Skip to main content

Goyah?

Penafian:
Tulisan ini berdasarkan penglihatan dan pengamatan penulis.

-------------------------------------

Dalam dunia yang serba mencabar ini, suami isteri masing-masing berlumba untuk mencari punca pendapatan yang cukup untuk menampung keperluan sehari-hari. Kadang-kadang suami isteri jadi jarang bertemu. Dalam seminggu ada lah bertemu empat hari. Ada pula yang bertemu hari-hati tetapi cuma bertemu setelah malam hampir tua. Yang lebih menyedihkan, ada yang cuma punya masa pada hari minggu untuk bertemu dengan pasangan masing-masing akibat tuntutan tugas yang memaksa mereka tinggal berjauhan.

Sudahlah jarang bertemu, bila bertemu masing masing terlalu sibuk dengan kehidupan di dunia yang kedua. Masing masing sibuk merumit telefon pintar. Leka bermain aplikasi permainan, leka berbalas whatsapp, leka menilik twitter, leka yang leka seleka lekanya. Terlalu leka sampaikan kita lupa akan kewujudan pasangan kita. Leka sehingga kita lupa bahawa kita sebenarnya tidak lansung mempunyai masa berkualiti dengan pasangan. Leka hinggakan apabila bertemu kita jadi jarang berbual. Kekok untuk berkongsi cerita. Apabila salah seorangnya ingin bercerita, yang seorang lagi acuh tidak acuh mendengarnya.

Situasi ini terlalu menyimpang jauh dari rutin yang dijalani oleh generasi yang terdahulu. Maka tidak hairanlah jika kadar penceraian semakin meningkat dari tahun ke tahun. Tidak hairanlah seandainya pasangan suami isteri kurang sabarnya akibat dari kurang memahami pasangan masing masing.

Komunikasi merupakan medium terpenting dalam membentuk kekuatan hubungan suami isteri. Apa yang terjadi dewasa ini, komunikasi suami isteri cuma berlaku apabila pasangan ini bertengkar dan bergaduh. Ketika itu segala isi hati dihamburkan. Terjadilah situasi saling salah menyalah, saling membangkitkan kelemahan pasangan. Seterusnya membibitkan api kemarahan. Bila marah jiwa jadi lemah. Apabila jiwa menjadi lemah, maka mudahlah tugas syaitan untuk membisikan hasutan hasutan jahat.

Beringatlah.
Hidup kita bukan menongkat langit. Barangkali kita sudah tidak punya hari esok untuk membetulkan keadaan. Selagi bernyawa, berikan yang terbaik. Hargai pasangan kita sepertimana kita menghargai kehidupan sendiri.

Semoga kita semua sentiasa berbahagia.



Comments

Popular posts from this blog

dunia yang baharu

Alangkah indah dunia pada zaman hitam dan putih
Ketika sindiran ditinta halus bersulam madah
Ketika mengumpat cuma lah hobi masa terluang
Sambil menunggu air mendidih
Sambil menanti suami pulang
Sambil menyikat kutu si sunti di kepala.

SK 2014

KAYA

Weekend tempohari bang ekhsan ajak ronda ronda naik kancil. Kancil tu pun bang ekhsan beli dari kawan dia. Tak ada purpose pun. Beli sebab nak tolong member. So at first kitaorang ingat nak sewakan kat student. Tapi belum jadi lagi sebab nak repair here and there. So kami lenjan la kancil tu. Jadi berbalik kepada cerita ronda ronda tadi, lepas puas meronda kami singgah makan kat bagan. Ala warung yang buka meja tepi tepi parit tu je. Kita makan char kueytiaw, kueytiaw kerang dengan satay. Sedap ! And sambil makan tu kita berborak la.
Akak tanya bang ekhsan. "Suatu hari nanti kalau kita dah kaya, kita akan lepak lepak tepi parit macam ni lagi tak?"
Yes I always wanted to be rich. Bagi akak  kalau kita boleh berusaha untuk jadi kaya, kita berusahalah. Sebab kaya itu perlu. Bila kita kaya macam macam kita boleh buat. Bila kita kaya, ramai orang kita boleh bantu. Bila kita kaya hidup kita selesa. Tak perlu berhutang. Tak perlu meminta minta. Malah kita boleh lebih banyak pula membe…

Kopi Dulu...

Hai Assalamualaikum..


Rindu nak blog, share apa yang kita rasa, apa yang kita baca, apa yang kita lihat, atau apa sahaja perkara yang kita rasa elok. Atau mungkin sesuatu yang boleh inspire orang.

To those yang pernah follow blog ni mesti akan wonder eh why lah banyak post dah takde? Eh ke you all tak perasan lansung? Blog scene kan dah tak semeriah dulu. Kan?

Well.. Sebahagian besar dari posting terdahulu telah dipadam. I want to starts new. Kira macam rebrand balik lah ni kan.




To those yang baru je jumpa atau baca blog ni, I would love to introduce myself. You can call me Shira. A wife to a wonderful husband that I always look up to, and a mother to one adorable son. So semoga blog dengan nafas baru ni tak seperti bernafas dalam lumpur lagi.

Till then.. Have a good day and don't forget to kopi dulu ...