Kesakitan itu adalah kebiasaan buat seorang perempuan Menelan setiap cercaan dan amarah seorang laki laki Tidak pula dia mampu membalasnya kembali Demi sebuah syurga yang didamba kedepan hari Adalah sebuah kesakitan membisa, membengkak di seluruh pelosok jiwanya. Kesakitan itu adalah kebiasaan buat seorang perempuan Seperti dipatah segala tulang temulang Tetap jua berjuang demi sebuah nyawa yang suci dan baharu Ditatang jua dengan seluruh sayangnya Apabila jiwa baharu itu sudah cukup akalnya Dilukakan pula jiwa perempuannya dengan dendam anak remaja. Kesakitan itu adalah kebiasaan buat seorang perempuan Dan kerana limpahan cinta kasihnya Segala kesakitan itu tidak pernah membunuhnya mati Biarpun seribu luka berparut di kelopak hatinya.