Kesakitan itu adalah kebiasaan buat seorang perempuan
Menelan setiap cercaan dan amarah seorang laki laki
Tidak pula dia mampu membalasnya kembali
Demi sebuah syurga yang didamba kedepan hari
Adalah sebuah kesakitan membisa, membengkak di seluruh pelosok jiwanya.

Seperti dipatah segala tulang temulang
Tetap jua berjuang demi sebuah nyawa yang suci dan baharu
Ditatang jua dengan seluruh sayangnya
Apabila jiwa baharu itu sudah cukup akalnya
Dilukakan pula jiwa perempuannya dengan dendam anak remaja.

Dan kerana limpahan cinta kasihnya
Segala kesakitan itu tidak pernah membunuhnya mati
Biarpun seribu luka berparut di kelopak hatinya.

Comments