Skip to main content

TEAMBUILDING JABATAN BENDAHARI 2014

Weekend hari tu pejabat akak buat teambuilding pi Tasik Temenggor. Kami makan tidoq semua dalam boathouse, pi jungle tracking, pi mandi sungai semua. Seronok. It was an awesome and incredible experience I can say. Tambah pulak courtesy dari boatman yang sangat bagus. Kami semua memang enjoy !

Masa mula mula sampai. Kami naik di jeti pulau banding. 

Sementara duk ada lagi line telepon, maka adalah lebih afdol kalau akak call bang ekhsan berborak sekejap. Nanti takdak line susah pulak. Berat dada akak menanggung perasaan rindu dendam. Huk !

Di dapur, kak Hasanatul sedang sibuk menyediakan minum petang. 

Lawatan pertama, ke kampung orang asli. Akak lupa apa nama kampung dia. Masa ni baharu lepas hujan. Tanah licin nak mampoih. 

Kami parking kat sini. Masa ni petang dah dan hujan renyai renyai. Kami tidoq kat sini malam ni. 

Tengah duk layan tengok TV sambil mengantuk. Ataih bot ni ada astro baq ang ! Di dalam gambar ini ada Aimi, Wizana. Erma, Kak Hasanatul & Ameen. 

Depa mengai dan dapat ikan. Ikan apa tak tau. Ada bisa ikan ni. 

Puak puak kaki mancing nak pi mengai di malam hari. Boat house ni ada bawa dua boat kecil untuk bawa kami berjalan jalan meronda ke tempat yang tak boleh dimasuki boat house. Bot kecil ini juga boleh digunakan untuk pi mengai. 

Sapa suruh mengai kan? Hah ambik la kat ampa. Ampa siang la ikan ikan ni semua. 

Pakat duk layan mancing. 

Depa dapat ikan toman. Yang lain lain pakat duk posing dengan ikan toman. 

Boat house dari pandangan sisi. Kat belah ataih ada dua bilik berupa dorm dan ruang santai. 

Hiking menelusuri Sungai Kooi. 

Baharu lepas terhantuk pokok. 

Tumbuhan apa pun tak tau. Ada pisang kecik kecik tumbuh di sekelilingnya. 

Duk tertagak-tagak. Seriau. 

Ayaq terjun. 

Puak puak yang takut nak mendaki tinggi lagi. Seriau. 

Balik dari hiking, depa pakat duk terjun berendam ayaq tasik. Mula mula akak takut. Tapi lepas tu akak tak tahan dolat, akak terjun jugak. Kelihatan Aimi sedang menenangkan akak yang ketakutan. Takut lemaih ! Padahal pakai life jacket kot. 

Baharu sahaja bertenang dan ada water confidence sikit. Baharu boleh senyum. 

BBQ sambil duk ataih bot sambil menikmati pemandangan yang Subhanallah indahnya !

Singgah di Sungai Papan dan bermalam di sini. Masih tidoq ataih bot. Ni saja turun jalan jalan ambik gambaq. 

Karaoke !!

Pi mandi ayaq terjun. Sementara nak sampai tempat mandi, jenuh juga hiking. 

Balik dari mandi ayaq terjun ! 

Fauna berupa kupu-kupu hinggap di jari Aimi dan tak mau pi mana dah. 

On the way nak ke jeti. Nak balik dah !

Team Jabatan Bendahari UiTM Pulau Pinang.


Dipendekkan cerita, jam enam petang kami sampai di kampus. Sekian...

Comments

Popular posts from this blog

dunia yang baharu

Alangkah indah dunia pada zaman hitam dan putih
Ketika sindiran ditinta halus bersulam madah
Ketika mengumpat cuma lah hobi masa terluang
Sambil menunggu air mendidih
Sambil menanti suami pulang
Sambil menyikat kutu si sunti di kepala.

SK 2014

KAYA

Weekend tempohari bang ekhsan ajak ronda ronda naik kancil. Kancil tu pun bang ekhsan beli dari kawan dia. Tak ada purpose pun. Beli sebab nak tolong member. So at first kitaorang ingat nak sewakan kat student. Tapi belum jadi lagi sebab nak repair here and there. So kami lenjan la kancil tu. Jadi berbalik kepada cerita ronda ronda tadi, lepas puas meronda kami singgah makan kat bagan. Ala warung yang buka meja tepi tepi parit tu je. Kita makan char kueytiaw, kueytiaw kerang dengan satay. Sedap ! And sambil makan tu kita berborak la.
Akak tanya bang ekhsan. "Suatu hari nanti kalau kita dah kaya, kita akan lepak lepak tepi parit macam ni lagi tak?"
Yes I always wanted to be rich. Bagi akak  kalau kita boleh berusaha untuk jadi kaya, kita berusahalah. Sebab kaya itu perlu. Bila kita kaya macam macam kita boleh buat. Bila kita kaya, ramai orang kita boleh bantu. Bila kita kaya hidup kita selesa. Tak perlu berhutang. Tak perlu meminta minta. Malah kita boleh lebih banyak pula membe…

Kopi Dulu...

Hai Assalamualaikum..


Rindu nak blog, share apa yang kita rasa, apa yang kita baca, apa yang kita lihat, atau apa sahaja perkara yang kita rasa elok. Atau mungkin sesuatu yang boleh inspire orang.

To those yang pernah follow blog ni mesti akan wonder eh why lah banyak post dah takde? Eh ke you all tak perasan lansung? Blog scene kan dah tak semeriah dulu. Kan?

Well.. Sebahagian besar dari posting terdahulu telah dipadam. I want to starts new. Kira macam rebrand balik lah ni kan.




To those yang baru je jumpa atau baca blog ni, I would love to introduce myself. You can call me Shira. A wife to a wonderful husband that I always look up to, and a mother to one adorable son. So semoga blog dengan nafas baru ni tak seperti bernafas dalam lumpur lagi.

Till then.. Have a good day and don't forget to kopi dulu ...