Friday, December 30, 2011

paranoia

paranoid.
sampai sekarang pun masih paranoid.
kalau nak di fikir akan perasaan takut, sampai bila bila pun kita masih duduk memeluk lutut di tepi penjuru hidup.
sampai bila bila pun hidup kita berteman sepi, menangis saban malam, ketawa jauh sekali.
sampai bila bila pun, kalau tersenyum jua pun, senyum itu senyum yang di buat buat, dipaksa paksa lekuknya.
sampai bila bila pun, anak mata tak akan ada sinarnya, suram tak bercahaya.

paranoid.
paranoid dengan lelaki yang berbagi bagi kasih.
paranoid dengan lelaki yang cintakan yang ini, sayangkan yang di sana.

sebentar.
laman ini laman perasaan.
andai tidak senang, andai rasa kurang enak, kalian dipersilakan keluar.
ya.. beredar.
biar aku teruskan bait bait tulisan aku menurut kata hati aku sendiri.

aku bertemu dengan bermacam macam jenis kawan.
dari berbagai latar belakang.
dan sejak akhir akhir ini yang sering aku jumpa,

lelaki berstatus suami, tetapi berlagak seperti bujang.
digoda perempuan perempuan sepi untuk dibuat teman berlibur.
ditabur ungkapan kasih, kata kata sayang, bernada manis sampai  boleh gila bayang jadinya.

nampak seronok.
ya nampak riak dan ekspresi seronok.
seronok kembalikan semula kelaku zaman bujang. 

sakit hati dan perasaan perempuan aku.
terluka hati aku bila membayangkan bagaimana perasaan isteri.
isteri yang meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami.
isteri yang meyakini bahawa hanya dia satu satunya suri untuk disayang sayang, dicinta cinta dan dirindu selalu.

sakit hati dan perasaan perempuan aku.

biarpun engkau kawan, tak bermakna setiap kelaku engkau aku sokong dengan sorak.
biarpun engkau kawan, yang salah pada pandangan mata aku, tetap jua aku katakan ia salah.

*hela nafas panjang*

sungguh.
ini tidak sihat untuk aku.
aku jadi semakin paranoid.

ya rabb...
gantikan bimbang aku dengan tenang.



Share/Save/Bookmark

Thursday, December 29, 2011

sorotan 2011

  1. Tertinggal telefon bimbit kesayangan atas bumbung kereta, seraya itu terus memandu ke pejabat. Arwah telefon tu.
  2. Patah hati, berguling guling.
  3. Final exam.
  4. Bertemu.
  5. Dilamar.
  6. Ditemukan yang bertemu di nombor empat tadi dengan ayah bonda.
  7. Bertemu keluarga yang bertemu di nombor empat.
  8. Hari raya puasa.
  9. Bertunang.
  10. Pelancaran buku.

Eh.. tiba tiba dah masuk tahun baru. 

Azam tahun baru? Mahu jadi pekerja yang lebih baik, anak yang lebih baik, kakak yang lebih baik.. dan tentunya ingin menjadi seorang isteri yang terbaik. 

Selamat tahun baru 2012 !

Yang no 1 tu tipu. It was on november. 
saja nak bagi cukup sepuluh !
Err.. okey alasan. sebenarnya baru teringat kejadian nya pada november.
Okeybai ! 

Share/Save/Bookmark

Pesta Penang 2011

Hye guys !!

Ekceli baru je balik dari Pest Penang. Gigih nak update malam ni jugak macam dah tak ada esok hari lagi nak update. Okey the thing is, nanti kalau tangguh esok dah tak tahu nak tulis apa. Modal semua dah hilang. Dah lupa. Well, ai bukannya muda lagi kannnn.. Memory tu low sikit. Err.. okey alasan.

Cut the crap !

Terus ke cerita Pesta Penang. Ekceli Pesta Penang adalah event yang wajib ada pada setiap tahun. Pesta akan berlansung untuk sepanjang bulan Disember. Tak sure pulak sejak bila bermula. Tapi sejak dua tahun sepuluh bulan menetap di Penang ni, sejak itu lah Pesta Penang ni ada di dalam kalender tahunan SK. Pesta Penang tahun 2011 bermula sejak 28 November tempohari dan dijadualkan berakhir pada 1 Januari 2012.

