Skip to main content

CARA MENUNAIKAN IMPIAN BAGI YANG BELUM KAYA


Bang Ekhsan ajar, kalau nak beli apa apa barang yang akak teringin tu, kumpul lah duit. Akak gemar sangat dengan aplikasi dan sistem yang digunapakai apple. Jadi akak nak tukar la telefon zaman do'an akak ni dengan model yang paling terbaharu. Nampak pun cantik dan sedap. Jadi akak pun kumpul lah duitnya sedikit demi sedikit. Akak ambil idea Bang Ekhsan untuk kumpul not dua puluh yang warna jingga tu. Iye lah kan, seronok sikit rasa nak kumpul tu. Bila dapat not dua puluh je, akak senyum lebor. Tak sabar nak simpan dalam sampul. Hari berganti hari, hasil yang akak kumpul makin bertambah. Tetapi masih jauh dari mencukupi. Tiba tiba akak terbaca rumours di internet, apple akan lancarkan masterpiece terbaharunya pada september ini. Akak ni ada rasa sedikit kecewa lah. Ralat pun ada sebab tindakan akak mengumpul dana ni lambat sangat. Menyesal akak tak kumpul dari dulu. Dulu puas Bang Ekhsan membebel suruh akak menabung, tapi akak buat tak peduli je. Seronok menghabiskan duit membeli barang online yang tidak mendatangkan apa apa kebaikan tu. Physical stores punya melambak dan barang yang dijual pun serupa je dengan yang dijual di atas talian. Jimat pun jimat sebab tak payah membazir enam ringgit untuk kos penghantaran. Dah keinsafan pun lambat tiba, maka menyesal pun tidak berguna lagi. Semunya kerana sikap sendiri yang terlalu menurutkn nafsu dan trend semasa. Padahal garment yang diterima pun banyak kali dah tak menepati spek dan tak muat ! Tapi gagah jugak nak shopping online. Itu lah kan.. sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. 

Akak syak bulan sembilan tahun depan je lah baru akak mampu beli telefon baharu. Lain lah kalau tiba tiba terpijak rezeki besar, durian runtuh bertalu talu.. hah masa tu akak joli katak la. Kita yang masih belum kaya lagi ni beringat lah selalu. Jangan membeli selagi kita tak mampu. Kalau nak membeli, kumpul duit. Jangan jerat diri sendiri dengan hutang. Sudah lah kereta dan rumah pun kita beli dengan cara berhutang. Benda lain pun tak kan nak berhutang juga kan? 

Kepada Bang Ekhsan, terima kasih ! I love you so strong !!


p/s: Bang Ekhsan juga belum lagi menjadi kaya. Oleh sebab itu Bang Ekhsan mendidik akak begitu. Doa doakan lah kami cepat kaya. Kalau aku kaya hari hari hari raya. iPhone5 iPhone6 akak belanja selamba !




Comments

Popular posts from this blog

Kopi Dulu...

Hai Assalamualaikum.. Rindu nak blog, share apa yang kita rasa, apa yang kita baca, apa yang kita lihat, atau apa sahaja perkara yang kita rasa elok. Atau mungkin sesuatu yang boleh inspire orang. To those yang pernah follow blog ni mesti akan wonder eh why lah banyak post dah takde? Eh ke you all tak perasan lansung? Blog scene kan dah tak semeriah dulu. Kan? Well.. Sebahagian besar dari posting terdahulu telah dipadam. I want to starts new. Kira macam rebrand balik lah ni kan. To those yang baru je jumpa atau baca blog ni, I would love to introduce myself. You can call me Shira. A wife to a wonderful husband that I always look up to, and a mother to one adorable son. So semoga blog dengan nafas baru ni tak seperti bernafas dalam lumpur lagi. Till then.. Have a good day and don't forget to kopi dulu ...

TEAMBUILDING JABATAN BENDAHARI 2014

Weekend hari tu pejabat akak buat teambuilding pi Tasik Temenggor. Kami makan tidoq semua dalam boathouse, pi jungle tracking, pi mandi sungai semua. Seronok. It was an awesome and incredible experience I can say. Tambah pulak courtesy dari boatman yang sangat bagus. Kami semua memang enjoy ! Masa mula mula sampai. Kami naik di jeti pulau banding.  Sementara duk ada lagi line telepon, maka adalah lebih afdol kalau akak call bang ekhsan berborak sekejap. Nanti takdak line susah pulak. Berat dada akak menanggung perasaan rindu dendam. Huk ! Di dapur, kak Hasanatul sedang sibuk menyediakan minum petang.  Lawatan pertama, ke kampung orang asli. Akak lupa apa nama kampung dia. Masa ni baharu lepas hujan. Tanah licin nak mampoih.  Kami parking kat sini. Masa ni petang dah dan hujan renyai renyai. Kami tidoq kat sini malam ni.  Tengah duk layan tengok TV sambil mengantuk. Ataih bot ni ada astro baq ang ! Di dalam gambar ini ada Aimi, Wizana. ...