Skip to main content

Posts

MURNI BUMI PALESTINE

Kota ini kota yang tidak pernah sunyi Bahkan ia tidak pernah mati Biarpun beribu riwayat terhenti Walau jiwa berani pulang menemui Illahi Kota ini tidak sekali-kali sunyi dan mati. Tanah yang seharusnya subur murni Menggeletar menahan jejak yang berlari Berlumba dengan bedilan berapi Tidak sekali mereka takutkan mati Bahkan teguh membenteng bumi sendiri. Palestin, tanah berlumur darah suci Hiduplah kembali seperti apa yang dijanji janji Semangatmu yang sehangat api Menyalakan setiap titip doa kami Hiduplah Palestine, kota yang tidak pernah sunyi dan mati.  SK Pulau Pinang, 2014

dunia yang baharu

Alangkah indah dunia pada zaman hitam dan putih Ketika sindiran ditinta halus bersulam madah Ketika mengumpat cuma lah hobi masa terluang Sambil menunggu air mendidih Sambil menanti suami pulang Sambil menyikat kutu si sunti di kepala. SK 2014

Kesakitan dan Perempuan

Kesakitan itu adalah kebiasaan buat seorang perempuan Menelan setiap cercaan dan amarah seorang laki laki Tidak pula dia mampu membalasnya kembali Demi sebuah syurga yang didamba kedepan hari Adalah sebuah kesakitan membisa, membengkak di seluruh pelosok jiwanya. Kesakitan itu adalah kebiasaan buat seorang perempuan Seperti dipatah segala tulang temulang Tetap jua berjuang demi sebuah nyawa yang suci dan baharu Ditatang jua dengan seluruh sayangnya Apabila jiwa baharu itu sudah cukup akalnya Dilukakan pula jiwa perempuannya dengan dendam anak remaja. Kesakitan itu adalah kebiasaan buat seorang perempuan Dan kerana limpahan cinta kasihnya Segala kesakitan itu tidak pernah membunuhnya mati Biarpun seribu luka berparut di kelopak hatinya.

Kekuatan

Pinjamkan laki-laki yang aku namakan suami Kerana pada setiap ketawa dan gembira Di saat menangis dan kecewa Cahaya di wajahnya mendamaikan segala Dalam harapan yang aku rangkai satu persatu Biar lah dipinjamkan lama Sehingga ke akhir usia Kasihnya sederhana Sayangnya berpada pada Jatuh disambut Lemah didukung Berdarah diubati Pinjamkan laki-laki yang aku namakan suami Kerana apabila dunia menjadi kejam Kebejatan menyiat nyiat Aku bukan lah wanita yang penuh upaya Berpaut kepadanya paling aku berdaya Pinjamkan laki-laki yang aku namakan suami Lebih lama. Sampai akhir usia.

"Every rose has its thorn"

Pernah tak bila keluar makan dengan kawan kawan atau dengan partner, kita rasa makanan yang dipesan oleh kawan kawan atau partner kita lebih sedap dan lebih tempting dari makanan yang kita pesan? Pernah tak kita rasa pasangan orang lain lebih baik dan lebih penyayang dari pasangan yang kita kahwini? Pernah tak bila kita tengok satu keluarga bahagia duduk makan bersama sama, kita rasa pemandangan itu lebih indah dari apa yang sedang kita lalui iaitu makan berdua dan cuma berdua? Pernah tak kita rasa teringin sangat nak pakai kereta macam kereta orang sebelah kita sewaktu kita terpandang akan ia ketika berhenti di lampu trafik? Pernah kan? Kita semua pernah dan sering merasa apa yang dipunya orang lebih indah dari apa yang kita punya. Orang perancis kata:                  "Every rose has its thorn" Dalam keindahan hidup orang lain, sebenarnya ada sisi tidak indahnya yang kita tidak tahu. Begitu juga lah dengan hidup kita. Or...

isteri

.. dan semoga aku lah satu-satunya bidadari di dunia ini untuk dicintai untuk dikasihi untuk dirindui menjadi isteri sampai mati. .. dan semoga aku jua lah ketua bidadari di syurga yang abadi.

#SK'sTTCJourney: Pil Perancang Kehamilan

Hari ini usia perkahwinan aku dengan bang ekhsan menjangkau dua tahun satu bulan satu minggu dan empat hari. Pehh steady la sebab boleh ingat sampai ke bilangan hari. Sebenarnya propa je. Kalau korang skrol sampai bawah korang akan nampak daisypath sticker. Natang tu yang tolong kirakan. Sampai sekarang, kami masih berusaha cuma aku ni kadang kadang jadi on off sebab ada satu masa tu tiba tiba je rasa down. Rasa putus asa. Lepas tu terus tak nak buat apa apa. Suppliment pun tak nak makan. Ngade sangat ! Last week pi jumpa doktor untuk dapatkan consultation. Aku nak cuba kaedah rawatan menggunakan pil perancang. Sejak kahwin, cycle aku jadi semakin haywire and aku pun tak tahu kenapa. Pernah cycle aku mencapai enam puluh hari. Masa tu tak payah nak kata la. Seminggu sekali berulang pi watson sebab nak beli UPT kit. Berhabis juga duit masa tu. Watson jugak yang untung. Kakaka ! Berbalik kepada kaedah pil perancang tadi, sebenarnya aku nak fokuskan kepada membetulkan semula cycle ya...