembang kemaih !

Kembali kepada final sukan SEA ni.
Kat mana mana pun best tengok bola. Tak kira lah di mamak bersama teman teman, mahupun di rumah bersama keluarga. Kalau dapat tengok kat stadium lagi best. Tapi ekceli aku sendiri tak penah dapat masuk stadium. Dulu ibu tak kasi. Ibu kata nanti berlaga buah dada dengan orang laki laki. Haih ~

Tapi...
Semua tu tak pernah mematahkan semanagat aku untuk tengok bola. Masa zaman sekolah dulu tengok bola dengan adik adik. Kalau nak jerit gol pun kena pekup muka ke bantal. Nanti ibu marah sebab jerit kuat kuat. Bila dah besor besor aku pasrah tengok kat mamak. Ya seronok memang seronok ! Bersorak secara beramai ramai menimbulkan adrenaline rush. Perasaan tu seolah olah kita tengah lari kejor bolo kat tengah padang. Kakaka.. hyperbolo tak?

Overall, permainan tadi tu, Malaysia memang deserve untuk menang. Pemain Malaysia main dengan bersungguh sungguh. Cuma tu la, Fakri tak habis habis buat lecey. Tak pe la. Perlu lebih berusaha di masa yang akan datang. KFCM bergaya dengan tangan emasnya. Agak susah juga Indonesia nak membolosi gawang Malaysia. Indonesia pula bermula dengan garang. Tapi awal awal je. Permainan depa tak lawa mana pun. Dah tu banyak kali juga main kotor. Sakit juga jiwa aku. Debor tu apatah lagi. Dua bijik gol offside dari Indonesia dan sebijik dari Malaysia. Gila tak debor masa gol tu. Sekali tukang jaga line angkat bendera. Syukur oh !

Ah ! perempuan kalau update pasal bola memang banyak meraban. Akhir kata, aku berharap Malaysia bakal  mencipta hatrik dengan memenangi pingat emas untuk acara bola sepak pada temasya sukan SEA yang akan datang.

Akhir kata..
Selamanya ! Selamanya ! Selamanyaaaaa Harimau Malaya !
Ooooooooooooooooooooo Malaysia !


p/s: lusa ada match lagi. di Stadium Nasional Bukit Jalil. 

Malaysia menentang Syria untuk kelayakan Olympik.
All the best Harimau Malaya !

Share/Save/Bookmark

Saturday, November 19, 2011

Selesa

Selalu. Terlalu selalu. Manusia terlalu selalu merasa selesa dengan apa yang mereka ada. Selesa dengan kerusi yang mereka duduki. Merasa terlalu dan teramat amat selesa sampai jadi leka. Leka sampai jadi lupa.

Pokok bunga tak akan pernah serupa dengan pokok kaktus.

Kalau mahu di kaktuskan, kenapa di tabur benih bunga? Kenapa di baja baja dengan baja bunga? Kenapa di siram siram dengan air segala?
Share/Save/Bookmark

Friday, November 18, 2011

obsesi



cinta ni kita tak boleh nak paksa paksa. kau ubah lah diri kau macam mana pun, tapi kalau orang dah tak mahu, apa daya engkau lagi. soooo, berhenti buat itu dan ini untuk mengemis cinta orang yang tak mahu kan engkau. jadi diri sendiri, sayangi diri engkau, dan kemudian nanti cinta akan datang sendiri ke engkau tanpa perlu kau nak mengemis ngemis
Kadang kadang, kita ni rela untuk jadi macam macam demi untuk memenangi hati manusia yang kita suka. Kita fancy sangat dengan dia, jadi setiapnya yang jadi kesukaan dia mesti lah kita ambik tahu kan? Dia suka perempuan yang lemah lembut, dia suka perempuan yang rambut panjang, dia suka perempuan yang tak membantah bantah, dia suka perempuan yang pakai baju kurung, dia suka perempuan yang pakai baju warna putih, dia suka perempuan yang begitu, yang begini..

Semua kita ambil tahu.

Kita tanya kawan kawan dia, kita tanya adik beradik dia. Malah kalau kita tak kenal sesiapa yang rapat dengan dia pun, kita pandai cari sendiri. Ada ketika kita tebalkan muka tanya pada dia. Kadang kadang yang bijak sikit, jadi kawan baik dia. Well, banyak perkara kita akan share dengan kawan baik kan?