Apa yang ada di Pesta Penang?

Tarikan utamanya, permainan berbentuk taman tema fun fair yang menduga dan menggoda rembesan adrenalin you all. Antaranya permainan Vortex, Top Gun dan Challenger. Permainan yang mesti cuba ! You all je la cuba. SK tak nak. SK dah pernah cuba Challenger. Itu pun dah rasa nak tercabut jantung, siap siap mengucap masa di pusing pusing dan di baling baling tu tahu. Yang paling SK tak nak cuba permainan Vortex. Tinggi dia sampai tak muat kamera nak tangkap. Lepas tu you all akan rasa zero gravity masa di lambung turun ke bawah. You all akan terpusing pusing kat atas dengan kepala menjunam ke bawah. Lagi scary dari bungee jumping. Tak percaya korang cuba !

VORTEX

Selain tiga permainan ni, ada permainan lain yang tak buat you all nak terkencing sangat macam rumah hantu, keretapi kanak kanak, Euro Wheel, dan beberapa permainan lain yang SK tak ingat apa nama nya. Kat atas Euro Wheel ni, you all boleh tengok seluruh pulau pinang. Eh okey, tipu. SK tak ingat view dia sampai mana ekceli. Tapi yang pasti SK nampak banyak lampu lampu di tengah kota Pulau Pinang. Pasangan kekasih yang nak feeling feeling romantik tu boleh la cuba Euro Wheel. Tapi pada SK takde nak romantiknya. Bunyi bising music berdengung dengung kat sini memang boleh buat potong stim. 

RUMAH HANTU
EURO WHEELE

Selain dari berhabis duit membeli token untuk berseronok di taman tema Pesta, you all juga boleh menghabiskan sisa sisa duit dengan cara lain yakni membeli belah. Macam macam booth dibuka, dari booth makanan, sehingga lah ke booth baju, sehinggalah ke booth perusahaan industri kecil dan sederhana (IKS). Booth yang paling meriah pada malam ini, booth jualan karpet ! 

SEKSI KAN, ABANG YANG BELI KARPET NI. AI TERGODA YOU !

Masa berjalan jalan, SK ada jumpa satu booth yang unik. At first, I tough it was an antic car punya pameran ke hape. Rupanya jual minyak sapi daaa.. Unik kan presentation dia. Yang dekat boot depan tu dia susun minyak sapi untuk di jual.


BOOTH MINYAK SAPI

Selain dari booth booth jualan, ada juga pertandingan tinju tomoi dan konsert. Pada malam ini, pengunjung pesta dihiburkan dengan persembahan dari kumpulan Lefthanded. Esok, lagi meriah kata tunang SK sebab esok XPDC pulak bakal mengambil alih pentas konsert.





Untuk jakun-ness yang belum pernah ke ICT, you all boleh la feeling feeling macam pernah pergi ICT di taman lampu mini, berdekatan dengan surau di tapak pesta. 

JAKUN-NESS
DI TENGAH RAMAI DAN YA ! SEMAKIN GEMUK !
Untuk orang luar yang jarang jarang dapat jumpa pesta penang ni mungkin akan ada sikit rasa amazed jugak la dengan kemeriahan pesta. Well, masa mula mula dulu memang teruja gila. Tak pernah tahu wujud pesta gini setiap tahun and it was meriah giler ! Tapi bila dah banyak kali pergi, you all pun macam dah tak tau sangat nak buat apa. End up dengan membeli belah saja lah ! 

Well, SK pulang dengan tiga helai pashmina yang murah murah dan gojes, serta dua helai baju gojes. Kalau ai tahu pashmina tadi ada sponsor, mau sepuluh ai rembat. 

Okey tu je serba ringkas tentang Pesta Penang. Cerita pun berterabur. Patutnya SK start la dari cari parking tak dapat dapat, cari parking tempat lain, seberang jalan, cari tandas dan bla bla bla ye dok. 

Oh ye, fyi, tiket masuk untuk dewasa cuma RM6 seorang. Kanak kanak SK tak sure pulak. RM3 rasanya.

