Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Kekuatan

Pinjamkan laki-laki yang aku namakan suami Kerana pada setiap ketawa dan gembira Di saat menangis dan kecewa Cahaya di wajahnya mendamaikan segala Dalam harapan yang aku rangkai satu persatu Biar lah dipinjamkan lama Sehingga ke akhir usia Kasihnya sederhana Sayangnya berpada pada Jatuh disambut Lemah didukung Berdarah diubati Pinjamkan laki-laki yang aku namakan suami Kerana apabila dunia menjadi kejam Kebejatan menyiat nyiat Aku bukan lah wanita yang penuh upaya Berpaut kepadanya paling aku berdaya Pinjamkan laki-laki yang aku namakan suami Lebih lama. Sampai akhir usia.

"Every rose has its thorn"

Pernah tak bila keluar makan dengan kawan kawan atau dengan partner, kita rasa makanan yang dipesan oleh kawan kawan atau partner kita lebih sedap dan lebih tempting dari makanan yang kita pesan? Pernah tak kita rasa pasangan orang lain lebih baik dan lebih penyayang dari pasangan yang kita kahwini? Pernah tak bila kita tengok satu keluarga bahagia duduk makan bersama sama, kita rasa pemandangan itu lebih indah dari apa yang sedang kita lalui iaitu makan berdua dan cuma berdua? Pernah tak kita rasa teringin sangat nak pakai kereta macam kereta orang sebelah kita sewaktu kita terpandang akan ia ketika berhenti di lampu trafik? Pernah kan? Kita semua pernah dan sering merasa apa yang dipunya orang lebih indah dari apa yang kita punya. Orang perancis kata:                  "Every rose has its thorn" Dalam keindahan hidup orang lain, sebenarnya ada sisi tidak indahnya yang kita tidak tahu. Begitu juga lah dengan hidup kita. Or...

isteri

.. dan semoga aku lah satu-satunya bidadari di dunia ini untuk dicintai untuk dikasihi untuk dirindui menjadi isteri sampai mati. .. dan semoga aku jua lah ketua bidadari di syurga yang abadi.

#SK'sTTCJourney: Pil Perancang Kehamilan

Hari ini usia perkahwinan aku dengan bang ekhsan menjangkau dua tahun satu bulan satu minggu dan empat hari. Pehh steady la sebab boleh ingat sampai ke bilangan hari. Sebenarnya propa je. Kalau korang skrol sampai bawah korang akan nampak daisypath sticker. Natang tu yang tolong kirakan. Sampai sekarang, kami masih berusaha cuma aku ni kadang kadang jadi on off sebab ada satu masa tu tiba tiba je rasa down. Rasa putus asa. Lepas tu terus tak nak buat apa apa. Suppliment pun tak nak makan. Ngade sangat ! Last week pi jumpa doktor untuk dapatkan consultation. Aku nak cuba kaedah rawatan menggunakan pil perancang. Sejak kahwin, cycle aku jadi semakin haywire and aku pun tak tahu kenapa. Pernah cycle aku mencapai enam puluh hari. Masa tu tak payah nak kata la. Seminggu sekali berulang pi watson sebab nak beli UPT kit. Berhabis juga duit masa tu. Watson jugak yang untung. Kakaka ! Berbalik kepada kaedah pil perancang tadi, sebenarnya aku nak fokuskan kepada membetulkan semula cycle ya...

ejen kebahagiaan

Jangan tidur dengan emosi yang negatif  - Prof Muhaya That's why la kalau kadang-kadang aku dengan bang ekhsan ada salah faham ataupun aku ada buat bang ekhsan sentap or vice versa sebelum masuk tidur aku akan minta maaf dengan bang ekhsan and tanya adakah bang ekhsan masih marah atau tidak. Ikhlas maafkan atau tidak. And aku akan beritahu kalau masih ada rasa tak puas hati ke apa ke cakap aje. I will try my best to settle everything before sleep sebab aku tak nak nanti masing-masing tidur dalam keadaan yang tak habis. There is still an unfinished business inside our soul and this may lead to a dull and unhappy relationship. Jadi hari ini kalau lah ada kita buat salah, minta maaf lekas lekas. Jangan biar berlanjutan dan akhirnya kita tidur dengan emosi yang tak elok. Kalau pun ada orang buat salah dengan kita, lekas lekas maafkan. Kita kalau tidur dengan mood yang elok, nak bangun esok pagi pun senang. Bangun pagi pun ceria. Bila ceria muka pun tak cepat tua. Hidup kita pi...