Lepas tu kita mula ubah diri kita. Kita bercakap lembut lembut, penuh satu lemari kita isi dengan baju kaler putih dah macam aci berkabung bila mati suami. Lepas tu kita labur dua tiga ratus pulak untuk rebonding rambut. Setiapnya yang dibilang kita turut kan saja walau kita tak suka.

Kita mahu jadi perempuan seperti yang di impi impi. Biar yang di pilihnya nanti kita.

Soalnya berapa ramai yang berjaya?
Kalau pun berjaya, boleh di kekalkan diri kita yang sebenarnya bukan kita itu?
Share/Save/Bookmark

the phobia

My very dear sissy had posted something referring to the things that happen to her on December last year. December-phobia katanya. 

Alangkan tulang yang patah pun, kalau dah bersambung kembali, sesekali masih terasa lagi denyutannya. Macam itu juga lah ibaratnya dengan hati kita, manusia ni. 

Aku sendiri pun kadang kadang masih paranoid. Shit just happen. We forgive but it's not easy to forget. Eventho aku yang sudah diikat secara adat ni pun kadang kadang masih lagi persoal akan kuat-utuhnya sayang pada aku. Kebabian yang seboleh boleh nya aku mahu elak, tapi benda ni kadang kadang datang macam hantu. Dirasuk rasuk akal kita. 

Haih~

Memang payah nak lupa.
Tapi kita mesti boleh kalau kita mahu cuba.
Ayuh ! Buang takut kita.
Sejarah tidak pernah di jadikan untuk di lupa lupa kan. 
Tapi itu tidak bermakna kita perlu duduk di dalam bayang bayangnya sebab....


... Sejarah di jadikan untuk kita tinggalkan di belakang. 


sinderela: ym-phobia





Share/Save/Bookmark

Wednesday, November 16, 2011

manusia

manusia sebenarnya tamak
tapi manusia tak pernah mahu mengaku akan tamak haloba sendiri
kononnya manusia ini sudah cukup cukup bersyukur
kononnya manusia ini tidak mengharap apa lagi selain yang ada di milik milik sekarang

manusia...

*senyum menyenget*

kalau benar manusia itu bersyukur, tahu bersyukur
maka aku kira tidak akan terwujud perkataan KOMPLEN dalam kosa kata harian kita
tak akan terbit kosa kata itu di dalam setiap kitab dunia
malah tidak akan pernah juga tertaip di sini

kita bilang kita ini menerima setiapnya dengan reda dan gembira
kita bilang kita ini manusia yang secukup cukupnya sahaja

bohong !

kita ini sebenarnya manusia bohong !
Share/Save/Bookmark

Tuesday, November 15, 2011

kadang kadang, ada juga psikonya kita ni

ohoiiii !!

It's been a while. I'm currently in Johor, sending my brother for UiTM enrollment. Aha.. jauh ke selatan dari tempat aku menetap.

Dua tiga hari ni di hinggapi sindrom sikit. Sindrom medan magnet. Kejap nak try lukis.

Tadaaaaa !!

Okey yang bentuk segi empat tu kertas. Yang kat atas kertas tu serbuk besi, dan di bawahnya yang ada anak panah tu magnet. Bila kutub tak bertemu, serbuk serbuk besi tu jadi scattered di merata rata. So lebih kurang begitu lah sindrom yang berlaku sejak dua tiga hari ini.

Kakaka.. Bodoh sial ! Cut the crap !

Perempuan. Maksud aku tipikal perempuan, kalau jauh sikit, di kekang dengan kesibukan sikit, mula lah dengan perangai yang bukan bukan. Kalau pun nampak aku ni sesekali macam brader brader, macam serba tak kisah, kadang kadang nampak tak peduli, sebenarnya aku tetap seperti perempuan tipikal yang lain. Enough said. Berbekalkan sedikit perangai gedik, nakal, banyak akai, hah aku pun mula la macam macam. Berperangai yang macam macam dan cuma lelaki hebat sahaja yang boleh tahan dengan macam macam aku.

_ _ _ _ _ _ _______________ _ _ _ _ _

Beberapa hari yang lepas, aku dah tertangkap melakukan satu jenayah. Hell yeah !