*menguap*

Okey cerita tamat. SK nak tidur. Tata

picture courtesy: Abam tunang
lensa: HTC sensation XE (raw) 


Published with Blogger-droid v2.0.2

Share/Save/Bookmark

Tuesday, December 27, 2011

checklist ticked

Dipercepatkan seminggu.
Alhamdulillah..
Sekurang kurangnya tidak bertindih dengan jadual bertugas di kolej.
Tidaklah sesusah susah mencari pengganti nanti.

Cuti untuk kerja tahun hadapan sudah mohon awal awal lagi.
Jujurnya baru sahaja lepas menghantar permohonan.
Haih.. nampak sangat gaya gaya tak sabar tu. Kikiki..

Satu bulan empat minggu lagi.
Moga dipermudahkan segala gala.



papa tak sihat. semua ini angkara nyamuk durjana.
semoga cepat sembuh.



Share/Save/Bookmark

Friday, December 23, 2011

hiatus

kelam
kelabu
mungkin jerebu
barangkali mendung

hujan
lekaslah turun

biar...

biar...

biar terbasuh kereta di laman.
Share/Save/Bookmark

Monday, December 19, 2011

Acu

Kalau sudah kenal betul, yang air muka kadang kadang keras, kadang kadang manis itu, banyak kerenahnya. Terlalu. Dalam keterbukaannya terselit sifat keanak anakan yang perlu ditangani dengan sifat yang bukan calang calang sabar.

Banyak juga buruk perangainya.
Saban hari cuba dibentuk diri agar jadi lebih terdidik.

Besar cabaran yang bakal di tempuhi untuk waktu yang akan datang nanti.
Moga moga bertambah pandai nanti. Moga moga
Share/Save/Bookmark

tak terbelah

Terkesima seketika bila di khabarkan akan perancangan perancangan yang sudah ada di kepala, dan sebahagian kecil darinya telah di laksanakan pun. Sejenak, terbit perasaan syukur di atas pertemuan yang di aturkan tuhan. Dengan izin tuhan, setuju aku pada detik yang dulu tidak akan membawa sesal, malah semoga membahagiakan sehingga nyawa terpisah dari badan nanti.

Malam itu, senyuman bahagia menghiasi hati.
Share/Save/Bookmark

Friday, December 16, 2011

Biot

"degil kamu ni, boleh menyusahkan semua orang"

I'd always love to be the decision maker and at most of the time mengenepikan pandangan orang. Degil. Sangat degil. Tak mahu dilayan seperti anak anak kecil kononnya. Sudah jemu diatur, menurut setiapnya ya atau tidak, berbetah betah jangan sekali.

*sigh*

Bonda betul. Sejak dulu dulu lagi bonda betul

"Degil kamu ni, boleh menyusahkan semua orang"

It happens. Malah selalu. Malah pada saat ini juga begitu. Everything in a mess. I'm sorry :'(
Share/Save/Bookmark

Thursday, December 15, 2011

untuk perempuan

Kenapa terlalu cepat melatah bila di duga sayang?
Terlalu rapuh, disinggung sedikit jatuh terduduk.

Sayang..
Kita ini perempuan yang dijadikan Allah dengan kelembutan berhias budi.
Mengapa masih mahu mendukung ego, seperti minyak memarakkan api?
Tak akan terjulang menang kalau mahu ditegakkan juga siapa benar siapa salah.
Tak akan bangga berpiala kalau pun terbukti yang kamu itu benar.

Kawan perempuan saya sampaikan pesan semalam malam.
Mengalah bukan kalah, malah kemenangan kecil untuk menang yang lebih besar.
Dia tak mahu kita menang.
Dibisikan ke telinga kita dengan perkhabaran dusta.
Keliru menyerbu, mananti masa membaham kalbu.
Kamu mahu begitu sahabat perempuan ku?
Dipukau bisikan dusta, menebar durja ke serata jiwa?

