Skip to main content

"Every rose has its thorn"



Pernah tak bila keluar makan dengan kawan kawan atau dengan partner, kita rasa makanan yang dipesan oleh kawan kawan atau partner kita lebih sedap dan lebih tempting dari makanan yang kita pesan?

Pernah tak kita rasa pasangan orang lain lebih baik dan lebih penyayang dari pasangan yang kita kahwini?

Pernah tak bila kita tengok satu keluarga bahagia duduk makan bersama sama, kita rasa pemandangan itu lebih indah dari apa yang sedang kita lalui iaitu makan berdua dan cuma berdua?

Pernah tak kita rasa teringin sangat nak pakai kereta macam kereta orang sebelah kita sewaktu kita terpandang akan ia ketika berhenti di lampu trafik?

Pernah kan? Kita semua pernah dan sering merasa apa yang dipunya orang lebih indah dari apa yang kita punya.

Orang perancis kata:

                 "Every rose has its thorn"

Dalam keindahan hidup orang lain, sebenarnya ada sisi tidak indahnya yang kita tidak tahu. Begitu juga lah dengan hidup kita. Orang begitu teruja dan cemburu dengan hidup kita padahal hidup kita sendiri pun ada cacat dan cela yang kita berjaya conceal lalu ia nampak sempurna di mata orang.

Tuhan dah cukup adil. Apa yang dibagi dah cukup sempurna.
Show your gratitude, stop whining and enjoy your every bits of life.

:)

Comments

Popular posts from this blog

dunia yang baharu

Alangkah indah dunia pada zaman hitam dan putih
Ketika sindiran ditinta halus bersulam madah
Ketika mengumpat cuma lah hobi masa terluang
Sambil menunggu air mendidih
Sambil menanti suami pulang
Sambil menyikat kutu si sunti di kepala.

SK 2014

KAYA

Weekend tempohari bang ekhsan ajak ronda ronda naik kancil. Kancil tu pun bang ekhsan beli dari kawan dia. Tak ada purpose pun. Beli sebab nak tolong member. So at first kitaorang ingat nak sewakan kat student. Tapi belum jadi lagi sebab nak repair here and there. So kami lenjan la kancil tu. Jadi berbalik kepada cerita ronda ronda tadi, lepas puas meronda kami singgah makan kat bagan. Ala warung yang buka meja tepi tepi parit tu je. Kita makan char kueytiaw, kueytiaw kerang dengan satay. Sedap ! And sambil makan tu kita berborak la.
Akak tanya bang ekhsan. "Suatu hari nanti kalau kita dah kaya, kita akan lepak lepak tepi parit macam ni lagi tak?"
Yes I always wanted to be rich. Bagi akak  kalau kita boleh berusaha untuk jadi kaya, kita berusahalah. Sebab kaya itu perlu. Bila kita kaya macam macam kita boleh buat. Bila kita kaya, ramai orang kita boleh bantu. Bila kita kaya hidup kita selesa. Tak perlu berhutang. Tak perlu meminta minta. Malah kita boleh lebih banyak pula membe…

Kopi Dulu...

Hai Assalamualaikum..


Rindu nak blog, share apa yang kita rasa, apa yang kita baca, apa yang kita lihat, atau apa sahaja perkara yang kita rasa elok. Atau mungkin sesuatu yang boleh inspire orang.

To those yang pernah follow blog ni mesti akan wonder eh why lah banyak post dah takde? Eh ke you all tak perasan lansung? Blog scene kan dah tak semeriah dulu. Kan?

Well.. Sebahagian besar dari posting terdahulu telah dipadam. I want to starts new. Kira macam rebrand balik lah ni kan.




To those yang baru je jumpa atau baca blog ni, I would love to introduce myself. You can call me Shira. A wife to a wonderful husband that I always look up to, and a mother to one adorable son. So semoga blog dengan nafas baru ni tak seperti bernafas dalam lumpur lagi.

Till then.. Have a good day and don't forget to kopi dulu ...