Manusia yang terlalu amat curious tu, aku lah tu. Di bau bau kan dengan suatu aroma yang mencuit sedikit deria, aku pun follow la. Nak tahu kan? Plus, perasaan yang.. Betul ke tulip kaler pink tu bunga yang terpaling paling indah, tak terbanding dengan bunga bunga yang lain? Hah gitu lah kurang lebih. Tulip kaler pink tu represent myself la. Macam tahik kadang kadang perasaan yang begitu. Walhal dah di bagi sekeping hati tu ke kita. Di bagi tapi bukan terbagi bagi. Di bagi seketul ! Kita ni je yang kadang kadang psiko sangat. Paranoid. Masih paranoid. Takut yang dulu dulu, yang menjahanamkan hidup itu berulang lagi.

Moral of the story.. jangan nak paranoid sangat. Jangan nak banyak fikir sangat.

Okey tata !
Share/Save/Bookmark

Thursday, November 10, 2011

March - ing day --- Bridal Dias


I heart the touch ! Semua gambar dari facebook Hassan Abu Bakar. 

Share/Save/Bookmark

another piece of crap

aku dah mula terhadkan gambar gambar yang ada dalam laman sosial. banyak juga yang aku dah padamkan. yang belum sempat aku padam, aku private-kan.

cuma... gambar yang dalam blog ni aku tak tahu bila nak di jalankan misinya. aku kena kelebek satu satu. kalau takat takat lima puluh post sahaja, memang senang la kerja aku. ini beribu. sejak tahun 2009 punya post. tak kan pulak nak delete post yang lepas lepas. sayang. walaupun catatan aku sampah sampah je yang banyak, tetap aku sayang sebab itu sebahagian dari perjalanan hidup aku.

*long pause*

aku sedang dalam perjalanan ke arah itu. doakan.
Share/Save/Bookmark

baca sepuluh kali pun, mungkin hanya aku saja yang mengerti

yang benarnya mata dah nak terlelap, tapi entah apa yang tak kenanya, kepala aku menerawang balik ke zaman yang dah berkurun tapi tak la berkurun sangat. tapi ekceli dah lama aku tinggal berhabuk pun.

*sigh*

masih ada sisa sisa perasaan bersalah. mengenepikan setiapnya rayuan dan pujukan, meletakkan sepenuh percaya akan pengakuan 'tidak' manusia yang lainnya, lebih spesifik lagi yang lainnya itu adalah manusia yang sama sama di mahu. errr.. faham maksud aku?

dan ya.. perasaan bersalah aku kepada perempuan itu. yang lain lain telah lama aku sampahkan. terbangkitnya dari ranap, terus di buang mana yang menyucuk.

penyudahnya sama saja. kalau lah aku tahu, biar disudahkan dari awal. biar gembira hati seorang perempuan yang lain. jadi untuk rasa bersalah yang ini, bagaimana ya tuhan?
Share/Save/Bookmark

perempuan perempuan

kadang kadang dunia cemburu dengan kita. kalau dulu kita selalu bersandar bahu, mungkin sekarang ini sukar untuk kita cari peluang dan ruang untuk kita kembalikan semula momen yang seperti itu. sekali pun kita sudah tidak bersandar bahu lagi, tertitip sekuntum doa pada waktu ingatan itu datang. jaga diri. walau siapa pun kamu. adik, kakak, sahabat, teman.

rindu.
cuma kadang kadang berlalu di telan masa yang memburu

ingat.
cuma kadang kadang tak terluahkan

biar tuhan jadi perantara. titipan doa sejahtera harap harapnya dapat membiaskan rindu dan ingatan buat kamu kamu yang dulu menjadi teman bahu ke bahu. teman ketawa dan menangis. teman bercerita dan bersenda.

kalau pun sudah jarang dapat berbicara seintim dulu, moga moga kamu kamu masih percaya akan cintanya aku kepada persahabatan yang tuhan susunkan untuk kita.

jaga diri. moga moga jodoh menyebelahi kita.
jaga diri ya. biar siapa pun kamu. adik, kakak, sahabat, teman..
Share/Save/Bookmark

Monday, November 07, 2011

debar kobar

Kekasih.. Masa berjalan laju kan? Kadang kadang ada debar dalam dada. Setiap hari berganti, tandanya masa yang kita punya sudah tidak panjang lagi. Kadang kadang debar berganti kobar. Entah bagaimana hidup yang bakal di jalani nanti. Tentunya bahagia yang mahu aku rasai tiap tiap hari. Semoga setiapnya langkah kaki di restui nanti. 

Kekasih. Untuk sudinya menyunting mekar, terima kasih.