Sayang..
Tiada yang lebih berhak ke atas kita selain Dia yang menciptakan.
Dia yang mengurniakan, Dia juga yang terpaling berhak untuk mengambilnya semula.
Kalau di mahu sesuatu itu terjadi, maka terjadi lah.
Oleh kerana begitu aturannya, kebergantungan kita sudah tentu hanya kepadaNya

Sayang..
Semoga terpelihara akan kamu, di hembus tenang dalam jiwamu
Jangan diturut akan nafsu, terpesona bisikan palsu
Moga terpujuk kalbu, meminta pada yang satu
Share/Save/Bookmark

Wednesday, December 14, 2011

No relationship is all sunshine...but two people can share one umbrella if they huddle real close

Untuk bakal suami...



ingat lagi malam itu?

malam yang tak sejuk, tak juga panas
kita berbual seperti lazimnya
berbual perkara biasa-biasa
awak kata awak sayang saya
awak lamar saya
saya tatap mata awak, mencari-cari ketulusan dari bait-bait yang buat jantung saya berdegup laju-laju
dengan muka separa sengal, saya tanya awak
awak main-main ke, betul-betul
awak bilang, sungguh awak nak memperisterikan saya
saya senyum
saya malu
saya rasa muka saya dah merah
tapi kulit saya tak putih
nampak ke muka saya merah?
tapi saya tetap rasa muka saya merah

ermm.. oh dan atas lamaran itu
saya setuju

awak tahu?
dari hari saya setuju menjadi isteri
saya tak mahu toleh ke belakang lagi
saya mahu terus berjalan ke hadapan seiringan dengan awak
saya simpan semua kenangan saya yang dulu-dulu
saya kunci ketat-ketat dalam satu peti
sejak itu saya tak pernah mahu buka lagi
yang saya tahu, saya cuma ada awak

awak tahu?
saya manusia yang jauh dari sempurna
saya manusia yang banyak cacat dan cela
saya harap awak dapat terima saya apa adanya
sebab saya bukan siapa-siapa
tidak lah lawa mana
harta pun tak ada

awak tahu?
saya perempuan manja
terkadang mengada-ngada
adakala tidak cukup matang menilai sesuatu perkara
saya juga cuma ada sekeping hati yang pernah rabak
tapi saya dah jahit semula
hati saya juga terlalu mudah diperonyok
macam label kat kotak warna coklat
"fragile, handle with care"
konon je saya ni macam kaklong kawasan
muka eksen
sembang kencang
orang yang dengar jadi bimbang
hakikatnya saya sangat murah dengan air mata
jadi, saya harap nanti kalau saya menangis
awak akan genggam jemari saya
kesatkan air mata saya
kucup dahi saya
dakap saya, belai rambut saya

saya harap, kasih sayang awak kepada saya berpanjangan sampai kita sama-sama tua
sampai kita mati nanti

awak tahu
sedikit demi sedikit saya belajar tentang awak
sebab sebelum ini awak asing dalam hidup saya
jadi saya perlu masa untuk kenal awak dengan lebih dalam
untuk memahami awak
mengerti awak
membaca isi hati awak

jadi, kalau ada khilaf saya
maafkan saya
bimbing saya

dan kalau benar saya ini pemilik tulang rusuk kiri awak
saya nak awak tahu
saya ini sifatnya keras dan bengkok
jadi, lentur saya dengan penuh kelembutan dan kasih sayang
saya juga yakin
awak mampu bimbing saya ke jalanNya
mampu menjadi nakhoda, mengepalai rumah tangga yang terbina di atas akad

awak..
awak pernah tanya saya
saya happy ke dengan awak
jujurnya, saya happy
saya bahagia
tapi saya tahu
kita tak akan mampu untuk ketawa hari-hari
adakala, mungkin perlakuan saya boleh membuatkan hati awak sakit
dan adakala, mungkin perlakuan awak boleh membuatkan hati saya sakit
tapi, kita mesti sama-sama kuat
sama-sama tahu beralah
sama-sama simpan kuku ego
sama-sama toleransi dan bertolak ansur
paling penting, sama-sama kena sabar

seperti kata-kata ini,

"No relationship is all sunshine...but two people can share one umbrella if they huddle real close"~twitter 


awak..


saya ada banyak lagi nak tulis
tapi...
aaa.. kejap
saya rasa kan
saya dah penat tulis panjang-panjang
lain kali saya sambung
tata.








from my very own post in TERFAKTAB






Share/Save/Bookmark

dadu

seperti dadu
tak di baling, entah apa hasilnya kita pun tak tahu
kalau di baling, bimbang dapat tiga sedang kita mahu enam
Share/Save/Bookmark

Monday, December 12, 2011

sod ba ro. apa bunyinya adik adik?

