Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

Salam Aidilfitri

Aidilfitri adalah hari yang sukar untuk kita cari ganti. Ia lebih dari sekadar bergaya dengan busana berbagai warna. Ia lebih dari sekadar menjamu selera dengan juadah bermacam rasa. Ia lebih dari sekadar gelak ketawa yang bergema. Ia lebih dari sekadar gambar gambar kemesraan yang dikongsi di alam maya.
Aidilfitri sebenarnya mencambahkan putik putik kebahagiaan. Keluarga dari jauh dan dekat berkumpul, bertukar cerita. Masa begini jugalah kita dapat lihat sepupu sepapat yang hampir sama baya bermain dan bersenda, riang dan ketawa. Aidilfitri juga bukan sekadar memberi sampul raya dan bertukar salam semata. Ia mengajar kita tentang kebahagiaan dalam memberi dan menerima. Betapa senyuman anak anak yang riang menerima pemberian sebenarnya menerbitkan kebahagian di dalam hati setiap dari kita. Malah memberi sampul raya kepada adik yang sudi mengorbankan cuti demi menjaga tolgate di lebuh raya juga sebenarnya adalah kebahagiaan. Gembira sedikit hatinya yang resah kerana tidak dapat beraya b…

HAJAT

"Segala yang dihajat, tapi tak didapat, adalah nikmat yang paling padat"
Begitulah kata Pak Samad di dalam bait puisinya.
Ini adalah nikmat yang terpaling padat. Padat kejadahnya?

Penantian ini menemukan kekecewaan pada hampir setiap bulan. Sehingga ke hari ini aku masih belum pernah jemu menanti. Kadang-kadang jauh di sudut hati aku terlajak berburuk sangka dengan tuhan. Aku persoalkan kenapa orang lain yang lebih teruk dari aku dapat merasakan nikmat sedemikian? Besarkah sangat dosa aku sehingga dihukum dengan penantian yang aku tak tahu di mana hujungnya ini?

Dramatik kan?
Tapi ini lah realitinya. Emosi ini membuatkan fikiran aku menerawang dan liar.
Kadang-kadang bila aku tersedar dari khilaf, lekas lekas aku beristighfar memohon keampunan tuhan. Betapa aku ini insan yang lemah. Aku ini insan yang lemah jiwanya, sedangkan ujian tuhan bukan semata-mata kerana kita ini berdosa. Tuhan tidak akan pernah menghampakan hambanya.

Kadang-kadang perasaan terlalu-mahu membuatkan a…

MURNI BUMI PALESTINE

Kota ini kota yang tidak pernah sunyi Bahkan ia tidak pernah mati Biarpun beribu riwayat terhenti Walau jiwa berani pulang menemui Illahi Kota ini tidak sekali-kali sunyi dan mati.
Tanah yang seharusnya subur murni Menggeletar menahan jejak yang berlari Berlumba dengan bedilan berapi Tidak sekali mereka takutkan mati Bahkan teguh membenteng bumi sendiri.
Palestin, tanah berlumur darah suci Hiduplah kembali seperti apa yang dijanji janji Semangatmu yang sehangat api Menyalakan setiap titip doa kami Hiduplah Palestine, kota yang tidak pernah sunyi dan mati. 


SK Pulau Pinang, 2014