Skip to main content

HUJAN, PERMINTAAN DAN HARAPAN

Hujan lebat kat luar. Baru je balik dari jamuan raya sekali dengan sambutan hari lahir anak dara kawan di tempat kerja. Bang ekhsan tak ada di rumah. Main futsal. Bila duduk sendirian macam ni, aku rasa sunyi. Alangkah bahagia dan seronoknya kalau ada anak buat teman bermain di rumah. Tiba-tiba aku dihimpit rasa sedih.

Haha ! Hujan memang sinonim dengan kesedihan. Agaknya sebab secara fizikalnya hujan turun dalam bentuk titis titis air. Sama macam air mata. Padahal hujan sebenarnya rezeki dan rahmat tuhan. Manusia sendiri yang emosional sangat. Bila hujan je nak sedih. Over !

Aku suka budak-budak. Aku suka dan ralit sangat kalau tengok atau ternampak momen ibu dan anak. Rasa macam berada di dalam satu dunia yang -- oh soooo indahnya ! I really want to have that feelings. Rasa mengasihi. Rasa ingin memberi segala. Bila tengok ibu dan anak ni ketawa, aku rasa mata aku sendiri pun macam bercahaya cahaya tengok keindahan momen tu. Hahaha.. tengok. Tengok. Manusia punya perangai. Dulu masa zaman belum kahwin, teringin nak kahwin. Nak rasa hidup berdua di dalam cinta dan kasih sayang. Sekarang bila dah berdua, nak rasa bertiga pula. Tapi.. korang faham kan perasaan tu? Korang faham kan?

We've been married for more than two years and orang sekeliling selalu cakap awal lagi. Muda lagi. Ada masa lagi nak berusaha. Well, maybe itu salah satu cara mereka untuk memotivasikan kita yang sedang berusaha dan menanti dengan penuh sabar ni. Maybe. At least lagi bagus la daripada those people yang duk tanya repeat peat peat peat peat the same cliche question -- bila nak beranak ni? Ampa tu bukan muda lagi. And lepas tu kita akan rasa sentap, terluka, or maybe rasa nak sedekah lempang sedas ke orang yang bertanya tu sebab kita emo mendengarnya. Tu belum lagi dengan cadangan dari orang yang bermacam macam. Pi jumpa orang tu. Jumpa orang ni. Pi urut kat sana, urut kat sini. Makan itu, makan ini. Stress. Niat orang memang baik sebenarnya tapi kita sendiri tiba-tiba emosi sebab kita rasa kita tahu apa yang kita buat. Bukan kita tak nak. Kita nak sangat. Bukan kita tak berusaha. Kita dah berusaha bermacam cara.

Back to basic. Semua ni rezeki. Allah akan beri. Kita akan dapat juga nanti apa yang kita harap sangat. It's just a matter of time. Pada masa yang betul betul tepat, pada ketika yang kita benar-benar bersedia, Allah akan bagi apa yang kita minta dan harapkan sangat. Tapi kalau Allah tak beri bukan bermakna kita tak layak untuk itu. Cuma barangkali Allah dah sediakan sesuatu yang lebih baik lagi dari apa yang kita nak.

Chin up shira ! Bersangka baik selalu dengan tuhan. Kalau kita tak dapat rasa pun, atleast kita boleh tumpang gembira pada kegembiraan orang lain. Walau belum ada anak sendiri, kita ada anak kawan-kawan, ada anak saudara, yang boleh kita tumpang agah-agah, tumpang cium, tumpang salinkan lampin, tumpang riba, tumpang beri susu. Bersyukurlah !


Comments

Popular posts from this blog

Kopi Dulu...

Hai Assalamualaikum.. Rindu nak blog, share apa yang kita rasa, apa yang kita baca, apa yang kita lihat, atau apa sahaja perkara yang kita rasa elok. Atau mungkin sesuatu yang boleh inspire orang. To those yang pernah follow blog ni mesti akan wonder eh why lah banyak post dah takde? Eh ke you all tak perasan lansung? Blog scene kan dah tak semeriah dulu. Kan? Well.. Sebahagian besar dari posting terdahulu telah dipadam. I want to starts new. Kira macam rebrand balik lah ni kan. To those yang baru je jumpa atau baca blog ni, I would love to introduce myself. You can call me Shira. A wife to a wonderful husband that I always look up to, and a mother to one adorable son. So semoga blog dengan nafas baru ni tak seperti bernafas dalam lumpur lagi. Till then.. Have a good day and don't forget to kopi dulu ...

TEAMBUILDING JABATAN BENDAHARI 2014

Weekend hari tu pejabat akak buat teambuilding pi Tasik Temenggor. Kami makan tidoq semua dalam boathouse, pi jungle tracking, pi mandi sungai semua. Seronok. It was an awesome and incredible experience I can say. Tambah pulak courtesy dari boatman yang sangat bagus. Kami semua memang enjoy ! Masa mula mula sampai. Kami naik di jeti pulau banding.  Sementara duk ada lagi line telepon, maka adalah lebih afdol kalau akak call bang ekhsan berborak sekejap. Nanti takdak line susah pulak. Berat dada akak menanggung perasaan rindu dendam. Huk ! Di dapur, kak Hasanatul sedang sibuk menyediakan minum petang.  Lawatan pertama, ke kampung orang asli. Akak lupa apa nama kampung dia. Masa ni baharu lepas hujan. Tanah licin nak mampoih.  Kami parking kat sini. Masa ni petang dah dan hujan renyai renyai. Kami tidoq kat sini malam ni.  Tengah duk layan tengok TV sambil mengantuk. Ataih bot ni ada astro baq ang ! Di dalam gambar ini ada Aimi, Wizana. ...

KAYA

Weekend tempohari bang ekhsan ajak ronda ronda naik kancil. Kancil tu pun bang ekhsan beli dari kawan dia. Tak ada purpose pun. Beli sebab nak tolong member. So at first kitaorang ingat nak sewakan kat student. Tapi belum jadi lagi sebab nak repair here and there. So kami lenjan la kancil tu. Jadi berbalik kepada cerita ronda ronda tadi, lepas puas meronda kami singgah makan kat bagan. Ala warung yang buka meja tepi tepi parit tu je. Kita makan char kueytiaw, kueytiaw kerang dengan satay. Sedap ! And sambil makan tu kita berborak la. Akak tanya bang ekhsan. "Suatu hari nanti kalau kita dah kaya, kita akan lepak lepak tepi parit macam ni lagi tak?" Yes I always wanted to be rich. Bagi akak  kalau kita boleh berusaha untuk jadi kaya, kita berusahalah. Sebab kaya itu perlu. Bila kita kaya macam macam kita boleh buat. Bila kita kaya, ramai orang kita boleh bantu. Bila kita kaya hidup kita selesa. Tak perlu berhutang. Tak perlu meminta minta. Malah kita boleh lebih banyak pula mem...