Tadi malam, diselongkar merata almari dan laci. Mencari barang yang hilang. Sudahnya barang yang hilang tak di jumpa jumpa, ditemukan pula dengan benda lain.

Diari 2007/2008

Lupa sekejap dengan barang yang mahu dicari tadi. Diteliti satu persatu isi diari yang telah lama tidak dibuka. Malah sejak berganti tahun, memang tidak dibuka lansung. Lupa di mana tersimpan. Bila ketemu, lansung dibawa diari ke sofa. Dibelek belek macam baca novel pula.

Rupanya banyak perkara yang kita tak ingat kalau kita tak catatkan.
Lupa itu perkara sampingan saja. Pokoknya sekarang, apa yang mahu diceritakan ini tentang sabar.
Kita berangan angan, kita meminta minta, malah saban hari meminta minta, tapi tak kunjung tiba perkenannya. Sampai kadang kadang kita jadi jemu. Tak mahu lagi meminta. Tak mahu lagi berharap apa apa.

Rupa rupanya kita ini sebenarnya manusia yang alpa.
Kita ini manusia yang mudah sangat lupa.
Dan sebenarnya kita ini manusia yang nipis sabar.

Seorang teman pernah beritahu, kalau kita benar benar mahukan sesuatu, jangan jemu berdoa. Jangan pernah rasa penat meminta. Sebab kalau kita berhenti, mungkin kita akan menyesal sampai bila bila. Kalaulah misalnya pada doa yang ke sembilan puluh sembilan kali itu kita berhenti, dan sebenarnya mahu dibukakan hijab, di perkenankan doa kita itu pada kali yang keseratus, maka rugilah kita. Rugi lah kita kerana tidak cukup sabar.

Berbalik pada isi diari tadi.
Banyak yang diangan angankan, dan telah pun diperkenankan. Permintaan itu pula bukan makan masa sebulan dua, bukan juga setahun, malah antara dua hingga empat tahun kemudian, baru diperkenankan hajat yang diminta.

Allah akan beri.
It's just a matter of time.
Juga sesabar mana kita menunggu.

Diminta rezeki di negeri orang, dapat kerja di pulau pinang pada dua tahun kemudian.
Diminta lorongkan rezeki untuk memiliki sebuah kereta, juga diperkenankan dua tahun kemudian.
Dan.. kikiki..
Disenaraikan panjang lebar ciri ciri lelaki pilihan pun... telah di perkenankan empat tahun kemudian.

Cantik takdir hidup kita disusun oleh Allah kan?
Permintaan kita, cuma diuji sedikit dengan masa saja.
Pokok pangkalnya sabar kita.

Sabar itu bunga bunga kemanisan.
Membuahkan kebahagiaan.
Share/Save/Bookmark

Thursday, December 08, 2011

hitam - putih

Bella.
Yang malam semalamnya sibuk mengacau mami
yang sedang sibuk.
Geram. Grrrr ~


Macam selalu, duduk di rumah, berdua saja.
Berdua dengan si putih yang namanya Bella ni.

=)

Kalau tahun yang dulu dulu, jangan harap nak berdamping berdua macam ni. Nampak kelibat kaum kerabat Bella ni saja pun boleh buat naik bulu roma, apatah lagi nak tinggal bersama. Dulu takut sangat dengan kucing. Masa zaman kampus dulu, pernah terlupa rapatkan pintu sepulangnya dari bilik air. Tiba tiba saja dengar bunyi mengiau. Terkejut tu tuhan saja yang tahu. Cepat cepat larikan diri, melompat atas katil. Lepas tu terjerit jerit mintak tolong. Sudahnya kakak di sebelah bilik terkocoh kocoh datang bertanyakan kenapa. Ketawa dia akhirnya. Nak mintak tolong keluarkan kucing saja pun.

Takut kucing dulu bukan takut yang main main. Memang takut betul. Sampai lah ke umur yang dah tua bangka ni, bersahabat baik dengan pencinta kucing. Selalu juga bermalam di rumah sahabat. Berbelas kucingnya. Sayang benar mama dengan kucing kucing yang berbelas itu. Oh ya, mama ni, bonda kepada sahabat. Dipanggil mama. Mengada ngada kan? Tak cukup dengan bonda di kampung, di negeri orang pun nak cari bonda lagi satu.

