Hai Assalamualaikum.. Rindu nak blog, share apa yang kita rasa, apa yang kita baca, apa yang kita lihat, atau apa sahaja perkara yang kita rasa elok. Atau mungkin sesuatu yang boleh inspire orang. To those yang pernah follow blog ni mesti akan wonder eh why lah banyak post dah takde? Eh ke you all tak perasan lansung? Blog scene kan dah tak semeriah dulu. Kan? Well.. Sebahagian besar dari posting terdahulu telah dipadam. I want to starts new. Kira macam rebrand balik lah ni kan. To those yang baru je jumpa atau baca blog ni, I would love to introduce myself. You can call me Shira. A wife to a wonderful husband that I always look up to, and a mother to one adorable son. So semoga blog dengan nafas baru ni tak seperti bernafas dalam lumpur lagi. Till then.. Have a good day and don't forget to kopi dulu ...
Weekend tempohari bang ekhsan ajak ronda ronda naik kancil. Kancil tu pun bang ekhsan beli dari kawan dia. Tak ada purpose pun. Beli sebab nak tolong member. So at first kitaorang ingat nak sewakan kat student. Tapi belum jadi lagi sebab nak repair here and there. So kami lenjan la kancil tu. Jadi berbalik kepada cerita ronda ronda tadi, lepas puas meronda kami singgah makan kat bagan. Ala warung yang buka meja tepi tepi parit tu je. Kita makan char kueytiaw, kueytiaw kerang dengan satay. Sedap ! And sambil makan tu kita berborak la. Akak tanya bang ekhsan. "Suatu hari nanti kalau kita dah kaya, kita akan lepak lepak tepi parit macam ni lagi tak?" Yes I always wanted to be rich. Bagi akak kalau kita boleh berusaha untuk jadi kaya, kita berusahalah. Sebab kaya itu perlu. Bila kita kaya macam macam kita boleh buat. Bila kita kaya, ramai orang kita boleh bantu. Bila kita kaya hidup kita selesa. Tak perlu berhutang. Tak perlu meminta minta. Malah kita boleh lebih banyak pula mem