Aidilfitri adalah hari yang sukar untuk kita cari ganti. Ia lebih dari sekadar bergaya dengan busana berbagai warna. Ia lebih dari sekadar menjamu selera dengan juadah bermacam rasa. Ia lebih dari sekadar gelak ketawa yang bergema. Ia lebih dari sekadar gambar gambar kemesraan yang dikongsi di alam maya. Aidilfitri sebenarnya mencambahkan putik putik kebahagiaan. Keluarga dari jauh dan dekat berkumpul, bertukar cerita. Masa begini jugalah kita dapat lihat sepupu sepapat yang hampir sama baya bermain dan bersenda, riang dan ketawa. Aidilfitri juga bukan sekadar memberi sampul raya dan bertukar salam semata. Ia mengajar kita tentang kebahagiaan dalam memberi dan menerima. Betapa senyuman anak anak yang riang menerima pemberian sebenarnya menerbitkan kebahagian di dalam hati setiap dari kita. Malah memberi sampul raya kepada adik yang sudi mengorbankan cuti demi menjaga tolgate di lebuh raya juga sebenarnya adalah kebahagiaan. Gembira sedikit hatinya yang resah kerana tidak ...