Bila dah selalu sangat di rumah mama, takut pula dengan kucing, maka selalulah menjadi mangsa buli. Di letaknya kucing di atas riba. Disakat sakat dengan kucing tu memang selalu. Lama lama, yang takutkan kucing ni pun jadi jinak dengan kucing. Walhal kalau bertahun dulu memang lari kalau di suakan kucing. Tapi sekarang, bila berkunjung ke rumah mama, mesti cari kucing. Paling suka sekali dengan yang warna oren. Namanya Nyomel.

Memang dah takdir, yang kita tak suka dulu itu lah yang di datangkan ke kita. Bertunang pula dengan pencinta kucing. Dah bercinta dengan babah kucing, maka secara tak lansung makin kuat juga lah perasaan terhadap kucing.

Mudah manusia berubah kan?
Semua atas kehendak kita sendiri.

Sama lah juga dengan ibadah kita, tanggungjawab kita.
Kalau di asuh diri kita, mesti mampu kita laksana.

Alhamdulillah sekarang dah berhijab. Bukan sekadar pakai ke pejabat saja, malah ke mana saja. InsyaAllah. Niatnya dulu, umur empat puluh baru nak pakai betul betul. Lepas tu bertukar perancangan lagi. Cadangnya mahu pakai selepas berumahtangga pula. Tapi kita cuma mampu merancang kan?

Bila di beritahu pada ayah, ayah seronok.

Moga moga tak akan berpaling lagi hati ini.

Ah Bella ni. Dari tadi lagi ganggu mami menaip. Asal nampak bergerak je, nak terkam. Kadang kadang geram. Tapi seronok. Ada kawan untuk ajak bercakap walau kadang kadang dia tak faham apa apa. Ada kawan untuk di ajak bergaduh, nak nak kalau di ganggu di cakar cakar tangan mami.

Okey dah. Nak gomol gomol Bella. Nak ramas ramas muka dia. Nak buli dia. Biasa tu. Suka kacau mami.



Tunang ke luar kawasan. Bermalam  pula.
Tak tahu lah kenapa. Kalau ke mana mana, tidak di dalam pulau pinang,
rasa sedih je hati. Rindu barangkali. 

Khabarnya belum sampai lagi.
Selagi tak tiba berita katanya sudah sampai, jangan harap mata ini mahu lelap.

Share/Save/Bookmark

Tuesday, December 06, 2011

natural birth

Yes ! SK gedik !

Sejak dua menjak rajin sangat buat research on natural birth. Kadang kadang kita fobia dengan rasa sakit, so alternatifnya ada ibu ibu yang ambil suntikan epidural, which is not very good for mommy herself.

Macam dalam entry yang lepas lepas, SK tulis tentang water birth. Masih tak puas hati sebab tak jumpa lagi fees untuk water birth kat Malaysia ni. Suddenly masa browse on net tadi, terbaca blog Dr Harlina, and according to her, it cost RM500/ not including the charges for room and other expenses. Next mission is to search for the availability of water birth in hospitals near Penang.

Hihi. Gedik !

You know what, SK jumpa satu lagi benda baru, that is HypnoBirthing. HypnoBirthing ni menggunakan teknik hipnosis during the time of delivery. Dikatakan HypnoBirth mampu mengurangkan kesakitan, dan buat kita relaks since the hypnosis itself akan buat kita merembeskan hormon endorphin yang berfungsi untuk meredakan ketegangan dan block kita punya rasa sakit. SK masih lagi duk mencari informasi informasi yang lain and for those yang nak tahu HypnoBirthing tu basically macam mana, care to klik HERE.

SK nak sambung mencari, and lepas tu nak siapkan assignment. SK tinggalkan you all dengan dokumentari HypnoBirthing.



