Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

Goyah?

Penafian:
Tulisan ini berdasarkan penglihatan dan pengamatan penulis.

-------------------------------------

Dalam dunia yang serba mencabar ini, suami isteri masing-masing berlumba untuk mencari punca pendapatan yang cukup untuk menampung keperluan sehari-hari. Kadang-kadang suami isteri jadi jarang bertemu. Dalam seminggu ada lah bertemu empat hari. Ada pula yang bertemu hari-hati tetapi cuma bertemu setelah malam hampir tua. Yang lebih menyedihkan, ada yang cuma punya masa pada hari minggu untuk bertemu dengan pasangan masing-masing akibat tuntutan tugas yang memaksa mereka tinggal berjauhan.

Sudahlah jarang bertemu, bila bertemu masing masing terlalu sibuk dengan kehidupan di dunia yang kedua. Masing masing sibuk merumit telefon pintar. Leka bermain aplikasi permainan, leka berbalas whatsapp, leka menilik twitter, leka yang leka seleka lekanya. Terlalu leka sampaikan kita lupa akan kewujudan pasangan kita. Leka sehingga kita lupa bahawa kita sebenarnya tidak lansung mempunyai masa …