Sunday, April 06, 2014

#SK'sTTCJourney: Pil Perancang Kehamilan

Hari ini usia perkahwinan aku dengan bang ekhsan menjangkau dua tahun satu bulan satu minggu dan empat hari. Pehh steady la sebab boleh ingat sampai ke bilangan hari. Sebenarnya propa je. Kalau korang skrol sampai bawah korang akan nampak daisypath sticker. Natang tu yang tolong kirakan.

Sampai sekarang, kami masih berusaha cuma aku ni kadang kadang jadi on off sebab ada satu masa tu tiba tiba je rasa down. Rasa putus asa. Lepas tu terus tak nak buat apa apa. Suppliment pun tak nak makan. Ngade sangat !

Last week pi jumpa doktor untuk dapatkan consultation. Aku nak cuba kaedah rawatan menggunakan pil perancang. Sejak kahwin, cycle aku jadi semakin haywire and aku pun tak tahu kenapa. Pernah cycle aku mencapai enam puluh hari. Masa tu tak payah nak kata la. Seminggu sekali berulang pi watson sebab nak beli UPT kit. Berhabis juga duit masa tu. Watson jugak yang untung. Kakaka !

Berbalik kepada kaedah pil perancang tadi, sebenarnya aku nak fokuskan kepada membetulkan semula cycle yang haywire. Tapi doktor ada cakap. Kalau dah cuba sampai tiga bulan and masih tak berkesan dan tak dapat membetulkan cycle, berhenti. So for now aku tengah tunggu miss P datang je ni. Dia datang je terus aku on pil perancang. Sebelum ni aku dah cuba clomid selama enam bulan. Still tak ada hasil apa apa. Hopefully kaedah pil perancang ni mendatangkan hasil kepada cycle yang selama ini tunggang terbalik.

Eskay sabar okay. Eskay jangan malas usaha !


Till then, tata !!


Reactions:

1 orang cakap:

hadintan said...

Shira.. kita dulu pun mcm shira jugak.. period xteratur.. bila g check kita ada masalah retroverted uterus & ovum x matang.. nnti buka blog kita.. kita citekan masalah nk pregnant kita dulu..