Skip to main content

Salam Aidilfitri


Aidilfitri adalah hari yang sukar untuk kita cari ganti. Ia lebih dari sekadar bergaya dengan busana berbagai warna. Ia lebih dari sekadar menjamu selera dengan juadah bermacam rasa. Ia lebih dari sekadar gelak ketawa yang bergema. Ia lebih dari sekadar gambar gambar kemesraan yang dikongsi di alam maya.

Aidilfitri sebenarnya mencambahkan putik putik kebahagiaan. Keluarga dari jauh dan dekat berkumpul, bertukar cerita. Masa begini jugalah kita dapat lihat sepupu sepapat yang hampir sama baya bermain dan bersenda, riang dan ketawa. Aidilfitri juga bukan sekadar memberi sampul raya dan bertukar salam semata. Ia mengajar kita tentang kebahagiaan dalam memberi dan menerima. Betapa senyuman anak anak yang riang menerima pemberian sebenarnya menerbitkan kebahagian di dalam hati setiap dari kita. Malah memberi sampul raya kepada adik yang sudi mengorbankan cuti demi menjaga tolgate di lebuh raya juga sebenarnya adalah kebahagiaan. Gembira sedikit hatinya yang resah kerana tidak dapat beraya bersama keluarga.

Disebalik juadah enak yang tersedia di meja sebenarnya ada ceritanya yang tersendiri. Ibu berkorban masa menyediakan hidangan dengan air tangan sendiri untuk menjamu anak menantu dan cucu. Pada malamnya diurut sediri betis yang kejang kerana lama berdiri. Lain keluarga lain ceritanya. Ada pula juadah yang dihidang bersulam gelak ketawa biras dan ipar perempuan. Sama sama mengupas bawang, mengambil giliran mengacau rendang, malah ada yang berulit dengan bau potongan ayam mentah yang dibasuh-gaul dengan tepung sebelum dimasak. Disebalik juadah yang tersedia di meja, ada kasih sayang dan citra kegembiraan yang menjadikannya enak sesedap rasa.

Aidilfitri adalah hari yang sukar untuk kita cari ganti. Sementara ada, hargainya dan berbahagialah. Salam Aidilfitri. Selamat malam.

Comments

Popular posts from this blog

dunia yang baharu

Alangkah indah dunia pada zaman hitam dan putih
Ketika sindiran ditinta halus bersulam madah
Ketika mengumpat cuma lah hobi masa terluang
Sambil menunggu air mendidih
Sambil menanti suami pulang
Sambil menyikat kutu si sunti di kepala.

SK 2014

KAYA

Weekend tempohari bang ekhsan ajak ronda ronda naik kancil. Kancil tu pun bang ekhsan beli dari kawan dia. Tak ada purpose pun. Beli sebab nak tolong member. So at first kitaorang ingat nak sewakan kat student. Tapi belum jadi lagi sebab nak repair here and there. So kami lenjan la kancil tu. Jadi berbalik kepada cerita ronda ronda tadi, lepas puas meronda kami singgah makan kat bagan. Ala warung yang buka meja tepi tepi parit tu je. Kita makan char kueytiaw, kueytiaw kerang dengan satay. Sedap ! And sambil makan tu kita berborak la.
Akak tanya bang ekhsan. "Suatu hari nanti kalau kita dah kaya, kita akan lepak lepak tepi parit macam ni lagi tak?"
Yes I always wanted to be rich. Bagi akak  kalau kita boleh berusaha untuk jadi kaya, kita berusahalah. Sebab kaya itu perlu. Bila kita kaya macam macam kita boleh buat. Bila kita kaya, ramai orang kita boleh bantu. Bila kita kaya hidup kita selesa. Tak perlu berhutang. Tak perlu meminta minta. Malah kita boleh lebih banyak pula membe…

Kopi Dulu...

Hai Assalamualaikum..


Rindu nak blog, share apa yang kita rasa, apa yang kita baca, apa yang kita lihat, atau apa sahaja perkara yang kita rasa elok. Atau mungkin sesuatu yang boleh inspire orang.

To those yang pernah follow blog ni mesti akan wonder eh why lah banyak post dah takde? Eh ke you all tak perasan lansung? Blog scene kan dah tak semeriah dulu. Kan?

Well.. Sebahagian besar dari posting terdahulu telah dipadam. I want to starts new. Kira macam rebrand balik lah ni kan.




To those yang baru je jumpa atau baca blog ni, I would love to introduce myself. You can call me Shira. A wife to a wonderful husband that I always look up to, and a mother to one adorable son. So semoga blog dengan nafas baru ni tak seperti bernafas dalam lumpur lagi.

Till then.. Have a good day and don't forget to kopi dulu ...