Till then, take care and eat well okey. Tata !



dah jadi mami kucing. 
impian seterusnya of course la nak jadi mak budak pulak.
moga moga dimurahkan rezeki selepas berumahtangga nanti.
=)

Share/Save/Bookmark

14 Perkara Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

Tarikh Hari Asyura (10 Muharram 1433H/6 Disember 2011)
Berikut adalah 14 perkara yang sunat untuk dilakukan oleh orang Islam apabila menjelangnya hari Asyura ini.
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.
Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin.
Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah.
Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat.
Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah.
Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri.
Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat.
Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
9. Bercelak.
Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X.
Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”.
Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa.
Fadilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
dikopipes sebijik sebulat dari: Oh Islam

Share/Save/Bookmark

Sunday, December 04, 2011

4.12.1983

Semoga along bahagia sampai ke tua macam ibu dengan ayah.
Semoga along juga akan peroleh sebuah rumahtangga yang gembira dan seronok macam yang ibu dan ayah ada.
Semoga nanti along dengan suami selalu bersenda gurau macam ibu dengan ayah.
Semoga nanti suami along penyabar macam ayah.
Semoga nanti along setia dan cekal macam ibu.
Semoga nanti tuhan berkati along dan suami macam tuhan berkati rumahtangga ibu dengan ayah.
Semoga nanti kekuatan kasih sayang ibu dengan ayah menjadi contoh untuk kami.
Semoga nanti rumahtangga along kaya dengan kasih sayang dan cinta macam rumahtangga ibu dan ayah.
Semoga nanti along menjadi perempuan yang paling kaya dalam dunia macam ibu, sebab di kasihi ayah.
Semoga nanti along mampu berbakti sesetia ibu berbakti kepada ayah.

Semoga nanti..
Ya.. semoga Ibu dan Ayah di rahmati dan di limpah kurniakan kasih sayang dan kebahagiaan berpanjangan.

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan yang Ke - 28 !
Share/Save/Bookmark

Saturday, December 03, 2011

selangkah

Manusia. Manusia itu kita.
Kita ini makhluk yang boleh berubah pada bila bila masa saja yang kita mahu.
Kalau semalam di mulut kita penuh dengan kata cerca.
Hari ini mungkin kita berubah menjadi manusia yang lebih santun.

Kalau semalam kita masih lagi dengan tabiat ke disko saban malam.
Hari ini mungkin kita hanya akan duduk di rumah, menonton TV bersama keluarga.
Atau mungkin melakukan perkara perkara yang selainnya dari apa yang pernah kita buat hari hari.

Tapi perubahan bukan sesuatu yang mudah di lakukan.
Apatah lagi bila sesuatu itu sudah terlalu bersebati dengan kita.
Tapi dengan willpower yang luar biasa, mesti kita mampu kan?

Cumanya, dogma masyarakat terhadap kita sahaja yang tak mampu kita ubah.

Yang itu, biarkan.
Asal saja kita mahu kembali, setiap langkah pasti akan di permudahkan.

Rabbana la tuzigh qulubana ba' daiz hadaitana wahablana milladunkarahmah, innakaantal wahhab.



take one step at a time



Share/Save/Bookmark

Thursday, December 01, 2011

dengan dua orang ini, aku memang menyerah.

Degil. Keras kepala. Cekal. Tabah. Keras. Kasar. Membantah bantah.
Ini di mata orang lain.
Cuma di mata orang lain.

Tapi dengan dua orang ini, hanya dengan dua orang ini..
Yang sekeras batu melebur seperti besi yang di bakar api.
Seperti air batu di tengah panas matahari.

Kalah.
Murah air mata.
Sikit perkara pun boleh berjauh hati.
Selalu tidak sampai hati mahu berbantah.

Tahu siapa dua orang ini?



Yang pertama bonda.
Yang kedua arjuna.
Share/Save/Bookmark

pakcik . makcik

Aturan Allah ni cantik.
Kalau pun dah lama dijentik rasa, tak di gerakkan hati pada ketika itu untuk datang dekat.
Sebab.. masa itu belum sesuai.
Masa itu belum cukup cantik.
Tuhan sudah sediakan suatu masa yang benar benar cantik untuk di terjadikan sesuatu itu.

Kemudian masa yang cantik itu tiba.
Yang roboh di bersihkan sisa.
Di terbinakan pula yang lebih indah.


Errr.. eh dah la tu.

Nak buat kerja. Okeybai !




makcik rindu 

Share/Save/Bookmark