Share/Save/Bookmark

Friday, November 04, 2011

kemahuan

Sebusuk busuk aku
Sejahat jahat aku
Sekeji mana pun orang pandang aku

Aku percaya. Aku tetap percaya. Bahawa untuk setiap susah payah, untuk setiap jerih perih, untuk setiap celaka bertimpa.. Allah ada untuk aku. Bahkan sentiasa ada.

Cuma kadang kadang, bila kita jauh dari walang, kita saja yang lupa. Kita lupa bahawa setiapnya yang membahagiakan kita, bukan terus terus datang dari manusia. Bukan terus terus datang dari harta benda. Semuanya dari Allah. Semuanya dari Dia yang berkehendakan sesuatu itu terjadi ke atas kita.

-------------------

Untuk kawan kawan perempuan, mari kita amalkan surah Al - Waqiah. Kata Rasulullah, anak anak perempuan tidak akan ditinggalkan miskin melarat.

Okeybai.



p/s: Selamat Hari Raya Aidiladha. Yang pulang ke kampung,
drive safely.  

Share/Save/Bookmark

Thursday, November 03, 2011

rabak

Selalu.. Kalau ada kawan kawan kita yang tengah grieving setengah gila, kita tak sampai hati nak biar. Betul kan? Mula lah kita mencari jalan macam mana mahu tarbiyah kawan kita ni moga moga dia sedar bahawa dia tidak pernah sendirian dalam dunia ini. Bahawa sakit yang dia rasa itu sifatnya sementara cuma. Bahawa setiap jejehan air mata dia itu sebenarnya tidak memberi untung walau untuk satu sen pun. Kita tend to be manusia prihatin yang konon kononnya terlalu banyak pengalaman, malah pengalaman kita itu adalah lebih buruk dari apa yang kawan kita sedang hadapi sekarang.

*senyum menyenget*

Adik..
Tak payah nak tunjuk kau tu pandai.
Tak payah nak tunjuk kau tu konon kononnya lagi banyak pengalaman.
Tak payah nak cerita balik kisah sedih dan rabak engkau. Kononnya untuk kawan kita tu fikir balik bahawa ada lagi manusia yang lebih rabak dari itu. Tapi boleh move on. Bla..bla..bla..

Kawan kita pun, tak mintak nak dengar semua tu.
Kau pinjamkan bahu dan telinga, kemudian kau diam.
Kau biar dia.

Orang kalau tengah huru hara, kita cakap apa pun dia tak mampu nak dengar.
Jangan di beza bandingkan kawan kita itu dengan kita.
Level of tolerant manusia ni berbeza beza.
Kalau setakat jatuh basikal terkoyak lutut tu mungkin bukan apa apa untuk engkau.
Tapi bagi dia sakit tu tak terbendung bendung.
Lain.. Jangan di samakan.

Biar dia grieving sampai hati dia lega.
Dia akan tahu penat sendiri nanti.
Pengalaman sendiri sebenarnya cikgu yang terpaling baik.

Telinga dan bahu engkau sudah cukup memadai kawan !
Share/Save/Bookmark

Wednesday, November 02, 2011

Masa Terbang

Salam hormat semua !

Hari ni nak bebel kosong kosong je. Demi Aku Bukan Kamu. Biar nampak berconteng sikit.

Oh hai November. Kata orang, time flies like an arrow. Zasss ! Pejam celik dah nak sampai hujung tahun. Aku masih seperti aku yang dulu dulu. Azam yang aku lipat tiap tiap tahun pun duk terlipat lagu tu la. Tak berubah tempat. Kot la nak ada inisiatif sikit nak jalankan azam yang duk carry forward tiap tiap tahun tu kan... Harammmmm tak buat.

Menulis pun dah makin kurang. Tak lama lagi nak come out dengan projek baru. Tapi tu la, skill macam dah tumpul. Tulisan dah tak macam dulu dulu. Dah hambar. Kadang kadang je orait sikit. Kalau dulu memang selalu ada prosa yang aku lakar lakar. Sekarang ni, nak dapat prosa seperenggan pun susah. Bukan lah masalah besar pun. Sebab tu cuma hobi untuk aku isi masa senggang je. Cuma aku rasa tak berapa nak senang dengan perubahan ke gaung ni.

Agaknya dulu aku sunyi. Aku tak busy. Jadi banyak masa nak duduk sorang sorang dengan fikiran melayang. Agaknya la kan.

Phew ~
Share/Save/Bookmark